Khamis, 12 Januari 2012

Borang PR1

Semua pelajar yang akan menjalani praktikum dikehendaki menyediakan borang bimbingan praktikum berikut :

1. Borang PR1 (Boleh dibeli di koperasi IPGKPM)
Semua pelajar KPLI jQaf Pend.Islam dan B.Arab, B.Ed.Tesl, PISMP Unit Mate, Sains.

2. Borang PR1/MP (Muat turun di blog praktikum)
Semua pelajar unit pendidikan khas, KPLI jQaf P.Islam (P.Khas). Perlu disediakan dalam 3 salinan untuk guru pembimbing.

3. Borang PR1/Pra (Muat turun di blog praktikum)
Semua pelajar Prasekolah. Perlu disediakan dalam 3 salinan untuk guru pembimbing.

4. Borang PR1/PEMULIHAN (Muat turun di blog praktikum)
Semua pelajar pemulihan. Perlu disediakan dalam 3 salinan untuk guru pembimbing.

p/s : Sila dapatkan borang PR1 dari koperasi IPGKPM sebelum 21 Januari 2012 kerana IPG akan bercuti bermula dari 21/1/2012 - 29/1/1012.

oleh : PN SURIYATI

Isnin, 9 Januari 2012

Taklimat Praktikum Program B.Ed. TESL (UIA) Jul 2006, KPLI KDC PENDIDIKAN KHAS Nov 2010 dan KDPM KDC KEMAS Jun 2009



TAKLIMAT PRAKTIKUM

1. B.ED. TESL (UIA) Julai 2006

2. KPLI KDC PENDIDIKAN KHAS Nov 2010

3. KDPM KDC KEMAS Jun 2009

Semua pelajar yang akan menjalani program praktikum sekitar Melaka dan Muar sahaja diwajibkan hadir taklimat berikut pada :

11 Januari 2012 (Rabu)

Dewan Tun Fatimah IPG KPM

3.00 petang

Taklimat praktikum untuk pelajar selain Melaka dan Muar akan diadakan di lain waktu dan akan dimaklumkan kemudian. Harap Maklum.

oleh : Pn. Suriyati

Jumaat, 23 Disember 2011

PISMP Jan 2009 dan Kumpulan B ED Tesl


    Kepada semua pelatih kumpulan PISMP 2009 dan B ED TESL, Unit Praktikum sedang mengumpulkan hasil penulisan jurnal/refleksi mingguan untuk tujuan penerbitan. Semua pelatih dikehendaki mengumpulkan jurnal mingguan mereka di dalam CD dan dihantar ke Unit Praktikum semasa sesi refleksi(selesai praktikum).

Selasa, 20 Disember 2011

Senarai Penempatan Praktikum

Salam sejahtera kepada semua pelajar yang akan menjalani praktikum sepanjang 2012.


  • Sila pilih sekolah praktikum berdasarkan senarai sekolah yang diberi kepada Unit anda sahaja. Senarai sekolah yang lain akan melibatkan praktikum pelajar program lain seperti KPLI, KPLI KDC JQAF, KPLI KDC PK, KDPM, B.ED. TESL, PISMP JAN 2009, PISMP JAN 2010, PISMP JAN 2011 dan PISMP JAN 2012.

  • Jangan ubah/tukar nama sekolah yang diberi kerana ianya menyulitkan kerja/tindakan pihak kami. Harap FAHAM.

  • Pelajar yang didapati menukar sendiri nama sekolah selain yang disenaraikan akan diubah semula ke nama sekolah asal yang diberi terdahulu TANPA merujuk lagi kepada mereka.

  • Senarai sekolah telah dimaklumkan awal (sebelum cuti lagi), dengan itu sebarang permasalahan seperti tiada rumah sewa/tiada kenderaan hendaklah diselesaikan sendiri oleh pelajar terlibat bukannya pihak Unit Praktikum yang menyelesaikannya. Terima kasih.

oleh : PN SURIYATI

Isnin, 19 Disember 2011

Senarai Penempatan Praktikum 1/2012, PISMP Jan 2010

Kepada semua pelatih PISMP Ambilan Jan 2010 (Fasa 1) , Sila hantar dengan segera senarai penempatan yang telah lengkap ke Unit Praktikum melalui email yang disenaraikan di blog ini.Senarai nama sekolah telah diberi pada masa cuti semester lagi, jadi diharap semua pelatih dapat memberi kerjasama agar pengurusan praktikum dapat dijalankan dengan lancar.

Sekian,

Pn Sarina Baharudin

Rabu, 7 Disember 2011

Taklimat Praktikum Pelajar KPLI SR KDC LPBS j-Qaf Ambilan Jan 2011

Semua pelajar kumpulan tersebut diwajibkan hadir taklimat.

Tarikh : 9 Disember 2011 (Jumaat)
Tempat : Dewan Tun Fatimah
Masa : 3.30 petang


oleh : PN SURIYATI, UPr