Rabu, 16 Januari 2013

Salinan Surat Penempatan Praktikum KPLI j-QAF Ambilan Januari 2012

Untuk perhatian pelatih KDC KPLI j-QAF:

Surat penempatan praktikum anda telah di hantar melalui pos biasa ke sekolah anda dalam cuti semester yang lepas. Namun, masih terdapat pelatih yang kata dia tidak terima surat tersebut. Maka UAP mengambil langkah mengimbas (scan) surat ini dan letak di sini untuk dimuat turun oleh pelatih yang memerlukannya.Sila cetak dokumen dua muka surat berikut dan lampirkan Senarai Penempatan Praktikum kumpulan anda. "highlight kan" nama anda. Hantar sesalinan kepada guru besar anda.
 
    
   

Sekian, terima kasih.

Dari, 
Yau YS

Kebenaran Mengurangkan Waktu Mengajar Untuk Pelatih KDC KPLI j-QAF

Untuk perhatian pelatih KDC KPLI j-QAF AMB JAN 2012:

Sila muat turun dokumen berikut dan lampirkan bersama Senarai Penempatan Praktikum kumpulan anda, highlightkan nama anda, seterusnya hantar sesalinan kepada guru besar sekolah anda. Surat ini diturunkan oleh Pengarah IPGK.PM untuk tujuan memohon pihak sekolah mengurangkan waktu mengajar anda semasa program praktikum berlangsung.
  Terima kasih kepada Pengarah IPGK.PM atas jasa baik beliau, dan juga terima kasih kepada Pn Sarina Baharudin yang amat prihatin tentang perkara ini dan telah berusaha memanjangkan perkara ini kepada Pengarah IPGK.PM.

Dari,
Yau YS

Khamis, 10 Januari 2013

Senarai Penempatan Praktikum KDC-KPLI-JQAF Jan 2012-KEMASKINIKI 10.01.13

Kepada semua pelatih kursus KDC-KPLI-MOD LPBS-JQAF Ambilan Jan 2012,
Senarai Penempatan Praktikum anda telah dirombak semula atas beberapa sebab. Sila muatturun pautan berikut sebagai rujukan. Terima kasih.

Senarai Penempatan Praktikum KDC-KPLI-JQAF Jan 2012-Kemaskini pada 10.1.2013

Dari, Yau YS

Senarai Penempatan Latihan Mengajar Kursus PITO BM&BI Ambilan Nov 2012

Kepada semua peserta Kursus PITO BM&BI Ambilan Nov 2012,
Sila muat turun dokumen berikut untuk mengetahui siapa pensyarah penyelia anda. Bagi peserta kursus yang berkhidmat di sekolah di negeri-negeri yang jauh dari Melaka seperti Pulau Pinang, Pahang dan Selangor, anda akan diselia oleh pensyarah dari IPGK lain yang berdekatan dengan sekolah anda. Sila hubungi Unit Amalan Profesional (Unit Praktikum) IPGK berkenaan untuk mengetahui siapa pensyarah penyelia anda. Mohon semua peserta kursus hantar jadual waktu dan peta lokasi sekolah anda kepada pensyarah penyelia anda secepat mungkin bagi memudahkan beliau pergi ke sekolah anda untuk membuat penyeliaan.

Senarai Penempatan Latihan Menngajar Kursus PITO Ambilan Nov 2012

Sekian. Harap Maklum. 
Selamat menjalankan latihan mengajar.


Dari, Yau YS

Portfolio Praktikum- kini dijual di Koperasi IPGK.PM

Untuk makluman semua guru pelatih IPGK.PM yang bakal menjalani latihan mengajar (Praktikum) di sekolah, sila kunjungi koperasi IPGK.PM untuk membeli fail yang direka khas untuk digunakan sebagai portfolio praktikum. UAP mencadangkan semua pelatih membeli dua buah fail, satu fail tebal 2" untuk dimuatkan dokumen berkenaan pelaksanaan program praktikum dan satu fail tebal 3" untuk dimuatkan bahan-bahan sokongan seperti lembaran kerja, gambar foto ABM, modul pembelajaran yang dicipta, gambar aktiviti sekolah yang dijalankan, kajian kes (tidak diwajibkan tetapi digalakkan) dan sebagainya. Harga bagi fail tebal 2" = RM13, dan harga bagi fail tebal 3"=RM14.

                       


Sekian.

Dari, Yau YS

Rabu, 9 Januari 2013

Garis Panduan Latihan Mengajar Kursus PITO BM &BI

Untuk peserta-peserta Kursus PITO BM & BI, sila muat turun garis panduan berkenaan melalui pautan di bawah. 

Garis Panduan Praktikum Kursus PITO BM & BI

Latihan mengajar bagi peserta kursus PITO akan bermula dari 14 Januari 2013 hingga 25 Januari 2013 (2 minggu). Penyeliaan pensyarah pembimbing 1 kali sahaja dan peserta juga akan dinilai oleh guru besar/pengetua sekolah.

Harap maklum.

Sekian.


Dari, Yau YS

Isnin, 7 Januari 2013

Taklimat dan Bengkel Penyeliaan Praktikum Untuk Guru Pembimbing KPLI-KDC Mod LPBS-JQAF Ambilan Januari 2012

Untuk Perhatian pelatih-pelatih KPLI-KDC-JQAF Ambilan Januari 2012 dari sekolah-sekolah sekitar Melaka, Negeri Sembilan dan Johor Utara, sila muat turun surat panggilan dan senarai berikut.

             

Sila cetak kedua-dua dokumen ini dan hantar kepada guru besar anda dengan kadar segera! Minta guru besar anda melantik seorang guru pembimbing subjek MAJOR sahaja untuk menghadiri Taklimat Praktikum yang akan berlangsung pada 15 Januari 2013 (Selasa), 8:30 pagi di Dewan Tun Fatimah, IPG Kampus Perempuan Melayu. Kerja sama dari semua guru pelatih JQAF Ambilan 2012 untuk bantu menyebar mesej ini kepada semua rakan anda adalah amat dialu-alukan.

Sekolah-sekolah yang tidak disenaraikan, tidak perlu menghantar wakil untuk menyertai taklimat ini. Taklimat praktikum akan diberi oleh pensyarah penyelia yang pergi ke sekolah tersebut.

Harap maklum.

Sekian. 



Dari, Yau YS