Rabu, 13 April 2011
Makluman Tentang TAKLIMAT, TUTORIAL atau REFLEKSI
Perhatian kepada semua pelajar yang menjalani Praktikum mahupun PBS ;
- Tarikh-tarikh taklimat, tutorial dan refleksi yang terdapat dalam Takwim Praktikum 2011 mahupun Surat Penempatan adalah tarikh-tarikh cadangan yang dipilih dan akan dilaksanakan sekiranya tiada halangan/program yang bertindih.
- Pelajar hendaklah sentiasa merujuk makluman terkini yang akan dimaklumkan di ruang pos tengah ini. Sekiranya tiada makluman maka program yang dirancang pada tarikh tersebut ditunda pada tarikh lain. Dengan itu, sentiasa peka dengan perkembangan/makluman semasa. (Tiada makluman tentang penundaan).
PN SURIYATI, UPr.
SURAT IPG Induk untuk KPLI SR Jun 2010 (Prasekolah sahaja)
Pelajar KPLI SR Jun 2010 (Prasekolah sahaja) :
- Sila muat turun surat IPG Induk tersebut, cetak dan serah kepada pihak pentadbir sekolah anda.
- http://www.mediafire.com/?edb94g2m9pmc0
- Sekian terima kasih.
PN SURIYATI, UPr
Rabu, 6 April 2011
Refleksi Praktikum B.Ed.TESL Jun 2005
SEMUA DIWAJIBKAN HADIR.
13 April 2011 (Rabu)
Dewan Seri Melor **pindaan
3.00 petang
Bawa bersama dokumen praktikum yang wajib dihantar. Rujuk link ini untuk senarai dokumen yang perlu dihantar:-
PN.SURIYATI
Selasa, 5 April 2011
Refleksi PBS bagi pelajar PISMP Jan 2010, PISMP Jan 2011 & KPLI SR Jan 2011
Semua pelajar program tersebut diWAJIBkan hadir bersama dokumen PBS yang telah dikumpul pada Ketua Unit masing-masing. Refleksi akan diadakan pada :
Sekian terima kasih.
7 April 2011 (Khamis)
Dewan Tun Fatimah
3.00 petang
Sekian terima kasih.
PN SURIYATI YAAPAR
Jumaat, 1 April 2011
Tutorial Praktikum Untuk KPLI SR Jun 2010 Unit Prasekolah Yang Menjalankan Praktikum di Luar Negeri Melaka
Pelatih-pelatih KPLI SR Jun 2010 Unit Prasekolah yang menjalankan praktikum di luar negeri Melaka diminta mendownload Borang Tutorial Praktikum, mengisi dan menghantar borang yang telah siap diisi kepada Puan Suriyati Unit Praktikum. Borang boleh didownload dari Blog Unit Praktikum di bawah tajuk "BORANG, BAHAN DAN LAIN-LAIN YANG BERKAITAN DENGAN PRAKTIKUM". (Berada di sebelah kanan blog.).
Sesi Tutorial Praktikum tidak dijalankan di IPG kerana mempertimbangkan pelatih-pelatih yang ditempatkan terlalu jauh dari IPG. Walaubagaimanapun bagi sesi Refleksi kehadiran semua diwajibkan.
Harap maklum.
- Zarawi bin Abdullah
1-4-2011, 1:06 tengahari
Harap maklum.
- Zarawi bin Abdullah
1-4-2011, 1:06 tengahari
Jumaat, 25 Mac 2011
Langgan:
Catatan (Atom)

