Sabtu, 27 Jun 2009

Taklimat Praktikum untuk Pensyarah Pembimbing KPLI SR Ambilan Januari 2009

Tarikh : 30 Jun 2009 (Selasa)
Masa: 3.00 petang
Tempat : Dewan Tun Fatimah

Kehadiran adalah diwajibkan untuk memastikan perjalanan Praktikum adalah lancar.

Taklimat Guru Besar dan Guru Pembimbing KPLI SR Ambilan Januari 2009

Tarikh: 29 Jun 2009
Masa : 8.30 - 10.30 (Taklimat untuk guru besar /guru pembimbing)
11.00 - 1.00 (Taklimat untuk guru pembimbing sahaja)
Tempat : Dewan Tun Fatimah IPGM Kampus Perempuan Melayu

Ahad, 21 Jun 2009

Staf Praktikum ke Bandung, Indonesia



Pada 10 - 13 Jun beberapa orang pensyarah Praktikum termasuk saya sendiri dalam kumpulan kecil telah mengunjungi negara jiran kita Indonesia yang serumpun; untuk melawat dan shopping di sana. Melihat negeri orang. Kami bergerak dalam kumpulan kecil seramai 8 orang. Sedikit memori (gambar) untuk dikongsi bersama.

Rabu, 17 Jun 2009

Masalah Kesihatan dan Penyakit luar jangka

Untuk makluman semua guru pelatih....diharap dapat menjaga kesihatan agar tidak terganggu Praktikum. Namun jika terkena penyakit berjangkit luar jangka harap pastikan mendapat rawatan sewajarnya dengan hospital kerajaan. Surat sakit asal juga mesti disertakan apabila diminta oleh Unit Praktikum. Untuk makluman pelatih semua jika sakit itu agak berpanjangan maka mungkin anda terpaksa melanjutkan tempoh praktikum jika tidak cukup. Ia juga bergantung kepada kelulusan JK Induk Praktikum IPG. Sebarang masalah sila hubungi Unit ini.

Isnin, 1 Jun 2009

Selamat bercuti...dan selamat belajar

Disini saya ingin mengambil kesempatan mengucapkan selamat bercuti kepada semua guru pelatih IPGM KPM sepenuh masa dan Selamat Kembali belajar untuk pelajar KDC. Termasuk juga semua pensyarah yang bertugas semasa cuti.

Khamis, 28 Mei 2009

Konvokesyen IPGM KPM 2009

Konvokesyen IPGM KPM pada 28 Mei telah selesai dilaksanakan dengan jayanya. Tahniah kepada semua graduan yang telah berjaya mendapatkan Diploma dan sijil mereka. Majlis itu telah di rasmikan oleh YAB Toh Puan Datuk Seri Utama Dato' Zurina binti Kassim. Unit Praktikum juga ingin mengucapkan terima kasih kepada semua pelajar dan Pensyarah serta Staf IPGM yang telah banyak membantu dalam melaksanakan program tersebut. Kerana itu Majlis Jalinan Mesra telah diadakan untuk semua. Gambar-gambar akan dimasukkan kemudian.

Isnin, 25 Mei 2009

Kenangan bersama Mantan 'Orang Kuat Praktikum'




Kenangan bersama orang-orang kuat Praktikum sebelum saya. En Fun Foo Ying, En Azman Kanil dan En Segahran Appoo. Terima kasih kerana banyak membantu saya selama ini.