Jumaat, 24 September 2010

Maklumat Terkini Mengenai Program Refleksi PBS PISMP Ambilan Januari 2009

Kepada pelajar-pelajar PISMP Ambilan Jan 2009,

Program Refleksi PBS(4) yang dirancang diadakan pada 23 September 2010 (Khamis) terpaksa dibatalkan kerana ramai pelatih menyertai aktiviti perkhemahan pasukan beruniform dan tidak dapat hadir. Maka program refleksi ini akan ditangguh ke satu tarikh yang sesuai dan akan diumumkan di sini nanti. Sila ikut perkembangan semasa dengan melayari blog Unit Praktikum ini.

Ketua-ketua unit diminta mengumpulkan borang-borang berikut dari rakan-rakan sekumpulan anda:(sebelum itu, fotostat satu salinan dan simpan dalam portfolio anda.)
i. Borang Rekod kolaborasi (Lampiran 1-4)
ii. Borang Amalan Refleksi ( Lampiran 1-6)
iii. Borang Maklumat Umum Sekolah (Lampiran 1-7A)
iv. Borang Kehadiran (Lampiran 1-8)
v. Borang laporan Perkembangan Pelajar (Lampiran 1-9)

Pastikan semua hantar bersama-sama. Masukkan borang-borang itu ke dalam sampul surat dan hantar kepada Pn Suriyati Yaapar, Pegawai Pengurusan Praktikum di Unit Praktikum secepat mungkin. (sebelum 28 September 2010).


Sekian. Terima kasih


Yau Yee Shin,
B/p Ketua Unit Praktikum



Jumaat, 17 September 2010

TAKLIMAT REFLEKSI

Kepada pelajar berikut, refleksi praktikum/PBS akan diadakan pada tarikh yang ditetapkan berdasarkan program pengajian pelajar berikut:

1. PISMP Ambilan Jan 2010 & KPLI SR Ambilan Jun 2010
Tarikh : 21 Sept 2010 (Selasa)
Tempat : Dewan Tun Fatimah
Masa : 3.00 ptg

2. PISMP Ambilan Jan 2009
Tarikh : 23 Sept 2010 (Khamis)
Tempat : Dewan Tun Fatimah
Masa : 3.00 ptg

3. KPLI SR Ambilan Jan 2010
Tarikh : 28 September 2010 (Selasa)
Tempat : Dewan Tun Fatimah
Masa : 3.00 ptg

Kehadiran adalah wajib. Semua ketua2 unit sila kumpulkan semua borang2 berikut mengikut jenisnya selengkapnya dari ahli kumpulan anda(susun ikut jenis borang dan unit masing2).

i. Borang Rekod kolaborasi (Lampiran 1-4)
ii. Borang Amalan Refleksi ( Lampiran 1-6)
iii. Borang Maklumat Umum Sekolah (Lampiran 1-7A)
iv. Borang Kehadiran (Lampiran 1-8)
v. Borang laporan Perkembangan Pelajar (Lampiran 1-9)

Sekian terima kasih.

Oleh : PN SURIYATI YAAPAR, Peg.Pengurusan Praktikum IPGKPM

Isnin, 6 September 2010

SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI

Unit Praktikum ingin mengucapkan Selamat Hari Raya untuk semua Staf IPG Kampus Perempuan Melayu, Guru-guru Pelatih dan semua yang terlibat dengan IPG ini.
Dengan Pesanan : BERHATI-HATI DIJALAN RAYA SEMASA LEBARAN INI.

Jumaat, 13 Ogos 2010

Taklimat PBS 4 Program PISMP Amb Jan 2009 (updated)

Taklimat akan diadakan pada :

Tarikh : 26 Ogos 2010 (Khamis) **updated
Tempat : Dewan Tun Fatimah

Masa : 3.00 ptg

Kehadiran semua pelajar adalah WAJIB.

Oleh : Pn. SURIYATI YAAPAR
Pegawai Pengurusan Praktikum IPGKPM.

Jumaat, 30 Julai 2010

Taklimat PBS Program KPLI SR Amb Jun 2010

Taklimat PBS berikut akan diadakan pada :

Tarikh : 19 Ogos 2010 (Khamis)
Masa : 3.00 petang
Tempat : Bilik Rehat Pensyarah

Kedatangan pelajar adalah WAJIB.
Terima kasih.
Oleh : PN SURIYATI YAAPAR,
Pegawai Pengurusan Praktikum,
IPGKPM.

Isnin, 19 Julai 2010

PISMP Ambilan Jan 2010

Semua ketua-ketua unit dikehendaki mengumpul dari setiap ahli kelas masing-masing borang-borang PBS 1 berikut :

1. Lampiran 1-6 (Borang Amalan Refleksi)
2. Lampiran 1-7A (Borang Maklumat Umum Sekolah)

Sila hantar ke Unit Praktikum selewat2nya pada 27 Julai 2010 (Selasa).

Terima kasih atas kerjasama yang diberikan.

Oleh : PN SURIYATI YAAPAR, Peg.Pengurusan Praktikum, IPGKPM.

Khamis, 15 Julai 2010

KPLI SR Ambilan Januari 2010

Semua pelajar dikehendaki menghantar dokumen PBS lepas kepada ketua Unit masing2 dengan kadar segera. Dokumen yg perlu dihantar ialah :


1. Lampiran 1-4 (Rekod Kolaborasi) - PAI, MATE & PK

2. Lampiran 1-6 (Borang Amalan Refleksi) - MATE

3. Lampiran 1-7A (Borang Maklumat Umum Sekolah) - PAI, MATE & PK

4. Lampiran 1-8 (Borang kehadiran)

5. Lampiran 1-9 (Borang Sahsiah/Laporan Perkembangan Pelajar)

Untuk Unit PAI dan Pendidikan Khas, kebanyakkan borang amalan refleksi telah dihantar, cuma borang-borang lain masih ada yg belum hantar. Bagi Unit Matematik hanya borang kehadiran dan sahsiah je yang ada walaubagaimanapun belum semua pelajar menghantarnya...SILA BUAT TINDAKAN SEGERA.

Diharap pelajar dapat mengambil tindakan segera dan ketua-ketua unit dikehendaki menghantar semua dokumen tersebut ke Unit Praktikum selewat-lewatnya minggu hadapan.

Terima kasih.

p/s : PERHATIAN JUGA KEPADA PELAJAR PROGRAM YANG LAIN (PISMP Jan 2007, PISMP Jan 2008, PISMP Jan 2009, PISMP Jan 2010, KPLI Jan 2009, KPLI Jun 2009) YG MANA FAIL PBS MEREKA TIDAK LENGKAP DENGAN SEMUA DOKUMEN DI ATAS, SILA JUGA BERTINDAK DAN KUMPUL DOKUMEN TERSEBUT DAN HANTAR KE UNIT PRAKTIKUM PADA MINGGU HADAPAN JUGA..

Oleh : PN. SURIYATI YAAPAR, Peg. Pengurusan Praktikum IPGKPM.