Selasa, 11 Januari 2011

Senarai Penempatan Praktikum Untuk B.Ed TESL Kohot 3 dan KPLI-BI & BM Ambilan Jun 2010

Kepada para pensyarah penyelia dan pelatih B.ED TESL Ambilan Jun 2005, KPLI-BI & BM Ambilan Jun 2010 :

Senarai penempatan praktikum dan pensyarah penyelia untuk program praktikum yang tersebut di atas telah dikemaskinikan. Sila muat turun daripada site yang disediakan untuk rujukan tuan/puan.Kepada pelajar kumpulan KPLI PM Ambilan Jun 2010, sila maklumkan kepada pihak sekolah subjek minor yang baharu.

Terima kasih.



Pn Sarina Baharuddin
Pen. Ketua Unit Praktikum Sub-unit Praperkhidmatan
IPGM Kampus Perempuan Melayu



Isnin, 10 Januari 2011

Maklumat Mengenai Penempatan PISMP 2008 dan KPLI Jun 2010

Untuk perhatian semua pelatih PISMP Sem.7 (Amb 2008) dan KPLI Ambilan Jun 2010:

Senarai penempatan program praktikum anda sebenarnya telah siap. Cuma kami menghadapi sedikit cabaran di Unit Praktikum seperti berikut:
(i) KPLI-Opsyen BM: kurang terdapat sekolah yang menawarkan subjek Moral (subjek minor) anda. Maka alternatifnya sedang dibincangkan.

(ii) Jabatan Bahasa perlu mengagih semula tugas penyeliaan pensyarah kerana bilangan pelatih yang perlu diselia amat ramai.

Oleh itu, diminta pelatih-pelatih bersabar dan sentiasa mengikut perkembangan semasa melalui blog Unit Praktikum.

Senarai penempatan untuk pelatih PISMP Sem. 7 (Ambilan 2008) dan KPLI Ambilan Jun 2010 yang terpapar di sini hanya untuk rujukan semasa. Senarai yang muktamat akan dimuatnaik ke blog secepat mungkin.

Sekian.



Pindaan Tarikh taklimat praktikum program B.Ed tesl Mei 2005 & KPLI SR Jun 2010 (BM & BI)

Tarikh taklimat dipinda pada 13 Jan 2011 (Khamis).
Masa dan tempat taklimat tidak berubah.
Harap maklum. Terima kasih.

Oleh : PN SURIYATI YAAPAR, Pegawai Pengurusan Praktikum.

Pelan Tindakan Program Praktikum KPLI(SR) dan KDC-KPLI Sesi Januari 2011

Kepada Pensyarah Penyelia, Guru Pembimbing dan Guru Pelatih yang terlibat dalam Program Praktikum KPLI atau KDC-KPLI Sesi Januari - April 2011:

Pelan tindakan untuk Program Praktikum KPLI (Dari 16/17 Januari hingga 14/15 April 2011) telah disediakan.
Sila muatturun dokumen dari pautan berikut sebagai rujukan tuan/puan:


Sebarang pertanyaan boleh dikemukakan di "Shout-Mix".

Sekian, terima kasih.

Selamat menjalankan tugas dan selamat berpraktikum.


Sarina Baharuddin,
Pen. Ketua Unit Praktikum Sub-unit Praperkhidmatan,
IPGM Kampus Perempuan Melayu, Melaka.

Senarai Penempatan & Nama Pensyarah Penyelia Praktikum KDC-KPLI-PKhas Ambilan Nov 2009

Kepada pensyarah penyelia dan guru pelatih yang terlibat dalam program praktikum KDC-KPLI-Pendidikan Khas Ambilan November 2009 (17/1 hingga 15/4/2011):

Senarai penempatan praktikum telah disiapkan. Sila muatturun dari pautan berikut untuk rujukan tuan/puan:



Sekian. Terima kasih.
Selamat bertugas dan selamat berpraktikum.


Yau Yee Shin
Penolong Ketua Unit Praktikum Sub-unit KDC,
IPGM Kampus Perempuan Melayu, Melaka.

Pelan Tindakan Program Praktikum KDC-KDPM SABK Ambilan Nov 2007

Kepada Pensyarah Penyelia, Guru Pembimbing dan Guru Pelatih yang terlibat dalam Program Praktikum Fasa 2 KDC-KDPM-SABK Ambilan November 2007:

Pelan tindakan untuk Program Praktikum Fasa 2 KDC-KDPM-SABK Ambilan November 2010 (Dari 9/10 Januari hingga 21/22 April 2011) telah disediakan.
Sila muatturun dokumen dari pautan berikut sebagai rujukan tuan/puan:


Sebarang pertanyaan boleh dikemukakan di "Shout-Mix".

Sekian, terima kasih.

Selamat menjalankan tugas dan selamat berpraktikum.


Yau Yee Shin,
Pen. Ketua Unit Praktikum Sub-unit KDC
IPGM Kampus Perempuan Melayu, Melaka.


Khamis, 6 Januari 2011

Senarai Pensyarah Penyelia-terkini untuk Program Praktikum Fasa 2, KDC-KDPM-SABK Nov 2007

Untuk perhatian semua pelatih KDC-KDPM-SABK Amb.Nov 2007

Senarai penempatan dan pensyarah penyelia program praktikum fasa 2 kumpulan anda telah dikemaskinikan pada pagi ini. Sila muat turun senarai tersebut melalui pautan berikut:


Terima kasih.


Yau Yee Shin
Pen.K.UPr Sub-unit KDC