Selasa, 7 Julai 2009

Penempatan KPLI terkini dan Contoh RPH Kemahiran Hidup

Guru Pelatih boleh download penempatan KPLI terkini dan contoh RPH untuk subjek Kemahiran Hidup. Contoh RPH yang lain akan dimasukkan kemudian jika permintaan tinggi. HARAP MAKLUM.

Ahad, 5 Julai 2009

Transformasi Pendidikan

Malaysia kini akan mengalami transformasi pendidikan menjelang 2010. Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) akan diperkenalkan untuk tahun 1 mulai tahun depan. Begitu juga untuk kelas Pra Sekolah (KSPK). Kesemuanya bermula tahun depan. Guru pelatih diharap mendapatkan maklumat mengenai transformasi pendidikan ini. Bahan boleh di ambil di bahagian (Bahan Power Point di menu)

Khamis, 2 Julai 2009

Taklimat Guru Besar dan Guru Pembimbing PISMP Ambilan Januari 2007

Tarikh : 7 Julai (Selasa)
Masa : 8.30 - 10.30 - Guru Besar
11.00 - 1.00 - Guru Pembimbing
Tempat : Bilik Mesyuarat Seri Kesidang, Anjung Tadbir.

Taklimat/Bengkel Praktikum Guru Pelatih PISMK OUM

Tarikh : 3 Julai 2009 (Jumaat)
Jam : 8.00 - 4.30 petang
Tempat : Dewan Tun Fatimah

Kehadiran adalah diwajibkan.

Rabu, 1 Julai 2009

Makluman untuk Guru Besar / Guru Pembimbing

Semua tuntutan perjalanan mestilah ditandatangani oleh Guru Besar / GPK di ruang yang berkenaan. Jika tuntutan perjalanan oleh Guru Besar, GPK boleh menandatangani di ruang berkaitan. Semua tuntutan mesti sampai ke IPGM tidak lewat dari 2 hb untuk tujuan semakan. Jika lewat kemungkinan tuntutan tidak akan dapat dilakukan. Harap Maklum.

Sabtu, 27 Jun 2009

Tarikh-tarikh Praktikum

B. Ed TESL Jun, 2003 13-4 ~ 10-7-09
KPLI SR Jan, 2009 22-6 ~ 18-9-09
PISMK OUM Jan, 2006 6-7 ~ 14-8-09
PISMP Jan, 2007 29/6 ~ 21-8-09
KSPK Jan, 2009 6-7 ~ 14-8-09