Jumaat, 24 September 2010

Program Refleksi PBS:PISMP Jan 2010 dan KPLI Julai 2010






Program Refleksi PBS bagi pelatih-pelatih PISMP Ambilan Januari 2010 serta KPLI (SR) Ambilan Julai 2010 telah berlangsung dengan berjayanya pada 21 September 2010, 3:00-4:15 ptg di DTF, IPG Kampus PM. Pelatih-pelatih berkongsi pengalaman dan memberi pendapat mereka tentang program PBS. Secara keseluruhan, pelatih-pelatih memberi pandangan yang positif mengenai program ini yang dianggap telah membuka mata mereka kepada realiti di alam persekolahan yang sebenar.


Liputan dari, Yau Yee Shin



Kahadiran Refleksi PBS adalah WAJIB!!

Kepada pelajar-pelajar PISMP-PL1 Ambilan Januari 2010,

Kumpulan ini merupakan satu-satunya kumpulan yang tidak menghadiri program refleksi PBS yang diadakan pada 21 September 2010, 3:00 petang di DTF. Unit Praktikum belum terima surat tunjuk sebab kerana tidak hadir program refleksi ini. Untuk makluman semua, kehadiran ke program refleksi PBS ini adalah WAJIB. Ketidakhadiran akan menjejaskan markah sahsiah anda.
Pihak Unit Praktikum memberi peluang kepada ahli-ahli kumpulan ini untuk menyertai program refleksi PBS bersama kumpulan PISMP Ambilan Januari 2009. Sila ikut perkembangan semasa dengan melayari blog praktikum untuk mengetahui tarikh, masa dan tempat program refleksi tersebut diadakan.

Harap maklum.


Yau Yee Shin
b/p Ketua Unit Praktikum

Maklumat Terkini Mengenai Program Refleksi PBS PISMP Ambilan Januari 2009

Kepada pelajar-pelajar PISMP Ambilan Jan 2009,

Program Refleksi PBS(4) yang dirancang diadakan pada 23 September 2010 (Khamis) terpaksa dibatalkan kerana ramai pelatih menyertai aktiviti perkhemahan pasukan beruniform dan tidak dapat hadir. Maka program refleksi ini akan ditangguh ke satu tarikh yang sesuai dan akan diumumkan di sini nanti. Sila ikut perkembangan semasa dengan melayari blog Unit Praktikum ini.

Ketua-ketua unit diminta mengumpulkan borang-borang berikut dari rakan-rakan sekumpulan anda:(sebelum itu, fotostat satu salinan dan simpan dalam portfolio anda.)
i. Borang Rekod kolaborasi (Lampiran 1-4)
ii. Borang Amalan Refleksi ( Lampiran 1-6)
iii. Borang Maklumat Umum Sekolah (Lampiran 1-7A)
iv. Borang Kehadiran (Lampiran 1-8)
v. Borang laporan Perkembangan Pelajar (Lampiran 1-9)

Pastikan semua hantar bersama-sama. Masukkan borang-borang itu ke dalam sampul surat dan hantar kepada Pn Suriyati Yaapar, Pegawai Pengurusan Praktikum di Unit Praktikum secepat mungkin. (sebelum 28 September 2010).


Sekian. Terima kasih


Yau Yee Shin,
B/p Ketua Unit Praktikum



Jumaat, 17 September 2010

TAKLIMAT REFLEKSI

Kepada pelajar berikut, refleksi praktikum/PBS akan diadakan pada tarikh yang ditetapkan berdasarkan program pengajian pelajar berikut:

1. PISMP Ambilan Jan 2010 & KPLI SR Ambilan Jun 2010
Tarikh : 21 Sept 2010 (Selasa)
Tempat : Dewan Tun Fatimah
Masa : 3.00 ptg

2. PISMP Ambilan Jan 2009
Tarikh : 23 Sept 2010 (Khamis)
Tempat : Dewan Tun Fatimah
Masa : 3.00 ptg

3. KPLI SR Ambilan Jan 2010
Tarikh : 28 September 2010 (Selasa)
Tempat : Dewan Tun Fatimah
Masa : 3.00 ptg

Kehadiran adalah wajib. Semua ketua2 unit sila kumpulkan semua borang2 berikut mengikut jenisnya selengkapnya dari ahli kumpulan anda(susun ikut jenis borang dan unit masing2).

i. Borang Rekod kolaborasi (Lampiran 1-4)
ii. Borang Amalan Refleksi ( Lampiran 1-6)
iii. Borang Maklumat Umum Sekolah (Lampiran 1-7A)
iv. Borang Kehadiran (Lampiran 1-8)
v. Borang laporan Perkembangan Pelajar (Lampiran 1-9)

Sekian terima kasih.

Oleh : PN SURIYATI YAAPAR, Peg.Pengurusan Praktikum IPGKPM

Isnin, 6 September 2010

SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI

Unit Praktikum ingin mengucapkan Selamat Hari Raya untuk semua Staf IPG Kampus Perempuan Melayu, Guru-guru Pelatih dan semua yang terlibat dengan IPG ini.
Dengan Pesanan : BERHATI-HATI DIJALAN RAYA SEMASA LEBARAN INI.