Khamis, 28 Mei 2009

Konvokesyen IPGM KPM 2009

Konvokesyen IPGM KPM pada 28 Mei telah selesai dilaksanakan dengan jayanya. Tahniah kepada semua graduan yang telah berjaya mendapatkan Diploma dan sijil mereka. Majlis itu telah di rasmikan oleh YAB Toh Puan Datuk Seri Utama Dato' Zurina binti Kassim. Unit Praktikum juga ingin mengucapkan terima kasih kepada semua pelajar dan Pensyarah serta Staf IPGM yang telah banyak membantu dalam melaksanakan program tersebut. Kerana itu Majlis Jalinan Mesra telah diadakan untuk semua. Gambar-gambar akan dimasukkan kemudian.

Isnin, 25 Mei 2009

Kenangan bersama Mantan 'Orang Kuat Praktikum'




Kenangan bersama orang-orang kuat Praktikum sebelum saya. En Fun Foo Ying, En Azman Kanil dan En Segahran Appoo. Terima kasih kerana banyak membantu saya selama ini.

Penempatan Praktikum KPLI 2009

Senarai penempatan praktikum telah ada. Sila download dan semak. Jika ada pembetulan atau sebarang pertanyaan sila rujuk Pn Sarina Baharudin (Pen Ketua Unit Praktikum)

Sabtu, 23 Mei 2009

Program BIG di Teluk Gorek, Mersing (18 - 21 Mei 2009)






Tanhiah diucapkan kepada Pn Sarina (Penolong KU PRaktikum) dan pensyarah yang lain kerana berjaya menjadi fasilitator BIG. Diharap semua peserta tak sakit semasa Praktikum nanti.

Selasa, 19 Mei 2009

Taklimat Pengurusan Praktikum KPLI SR Ambilan Januari 2009


Taklimat akan diadakan seperti maklumat berikut:-
25 Mei 2009 (Isnin)
Jam: 2.30 petang
Tempat: BISA (BM 1,2,3, PI 1,2,3, PK 1,2, PL 1,2)
DTF ( B&K, KS, PSV, MT, Sains 1,2 )

Kehadiran adalah diwajibkan.

Senarai penempatan telah ada dan boleh dirujuk di papan kenyataan Praktikum atau di Bilik Praktikum. Sebarang pembetulan atau pertanyaan boleh dilakukan pada hari Jumaat :22 Mei 2009 (Pn Sarina Baharudin)

Isnin, 18 Mei 2009

Selamat Hari Guru untuk semua warga IPGM KPM

Saya dengan ini mengambil kesempatan bagi pihak Unit Praktikum IPGM KPM untuk mengucapkan Selamat Hari Guru untuk semua warga IPGM KPM sempena Perayaan Hari Guru peringkat IPGM KPM pada hari Isnin, 18 Mei 2009 bertempat di Dewan Seri Kandi IPGM. Semoga semuanya dapat menjadi guru yang sebenarnya guru....

Sabtu, 16 Mei 2009

Amalan Menulis Persediaan Mengajar Harian Yang Terperinci


Semua guru pelatih dikehendaki menulis persediaan mengajar harian (RPH) yang lengkap sepanjang masa. Penulisan persediaan mengajar harian diwajibkan bagi semua guru/guru pelatih mengikut pekeliling yang dikeluarkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia. Saya berharap semua guru pelatih akan membuat RPH yang lengkap sepanjang masa. Pemantauan oleh pihak lain akan dibuat untuk memastikan agar peraturan ini dipatuhi. Sekian, terima kasih.

Contoh-contoh RPH dan Portfolio dari pelajar-pelajar Cemerlang Praktikum boleh dilihat di bilik Praktikum. Bahan ini tidak boleh dipinjam, fotostat. Mengambil gambar dengan kamera digital untuk dijadikan contoh dibenarkan.