Isnin, 1 Jun 2009
Selamat bercuti...dan selamat belajar
Disini saya ingin mengambil kesempatan mengucapkan selamat bercuti kepada semua guru pelatih IPGM KPM sepenuh masa dan Selamat Kembali belajar untuk pelajar KDC. Termasuk juga semua pensyarah yang bertugas semasa cuti.
Khamis, 28 Mei 2009
Konvokesyen IPGM KPM 2009
Konvokesyen IPGM KPM pada 28 Mei telah selesai dilaksanakan dengan jayanya. Tahniah kepada semua graduan yang telah berjaya mendapatkan Diploma dan sijil mereka. Majlis itu telah di rasmikan oleh YAB Toh Puan Datuk Seri Utama Dato' Zurina binti Kassim. Unit Praktikum juga ingin mengucapkan terima kasih kepada semua pelajar dan Pensyarah serta Staf IPGM yang telah banyak membantu dalam melaksanakan program tersebut. Kerana itu Majlis Jalinan Mesra telah diadakan untuk semua. Gambar-gambar akan dimasukkan kemudian.
Isnin, 25 Mei 2009
Kenangan bersama Mantan 'Orang Kuat Praktikum'
Penempatan Praktikum KPLI 2009
Senarai penempatan praktikum telah ada. Sila download dan semak. Jika ada pembetulan atau sebarang pertanyaan sila rujuk Pn Sarina Baharudin (Pen Ketua Unit Praktikum)
Sabtu, 23 Mei 2009
Program BIG di Teluk Gorek, Mersing (18 - 21 Mei 2009)
Selasa, 19 Mei 2009
Taklimat Pengurusan Praktikum KPLI SR Ambilan Januari 2009

Taklimat akan diadakan seperti maklumat berikut:-
25 Mei 2009 (Isnin)
Jam: 2.30 petang
Tempat: BISA (BM 1,2,3, PI 1,2,3, PK 1,2, PL 1,2)
DTF ( B&K, KS, PSV, MT, Sains 1,2 )
Kehadiran adalah diwajibkan.
Senarai penempatan telah ada dan boleh dirujuk di papan kenyataan Praktikum atau di Bilik Praktikum. Sebarang pembetulan atau pertanyaan boleh dilakukan pada hari Jumaat :22 Mei 2009 (Pn Sarina Baharudin)
Isnin, 18 Mei 2009
Selamat Hari Guru untuk semua warga IPGM KPM
Saya dengan ini mengambil kesempatan bagi pihak Unit Praktikum IPGM KPM untuk mengucapkan Selamat Hari Guru untuk semua warga IPGM KPM sempena Perayaan Hari Guru peringkat IPGM KPM pada hari Isnin, 18 Mei 2009 bertempat di Dewan Seri Kandi IPGM. Semoga semuanya dapat menjadi guru yang sebenarnya guru....
Langgan:
Catatan (Atom)