Isnin, 8 Februari 2010
Senarai Penempatan KDC telah dikemaskini
Untuk perhatian semua pensyarah pembimbing dan pelatih KDC-KPLI(SR)-Pendidikan Khas Ambilan Nov 2008, senarai penempatan dan pensyarah pembimbing telah dikemaskini lagi pada petang 8 Februari 2010. Senarai ini dianggap sebagai muktamad dan sebarang pertukaran tidak akan dilayan lagi. Diharap semua pensyarah pembimbing dapat menjalankan tugas dengan baik dan selamat, khasnya mereka yang perlu memandu kereta sejauh sehingga ke Kota Tinggi dan Johor Bahru. Mohon semua pelatih kursus sentiasa mengikut perkembangan terbaru program praktikum dengan kerap mengunjungi laman blog ini. Terima kasih.
Rabu, 3 Februari 2010
Surat Panggilan Program Tutorial KDC-KPLI PKhas
Beberapa orang guru pelatih KDC-KPLI(SR) Pendidikan Khas telah menelefon Unit Praktikum mengatakan bahawa mereka masih belum terima surat panggilan menghadiri program Tutorial Praktikum pada 5 Februari 2010. Sebenarnya surat itu sudah dihantar kepada semua pelatih melalui pos pada minggu yang lepas. Walau bagaimanapun, pelatih yang memerlukan salinan surat tersebut boleh memuat turunnya dari pautan berikut:
http://www.mediafire.com/file/yu3yrudqd2m
(Surat Panggilan Program Tutorial praktikum KDC-KPLI-P_Khas Nov 08.pdf)
Anda boleh mendapatkan salinan surat yang sebenar dari Encik Yau semasa anda berada di IPG KPM pada hari Jumaat yang akan datang ini. Harap maklum.

Selasa, 2 Februari 2010
TAKLIMAT PRAKTIKUM UNTUK PELATIH KDC-KDPM-KEMAS AMBILAN MEI 2008
Tarikh: 5 Februari 2010
Masa: 3:30 petang
Tempat: Bilik Seri Kesidang, Tingkat 1, Anjung Tadbir, IPG KPM, Melaka
Kehadiran WAJIB! Sila menepati masa.
Surat telah dihantar ke sekolah. Sila berhubung dengan guru besar.
Masa: 3:30 petang
Tempat: Bilik Seri Kesidang, Tingkat 1, Anjung Tadbir, IPG KPM, Melaka
Kehadiran WAJIB! Sila menepati masa.
Surat telah dihantar ke sekolah. Sila berhubung dengan guru besar.
Turorial Praktikum KPLI KDC Pendidikan Khas Nov 08
Tutorial Praktikum akan diadakan seperti butiran berikut:-
Tarikh: 5 Februari 2010
Masa : 3.00 petang
Tempat : Dewan Tun Teja (IPG Kampus Perempuan Melayu, Melaka)
Kehadiran adalah WAJIB. Semua guru pelatih diwajibkan membawa bersama RPH dan Portfolio yang lengkap dan kemaskini untuk diselia oleh Pensyarah masing-masing. Sila hubungi juga pensyarah masing-masing untuk sesi pertemuan ini. Sila muat turun senarai penempatan yang terkini sebagai rujukan.
Perhatian: tempat program tutorial praktikum telah ditukar ke Dewan Tun Teja untuk memberi laluan kepada calon-calon yang menjalankan penilaian PJK di Dewan Besar Seri Kandi dan Dewan Tun Fatimah (DTF). Harap maklum.

Selasa, 26 Januari 2010
Rabu, 13 Januari 2010
Selamat Menjalani Praktikum
Selamat Tahun Baru dan Selamat menjalani Praktikum untuk pelajar KDC dan Pra Perkhidmatan. Semua guru pelatih diingatkan agar menyediakan Rancangan Pelajaran dan Portfolio Praktikum seperti biasa walaupun dengan ketiadaan Pensyarah Pembimbing. Disebabkan kekangan kewangan maka Pensyarah tidak dapat menyelia pelajar dalam masa terdekat terutama yang jauh. Diharap pelajar dapat diselia oleh Guru Besar dan Guru Pembimbing. Sebarang masalah dan pertanyaan bolehlah diajukan ke Unit Praktikum.
Sekian, terima kasih.
Sekian, terima kasih.
Langgan:
Catatan (Atom)