Isnin, 14 Disember 2009

TAKLIMAT PRAKTIKUM KEPADA PELATIH KPLI SR KDC PENDIDIKAN KHAS NOVEMBER 2008

Program di atas akan diadakan seperti berikut.

Tarikh : 15 Disember, 2009 (Selasa)
Masa : 5 ~ 6:30 petang

Tempat : Dewan Tun Fatimah

Pelatih diwajibkan hadir.

TAKLIMAT PRAKTIKUM KEPADA PELATIH KPLI J-QAF JANUARI 2009

Program di atas akan diadakan seperti berikut.

Tarikh : 14 Disember, 2009 (Isnin)
Masa : 3:30 petang

Tempat : Bilik Seri Kesidang

Pelatih diwajibkan hadir.

Jumaat, 20 November 2009

TARIKH PBS DAN PRAKTIKUM SEMESTER 1 2010

Kolaborasi (B.Ed TESL) UIAM Jun 2004
12 Minggu
Praktikum 18 Januari –16 April

KDPM KEMAS KDC
Mei 2008 10 Minggu
Fasa 1 8 Feb – 23 April

PISMP Januari 2007 12 Minggu
Praktikum 3 1 Februari - 26 April

PISMP Januari 2008 4 Minggu
Praktikum I 22 Mac – 16 April

PISMP Januari 2009 1 Minggu
PBS 3 8 Mac - 12 Mac

PISMP Januari 2010 1 Minggu
PBS 1 22 Mac - 26 Mac

KPLI SR Jun 2009 12 Minggu
Praktikum 18 Januari - 16 April

KPLI SR j-QAF Januari 2009 12 Minggu
Praktikum 18 Januari - 16 April

KPLI SR – KDC Pem.
November 2008 12 Minggu
Praktikum 4 Januari - 2 April

Isnin, 9 November 2009

Sekitar pertandingan Bowling Peringkat IPG Kampus Perempuan Melayu







Pertandingan bowling telah diadakan di MITC yang dianjurkan oleh pelajar PPISMP dan persatuan Bowling IPG KPM. Tarikh pertandingan ialah pada 31 Oktober 2009 pada hari Sabtu jam 2.00 hingga 5.00 petang. Tahniah kepada semua pemenang, yang pastinya Ketua Unit Praktikum mendapat tempat ke empat secara individu dan kumpulan.

Sabtu, 24 Oktober 2009

Mesyuarat Induk Praktikum dan Mesyuarat Pasukan Pengurusan Praktikum

Mesyuarat Induk Praktikum Bil 2/2009 akan diadakan seperti butiran berikut:-
Tarikh : 26 Oktober 2009
Hari : Isnin
Jam: 8.30 pagi
Tempat: Bilik Mesyuarat Anjung Hikmah

Mesyuarat Pasukan Pengurusan Praktikum akan diadakan seperti butiran berikut:-
Tarikh : 26 Oktober 2009
Hari : Isnin
Jam : 2.30 petang
Tempat : Bilik Seri Kesidang

Semua yang terlibat dijemput hadir.

Jumaat, 16 Oktober 2009

Perancangan Strategik IPG-KPM ----- Kukup Golf Resort

Mesyuarat perancangan strategik peringkat IPGM KPM sedang berjalan di Kukup Golf Resort, Johor Darul Takzim. Mesyuarat ini amat penting dalam menentukan halatuju perancangan dan aktiviti peringkat IPGM KPM untuk tahun 2010. Unit Praktikum sendiri mempunyai 44 aktiviti untuk tahun 2010. Isu-isu perjawatan dan pengurusan juga menjadi topik penting dalam mesyuarat. Mesyuarat dijangka selesai pada Jumaat 16 Oktober 2010.

Selasa, 13 Oktober 2009

Majlis Makan Malam PISMK OUM "Sedetik Bersama, Seabad Terasa"
















Majlis tersebut telah diadakan di A Famosa Resort, Alor Gajah pada hari Isnin 12 Oktober jam 8.30 malam hingga 11.00 malam. Saya ingin mengucapkan tahniah kepada semua pelajar PISMK OUM kerana telah berjaya mengadakan majlis tersebut dengan jayanya. Bertemakan Hitam, Merah dan Putih telah berjaya mengujudkan suasana yang menarik di majlis itu. Boleh dikategorikan satu majlis yang agak hebat yang pernah saya hadiri. Tahniah saya ucapkan sekali lagi terutama untuk bekas mentee saya iaitu unit Kajian Sosial. Walaupun arwah En Azman telah tiada, namun dapat saya rasakan beliau pastinya bangga menjadi tutor anda semua.