Isnin, 25 Februari 2013

Program Tutorial Praktikum

Untuk perhatian pelatih-pelatih berikut:

1. PISMP Ambilan Januari 2010
2. DPLI (GSTT) Ambilan Disember 2011
3. KDC-KPLI j-QAF Ambilan Januari 2012 (Dari Sekolah Negeri MELAKA SAHAJA!)

Anda semua WAJIB menghadiri program tutorial praktikum seperti ketetapan berikut:

Tarikh   :  1 Mac 2013 (Jumaat)
Masa     :  3:15 petang
Tempat :  Dewan Seri Kandi, IPGK.PM, Melaka

Sila bawa Buku Rekod RPH dan Portfolio Praktikum anda. Anda perlu membuat temu janji dengan pensyarah penyelia anda dan berjumpa mereka selepas sesi tutorial di DTF. Sesiapa yang tidak hadir tanpa sebab yang munasabah akan dirujuk ke Unit Disiplin, JHEP, IPGK.PM.

Bagi pelatih KDC-KPLI j-QAF Ambilan Januari 2012 yang menjalankan praktikum di negeri-negeri lain (bukan Melaka), sila muat turun borang berikut (borang maklum balas tutorial praktikum) , isi, dan hantar balik kepada saya (yshiny@gmail.com) sebelum 4 Mac 2013. 
  Borang Maklum Balas Tutorial Praktikum

Terima kasih atas kerja sama yang diberikan.


Dari, Yau YS

Senarai Penempatan-Kemaskini 25 Februari 2013

Kepada pelatih-pelatih yang berkenaan,

Senarai penempatan untuk dua program berikut telah diubah kerana terdapat pensyarah baharu melapor diri untuk mula berkhidmat di IPG Kampus Perempuan Melayu pada minggu lepas, yakni tugas penyeliaan praktikum untuk pensyarah penyelia telah diubah mengikut keperluan semasa. 

1. KDC-KPLI-j-QAF Ambilan Jan 2012
2. Praktikum 1 PISMP Ambilan Jan 2011

Harap maklum.

Dari, Yau YS

Selasa, 19 Februari 2013

Senarai Penempatan Praktikum-Kemaskini pada 19 Feb 2013

Untuk perhatian semua pelatih yang terlibat dalam program-program praktikum bagi semester 1 tahun 2013,

Sila muat turun senarai penempatan kumpulan anda dan semak status anda kerana berlaku beberapa pindaan yang tidak dapat dielakkan oleh kerana terdapat pensyarah dipindah ke stesyen lain. 

1. KDC-KPLI-jQAF Ambilan Jan 2012
2. PISMP Ambilan Jan 2010 (Praktikum 3)
3. KDPM-PPAK Ambilan Jun 2011 (Praktikum Fasa 1)
4. DPLI-GSTT Ambilan Dis 2011
5. PISMP Ambilan Jan 2011 (Praktikum 1)

Sekian. Harap maklum.

Dari,
Yau YS

Isnin, 21 Januari 2013

Untuk Perhatian Pelatih KDC-KPLI-j-QAF Ambilan Januari 2012, Major Pendidikan Khas,

Sila muat turun borang bimbingan/penilaian PR1/MP dari blog ini. Perbanyakkannya untuk kegunaan guru pembimbing anda.

Sekian. Terima kasih.


Dari, Yau YS
Untuk perhatian peserta Kursus PITO BM/BI yang menjalankan latihan mengajar (Praktikum),

Sila muat turun borang Kehadiran Praktikum (Borang "k") dari blog ini. Isi borang tersebut secara individu dan minta Guru Besar mengesahkan borang tersebut dengan menurunkan tanda tangan serta cap sekolah (bulat) di atas borang. Sila hantar borang tersebut melalui pos/tangan kepada: 
Unit Amalan Profesional, IPGK. Perempuan Melayu, Jalan Maktab, Durian Daun, 75400 Melaka sebelum atau pada 30 Januari 2013. 

Sekian, terima kasih.

Dari, 
Yau YS

Khamis, 17 Januari 2013


Senarai Penempatan Praktikum KDC-KPLI-JQAF Jan 2012-KEMASKINIKI 17.01.13

Kepada semua pelatih kursus KDC-KPLI-MOD LPBS-JQAF Ambilan Jan 2012 termasuk juga pelatih dari IPGK lain yang diselia oleh pensyarah daari IPGK.PM,

Mohon maaf. Senarai Penempatan Praktikum anda telah dirombak semula sekali lagi 
setelah mesyuarat penyelarasan semalam.

Sila muat turun pautan berikut sebagai rujukan. Terima kasih.

Senarai Penempatan Praktikum KDC-KPLI-JQAF Jan 2012-Kemaskini pada 17.1.2013

Dari, Yau YS

TAKLIMAT PRAKTIKUM PISMP AMBILAN JANUARI 2010 ( FASA 3)

TARIKH : 17 JANUARI 2013
TEMPAT : BISA
MASA : 3.30 - 5:00 PETANG
KEHADIRAN : WAJIB!

Senarai penempatan praktikum kumpulan ini telah dikemas kini dan boleh dimuat turun melalui pautan berikut:

Senarai Penemapatan Praktikum (3) PISMP Amb Jan 2010 [Versi 17 Jan 2013]

Sekian. Selamat berpraktikum.

Dari, 
Yau YS