Selasa, 3 Disember 2013

TAKLIMAT PRAKTIKUM BAGI PELAJAR LPBS KPLI J -QAF AMB. JAN 2013


Kepada Semua Pelajar LPBS KPLI J -Qaf Amb. Jan 2013, Satu Taklimat Khas Berkenaan PRAKTIKUM akan diadakan pada:
Hari: Rabu
Tarikh:11.12.2013
Masa :10.00 Pagi
Tempat: Dewan Tun Fatimah

Kehadiran Adalah Wajib

Khamis, 19 September 2013

Panduan Kiraan Elaun Bimbingan Praktikum Untuk Guru Pembimbing Program Praktikum (2) PISMP Ambilan Jan 2011

Untuk perhatian semua pelatih PISMP Ambilan Januari 2011:

Sila muat turun panduan berikut dan serah kepada guru pembimbing anda bagi membolehkan mereka melengkapkan borang tuntutan elaun bimbingan praktikum mereka:

Panduan Kiraan Elaun Bimbingan-PISMP Praktikum (2)

Sila pastikan borang tuntutan elaun guru pembimbing anda dilampirkan dokumen berikut:
1. Salinan fotostat muka surat pertama buku akaun bank (bank gaji),
2. Salinan slip gaji yang terkini,
3. Borang tuntutan ditandatangani guru besar/GPK dan ada cap sekolah.
4. Surat lantikan sebagai guru pembimbing dari JPN, Melaka

Sila stappler bersama dan hantar kepada saya secepat mungikin. Terima kasih.

Dari,
En Yau Yee Shin

Isnin, 9 September 2013

Borang e-PBP Untuk Pelatih-pelatih PISMP Ambilan Januari 2011 dan Pelatih KPLI-KDC-SABK Ambilan Jun 2012

Kepada semua pelatih PISMP Ambilan Januari 2011 serta Pelatih KPLI-KDC-SABK Ambilan Jun 2012,

Tahniah kerana anda semua akan menyempurnakan program praktikum tidak lama lagi.

Selepas praktikum selesai, anda wajip mengisi borang "Refleksi Praktikum" (LAM-PT-05-14) atau lebih dikenali sebagai borang penilaian bimbingan praktikum (PBP) daripada pensyarah dan guru pembimbing. Kali ini, seperti semester yang lepas, anda dikehendaki mengisi borang tersebut secara atas talian, kemudian cetak, hantar kepada ketua unit anda dan seterusnya panjangkan kepada Unit Amalan Profesional IPGK.PM. (Sila cetak dan simpan satu salinan di dalam portfolio praktikum anda.)

Sila layari laman "e-PBP versi 3.1"  dan isi borang atas talian di laman tersebut (untuk subjek major dan minor) dengan jujur. Semua data yang diterima dijamin sulit. Mohon jangan gunakan platform ini sebagai tempat untuk melepaskan perasaan secara bebas. Sila jawab dengan bahasa yang sopan dan profesional.

Program refleksi praktikum kumpulan PISMP Ambilan Januari 2011 akan diadakan pada ketetapan seperti berikut:
Tarikh: 20.9.2013 (Jumaat)
Masa: 3:15 petang
Tempat: Dewan Tun Fatimah

Semua pelatih PISMP Ambilan Januari 2011 WAJIB hadir. Sila menepati masa. Pelatih yang tidak hadir mesti hantar surat tunjuk sebab kepada UAP (s.k. Unit Displin, Jabatan HEP IPGK.PM)

Program refleksi praktikum kumpulan KPLI-KDC-SABK Ambilan Jun 2012 akan diadakan semasa pelatih kembali ke IPG untuk berkursus semula dalam bulan November. Kumpulan ini boleh hantar borang e-PBP mereka kepada ketua unit pada masa program refleksi praktikum berlangsung.

Sekian. Terima kasih.


Dari,
En Yau YS

Selasa, 27 Ogos 2013

Mesyuarat Perancangan Strategik Dan Perancangan Tahunan 2014

Adalah dimaklumkan bahawa Unit Praktikum Tidak Dibuka Pada:

Tarikh: 27-29 Ogos 2013

Hari: Rabu sehingga Khamis

kerana semua staff unit praktikum terlibat dengan Mesyuarat Perancangan Strategik Dan Perancangan Tahunan 2014 di Rumah Peranginan Persekutuan Morib Selangor. Sebarang urusan dengan unit praktikum boleh dibuat pada 30.8.2013

Sebarang Kesulitan Amat Dikesali.

Terima Kasih.

Isnin, 12 Ogos 2013

Taklimat Pengalaman Berasas Sekolah Kepada Pelajar KPLI JQAF Ambilan Disember 2012


Satu Taklimat Khas mengenai Pengalaman Berasaskan Sekolah akan diberikan kepada:

1. Pelajar Bahasa Arab 
2. Pelajar PAI
3. Pelajar Pk

Pada Ketetapan Berikut:
Hari: Rabu
Tarikh : 14.8.2013
Masa:10.00 Pagi
Tempat:DTF

Kehadiran Wajib.

Selasa, 23 Julai 2013

Tutorial Praktikum Bagi Pelajar PISMP Ambilan Januari 2011

Akan Diadakan pada Ketetapan Berikut:

Hari: Khamis
Tarikh: 1.8.2013
Masa:3.00 Petang
Tempat:DTF





Kehadiran Wajib.
Sila Beri Surat Tunjuk Sebab Sekiranya Tidak Hadir

Taklimat Pengalaman Berasas Sekolah Kepada Pelajar PISMP

Satu Taklimat Khas mengenai Pengalaman Berasaskan Sekolah akan diberikan kepada:

1. Pelajar PISMP Ambilan Jan 2012
2. Pelajar PISMP Ambilan Jan 2013
3. Pelajar PISMP Ambilan Jun 2013


Pada Ketetapan Berikut:
Hari: Khamis

Tarikh : 1.8.2013
Masa:2.30
Tempat:DTF


Kehadiran Wajib.
Sila Beri Surat Tunjuk Sebab Sekiranya Tidak Hadir

Rabu, 17 Julai 2013

TUTORIAL PRAKTIKUM SABK JUN 2012



Tarikh   :19 Julai 2013 (Jumaat)
Masa    : 3.00 ptg (TEPAT)
Tempat : 
B.KESIDANG


(KWS MELAKA DAN SEKITARNYA)

Segala pertanyaan boleh hubungi saya di talian ini: 06-2822015 (waktu pejabat)

Sekian. Terima kasih.

Isnin, 8 Julai 2013

TAKLIMAT PRAKTIKUM UNTUK GURU PEMBIMBING PISMP 2011

TAKLIMAT PRAKTIKUM UNTUK GURU PEMBIMBING AKAN DIADAKAN PADA
              TARIKH: 16/7/2013
              MASA   :8.30 PAGI
              TEMPAT : DTF

Jumaat, 5 Julai 2013

Taklimat Praktikum 2 Bagi Pelajar PISMP Ambilan Jan 2011


Kepada Semua Pelajar PISMP Ambilan Januari 2011, 
Satu Taklimat Khas Berkenaan PRAKTIKUM 2 akan diadakan pada:

Hari:Jumaat
Tarikh:12.7.2013
Masa :3.00 Petang
Tempat: Dewan Tun Fatimah

Kehadiran Adalah Wajib


Dari:
En. Mohammad Azmi Roslin

Selasa, 2 Julai 2013

Taklimat INTERNSHIP bagi Guru Besar/ Mentor Bagi Pismp Ambilan Jan 2010

Tarikh: 3. Julai. 2013

Masa: 8.30 Pagi

Tempat: Bilik Kesidang Blok Cendekia


Dari:
En. Mohammad Azmi Roslin

Selasa, 25 Jun 2013

Taklimat INTERSHIP Pelajar PISMP Ambilan Januari 2010

Kepada Semua Pelajar PISMP Ambilan Januari 2010

Satu taklimat khas berkenaan INTERSHIP akan diadakan pada

Hari       : Jumaat
Tarikh   : 28.06.2013
Masa     :3.00 Petang
Tempat : Dewan Tun Fatimah

Kehadiran Adalah Wajib.

Dari:

En. Mohammad Azmi Roslin

Rabu, 22 Mei 2013

PROGRAM REFLEKSI PRAKTIKUM
- KPLI KDC MOD LPBS j-QAF AMBILAN JANUARI 2012
Tarikh   : 28 Mei 2013 (Selasa)
Masa     : 10:00 pagi (TEPAT)
Tempat : Dewan Tun Fatimah, IPGK.PM


Kehadiran: WAJIB! 
1. Sila bawa bersama:
  (a) Buku Rekod RPH;
  (b) Portfolio Praktikum;
  (c) Salinan borang kehadiran yang lengkap disertakan borang Rumusan Kehadiran 
       Praktikum

2. Sila layari laman web "e-Refleksi" untuk mengisi borang refleksi praktikum secara atas talian. Kemudian sila cetak dua salinan. Satu salinan simpan di portfolio, satu salinan hantar kepada ketua unit anda untuk dikepil bersama dan dipanjangkan ke UAP, IPGK.PM.



Segala pertanyaan boleh hubungi saya di talian ini: 06-2822015 (waktu pejabat)

Sekian. Terima kasih.



Dari, 
Mohammad Azmi bin Roslin

Isnin, 20 Mei 2013


Borang e-Refleksi Untuk Pelatih-pelatih KDC KPLI MOD LPBS j-QAF Ambilan Januari 2012

Kepada semua pelatih KDC-KPLI j-QAF  Ambilan Januari 2012,
Sila layari laman "e-Refleksi versi 3.1"  dan isi borang atas talian di laman tersebut (untuk subjek major dan minor) dengan jujur. Semua data yang diterima dijamin sulit. Mohon jangan gunakan platform ini sebagai tempat untuk melepaskan perasaan secara bebas. Sila jawab dengan bahasa yang sopan dan profesional. 

Program refleksi praktikum kumpulan anda akan diadakan semasa anda semua balik ke IPG untuk sambung kursus pada hujung buan Mei nanti. Sila bawa bersama portfolio praktikum, buku rekod RPH, salinan borang kehadiran dan borang rumusan kehadiran (muat turun dari blog, disahkan oleh Pengurus sekolah, ada cap sekolah) dan salinan borang e-Refleksi (Subjek Major dan MInor). 

Sila ikut perkembangan terbaharu di blog ini untuk makluman tentang tarikh, masa dan tempat program refleksi praktikum. Semua pelatih KDC KPLI j-QAF Ambian Januari 2012 WAJIB hadir. Yang tidak hadir mesti hantar surat tunjuk sebab kepada UAP (s.k. Unit Displin, Jabatan HEP IPGK.PM) 

Sekian. Terima kasih.


Dari,
En Yau YS

Selasa, 23 April 2013

PROGRAM REFLEKSI PRAKTIKUM
- PISMP AMBILAN JAN 2011
- DPLI(GSTT) AMBILAN DIS 2011

Tarikh   : 26 April 2013 (Jumaat)
Masa     : 3:15 petang
Tempat : Dewan Tun Fatimah, IPGK.PM


Kehadiran: WAJIB! 

1. Sila bawa bersama Buku Rekod RPH dan Portfolio Praktikum.
2. Sila layari laman web "e-Refleksi" untuk mengisi borang refleksi praktikum secara atas talian. Kemudian sila cetak dua salinan. Satu salinan simpan di portfolio, satu salinan hantar kepada ketua unit anda untuk dikepil bersama dan dipanjangkan ke UAP, IPGK.PM.

Sekian. Terima kasih.

Dari, Yau YS

Khamis, 18 April 2013

PROGRAM REFLEKSI PRAKTIKUM
- PISMP AMBILAN JAN 2010
- KDPM PAKK (PERMATA) AMBILAN JUN 2011

Tarikh   : 19 April 2013 (Jumaat)
Masa    : 3:15 petang
Tempat : Dewan Tun Fatimah, IPGK.PM

Kehadiran: WAJIB! 

1. Sila bawa bersama Buku Rekod RPH dan Portfolio Praktikum.
2. Sila layari laman web "e-Refleksi" untuk mengisi borang refleksi praktikum secara atas talian. Kemudian sila cetak dua salinan. Satu salinan simpan di portfolio, satu salinan hantar kepada ketua unit anda untuk dikepil bersama dan dipanjangkan ke UAP, IPGK.PM.

Sekian. Terima kasih.

Dari, Yau YS

Beberapa perkara penting....

Untuk perhatian semua pelatih yang hampir tamat program praktikum sesi semester 1, tahun 2013:

Oleh kerana saya nampak soalan yang dikemukakan di "Shout Mix" berulang-ulang, maka saya jawab semua soalan  yang sama sekali lagi di pos ini dan harap semua pelatih dapat makluman yang berkenaan.

1. Pautan (link) untuk surat lantikan guru pembimbing dari JPN Melaka sudah diperbetulkan (Boleh dimuat turun dari bahagian "Bahan Guru Pembimbing").

2. Pautan dan borang untuk "Borang Rumusan Kehadiran Praktikum" telah dikemaskini. Sila muat turun di bahagian "Borang, Bahan dan Lain-lain...".

3. Pelatih KDC-KPLI-j-QAF Ambilan Januari 2012 tidak perlu balik ke IPG pada 19 April 2013 untuk menghadiri program refleksi praktikum. Program tersebut akan diadakan pada bulan Mei 2013 semasa pelatih j-QAF Ambilan Januari 2012 kembali ke IPGK.PM untuk sambung kursus. Sila ikut perkembangan terkini di blog ini.

4. Semua pelatih IPGK.PM boleh guna surat lantikan guru pembimbing dari JPN Melaka tidak kira anda berpraktikum di mana-mana pun. Sila isi butiran surat lantikan tersebut dengan pen atau secara menaip jika terdapat mesin taip di sekolah.

5. Borang e-refleksi untuk semua kumpulan sedang dalam proses penyediaan. Buat masa terkini, cuma pelatih PISMP Ambilan Januari 2010 dan pelatih KDPM PAKK (PERMATA) Ambilan Jun 2011 sahaja yang boleh akses ke laman web e-refeksi dan isi borang tersebut secara atas talian. Pelatih kumpulan lain diminta bersabar dan ikut perkembangan terkini di blog ini. Kata laluan untuk masuk e-refleksi ialah 7/8 angka terakhir nombor telefon bimbit anda.

6. Salinan Borang PR1 (untuk simpanan Unit Praktikum) guru pembimbing  boleh dihantar ke UAP secara pos atau tangan. Borang-borang tersebut boleh dilampirkan bersama borang tuntutan guru elaun guru pembimbing atau dihantar secara berasingan, asalkan semua borang tersebut sampai ke UAP IPGK.PM dengan lengkap dan selamatnya. Guru pembimbing harus simpan 1 salinan PR1 yang ditulis beliau di dalam fail peribadi baliau untuk dijadikan sebagai bukti menjalankan tugas.

7. Sila muat turun panduan pengiraan elaun guru pembimbing untuk program praktikum anda bagi membantu guru pembimbing anda mengisi borang tuntutan.

8. Semua dokumen / bahan di blog ini dimuat naik  dan disimpan di mediafire.com. Terdapat sesetengah pembekal hotspot wi-fi tidak membenarkan pengguna mengakses ke mediafire.com (contoh: school net). Jadi bila pelatih terjumpa laman web seperti "No Data" setelah anda klik pautan di blog ini, mohon anda guna broadband sendiri atau rakan anda dan cuba muat turun lagi. Bila anda berjaya masuk laman web mediafire, jangan terus cetak dokumen yang terpapar kerana itu cuma laman "preview" sahaja. Hasil cetakan dari laman ini memang tidak memuaskan. Anda perlu klik icon "Download" (berupa anak panah yang menghala ke bawah). Muat turun dokumen tersebut. Lepas itu buka dokumen yang telah berjaya dimuat turun itu dan barulah cetak. Hasil cetakan tentu cantik sekali.

Sekian. Mohon sebarkan makluman ini kepada rakan-rakan anda. Ribuan terima kasih atas kerja sama dan kesabaran semua.


Dari, Yau YS

Isnin, 15 April 2013


Borang e-Refleksi Untuk Pelatih-pelatih PISMP Ambilan Januari 2010

Kepada semua pelatih PISMP Ambilan Januari 2010,
Tahniah kerana anda semua berjaya menyempurnakan program Praktikum (3) sepanjang 12 minggu.
Selepas praktikum selesai, anda wajip mengisi borang "Refleksi Praktikum". Kali ini, seperti semester yang lepas, anda dikehendaki mengisi borang tersebut secara atas talian, kemudian cetak, hantar kepada Ketua Unit anda dan seterusnya panjangkan kepada Unit Amalan Profesional IPGK.PM. (Sila cetak dan simpan satu salinan di dalam portfolio praktikum anda.)

Sila layari laman "e-Refleksi versi 3.1"  dan isi borang atas talian di laman tersebut (untuk subjek major dan minor) dengan jujur. Semua data yang diterima dijamin sulit. Mohon jangan gunakan platform ini sebagai tempat untuk melepaskan perasaan secara bebas. Sila jawab dengan bahasa yang sopan dan profesional. 

Program refleksi praktikum kumpulan anda akan diadakan pada ketetapan seperti berikut:
Tarikh: 19.4.2013 (Jumaat)
Masa: 3:15 petang
Tempat: Dewan Tun Fatimah

Semua pelatih PISMP Ambilan Januari 2010 WAJIB hadir. Yang tidak hadir mesti hantar surat tunjuk sebab kepada UAP (s.k. Unit Displin, Jabatan HEP IPGK.PM) 

Sekian. Terima kasih.


Dari,
En Yau YS

Khamis, 11 April 2013

Untuk Perhatian Semua Pelatih Yang Menjalani Program Praktikum Sesi Semester 1 Tahun 2013:

Semua program praktikum untuk sesi Semester 1, tahun 2013 sudah sampai ke peringkat penghujung. Mohon kerjasama semua pelatih yang terlibat memuat turun borang tuntutan elaun bimbingan praktikum dari blog ini serta panduan-panduan kiraan elaun praktikum yang tersenarai di bawah (muat turun hanya panduan yang berkenaan dengan program praktikum anda) dan serahkan kepada guru-guru pembimbing anda bagi memudahkan mereka mengisi borang tuntutan. Sila pesan guru pembimbing anda hantar borang tuntutan ke Unit Amalan Profesional secepat mungkin sebelum 5hb Mei 2013. Sila lampirkan surat lantikan dari JPN (ikut negeri. Contoh: sekolah di Melaka, guru pembimbing dilantik oleh Ketua Sektor JPN Melaka), salinan buku akaun (Akaun Gaji)-muka surat yag tercetak nama dan nombor akaun, slip gaji yang terkini serta salinan-salinan borang PR1.

Sekian. Terima kasih.

Panduan-panduan Pengiraan Elaun Guru Pembimbing
1. PISMP Ambilan Januari 2010
2. KDC-KPLI-LPBS-j-QAF Ambilan Januari 2012
3. KDPM-PERMATA-PAKK Ambilan Jun 2011
4. DPLI (GSTT) Ambilan Disember 2011
5. PISMP Ambilan Januari 2011

Dari, Yau YS