Khamis, 6 Januari 2011

Senarai Pensyarah Penyelia-terkini untuk Program Praktikum Fasa 2, KDC-KDPM-SABK Nov 2007

Untuk perhatian semua pelatih KDC-KDPM-SABK Amb.Nov 2007

Senarai penempatan dan pensyarah penyelia program praktikum fasa 2 kumpulan anda telah dikemaskinikan pada pagi ini. Sila muat turun senarai tersebut melalui pautan berikut:


Terima kasih.


Yau Yee Shin
Pen.K.UPr Sub-unit KDC

Rabu, 5 Januari 2011

Taklimat Praktikum Pelajar KPLI SR Ambilan Jun 2010 (BM & BI) & B.Ed TESL Mei 2005

Semua pelajar program tersebut WAJIB menghadiri taklimat praktikum berikut pada :

Tarikh : 12 Januari 2011 (Rabu)
Tempat : Dewan Tun Fatimah
Masa : 2.45 petang

Sekian, harap maklum & terima kasih.

Oleh : PN SURIYATI YAAPAR,
Pegawai Pengurusan Praktikum IPGKPM

Senarai Penempatan Praktikum Sesi Januari-Mei 2011

Kepada semua pensyarah dan pelatih IPGM K.PM,
Senarai penempatan praktikum+ Senarai Nama Pensyarah Penyelia program-program praktikum sesi Januari - Mei 2011 sedang dikemaskinikan dan akan dimuatnaik ke blog ini mulai hari ini. Sila layari blog kami untuk mengikut perkembangan yang terkini serta memuatturun senarai yang berkenaan. Sementara itu, pelatih-pelatih dipersilakan datang ke Unit Praktikum pada masa lapang untuk membuat rujukan melalui koleksi portfolio dan RPH yang terpamer di sini.
Terima kasih.

Isnin, 3 Januari 2011

Makluman Untuk KPLI SR Jun 2010 (Prasekolah)

Perhatian untuk semua pelajar KPLI SR Jun 2010 (Prasekolah) :

Berdasarkan dari surat dari IPG Induk, maklumat berikut perlu dipatuhi:

1. Guru pelatih yang menjalani praktikum akan mengajar sebanyak 3 jam sehari untuk lima (5) hari dalam seminggu memandangkan mereka ditempatkan di kelas baharu yang belum ada guru prasekolah.

2. Guru pelatih akan dibimbing oleh guru pembimbing daripada guru-guru Tahap Satu.

3.Praktikum akan tamat pada 15 April 2011. Mulai 18 April, mereka akan terus ditempatkan di sekolah. Guru pelatih dibayar elaun dan dalam masa yang sama sebagai Guru Dalam Latihan, mereka adalah di bawah tanggungjawab Jabatan Pelajaran Negeri.

4. Selepas tamat tempoh praktikum, pelajar tersebut dikehendaki terus berada di pusat prasekolah yang mereka menjalani PBS dan Praktikum sementara menunggu surat penempatan rasmi oleh Bahagian Pengurusan Sekolah Harian.

Sekian terima kasih.
Oleh : PN SURIYATI YAAPAR
Pegawai Pengurusan Praktikum IPGKPM

Jumaat, 3 Disember 2010

Taklimat Praktikum KPLI KDC PK Ambilan November 2009 & KDPM KDC SABK Ambilan November 2007

Semua pelajar program berikut diwajibkan hadir.

Taklimat akan diadakan pada :

Tarikh : 15 Dis 2010 (Rabu)
Tempat : Bilik Kesidang, Anjung Tadbir IPGKPM
Masa : 3.30 petang

Sila tepati masa. Sekian terima kasih.


Oleh : PN SURIYATI BINTI YAAPAR, Pegawai Pengurusan Praktikum IPGKPM

REFLEKSI PRAKTIKUM KDPM KDC JAIJ Ambilan Mei 2007

Semua pelajar KDPM KDC JAIJ Mei 2007 (71 orang) diwajibkan hadir.
Taklimat akan dijalankan pada :

Tarikh : 9 Dis 2010 (Khamis)
Tempat : Bilik Kesidang, Anjung Tadbir, IPGKPM
Masa : 1.30 petang

Sila kumpul kepada ketua unit borang2 berikut :

i. Borang maklumat guru pembimbing

ii. Borang kehadiran praktikum :
- Borang K dan
- Borang rumusan kehadiran

iii. Tuntutan elaun guru pembimbing yang lengkap bersama :
- Borang tuntutan elaun (lengkap dgn butiran guru pembimbing dan tandatangan gurubesar)
- Salinan muka depan buku bank
- Surat lantikan guru pembimbing

Sekian terima kasih.

Oleh : PN SURIYATI YAAPAR, Pegawai Pengurusan Praktikum IPGKPM

Isnin, 22 November 2010

SELAMAT BELAJAR UNTUK PELAJAR KDC DAN PGSR

Unit Praktikum mengucapkan selamat datang kepada semua unit PGSR dan KDC yang lain untuk menyambung minggu akademik dalam cuti ini. Sungguhpun ramai yang bercuti tetapi pengorbanan untuk belajar semasa cuti adalah satu pengorbanan yang besar dan ada hikmah disebaliknya. Oleh itu selamat belajar dan menghadapi peperiksaan.

KU PRAKTIKUM