Satu kejohanan boling Piala Dr Segahran sempena Hari Guru telah diadakan pada 27 Mei 2010 di MIBC. Johan adalah En Ahmed Nasir bin Abdul Muthalif , KU Praktikum IPG KPM. Hadiah disampaikan oleh wakil Pengarah iaitu En Mustaffa Abd Majid, KJ JTP.
Naib Johan adalah En Najib dan tempat Ketiga ialah En Ameruddin. Kejohanan ini disertai oleh staf lelaki IPG KPM seramai 38 orang. Tahniah semua .
Selamat menyambut hari guru untuk semua pembaca blog ni.... Semoga hari yang mendatang makin mencabar dapat diatasi dengan tenang .... Walaupun ada ganjaran.....namun prestasi dan pencapaian diutamakan..... Jadilah pendidik untuk 1Malaysia......
Kepada pelajar program KPLI-SR Ambilan Januari 2010, kursus Pendidikan Khas dan Matematik dikehendaki menghantar laporan Refleksi ke Unit Praktikum secepat mungkin sebelum 30 April 2010. Sila beri kerjasama anda. Terima kasih kepada semua pelajar kursus Pendidikan Islam yang telah menghantar Laporan Rekleksi mereka. Terima kasih.
Kepada semua pelatih program PISMP Ambilan Januari 2007 , sila hadir untuk sesi taklimat refleksi praktikum seperti ketetapan di bawah : Tarikh : 03/05/2010 (Isnin) Masa : 3.00 petang Tempat : Bilik Mesyuarat Aras 1, Anjung Hikmah