Selasa, 6 Oktober 2009

Minggu Pra Audit ( 6 dan 7 Sept)

Minggu ini adalah minggu pra audit untuk MSISO....sebarang gangguan harap maaf. Audit untuk unit praktikum telah selesai dijalankan pada 6 september. Tiada masalah. Terima kasih kepada semua penggerak Unit Praktikum. Bagi lain-lain Jabatan dan Unit diucapkan selamat menghadapi pra audit dan audit sebenar pada minggu depan. Kekalkan kecemerlangan IPGM kita. Terima kasih.

Selasa, 29 September 2009

Tips bila hampir peperiksaan

Artikel ini adalah mengenai tips tips yang harus kita amalkan apabila hampir peperiksaan.

1.Baiki hubungan dengan Allah-
Tunaikan solat dhuha-
Jaga solat
-Memohon ampun daripada Allah ( istighfar )
-Jangan lupa beribadah kepada Allah
-Peliharalah solat fardhu lima waktu
-Memperbanyakkan doa2.

2. Agar doa makbul
-Hindarkan perut dimasuki barang haram
-Harus khusyuk dan serius untuk beribadah
-Mengetahui waktu-waktu doa dikabulkan atau dimustajabkan
contoh:* Satu pertiga malam yang akhir
* Hari jumaat dan malamnya
* Bulan ramadhan terutamanya malam lailatul qadar
* Hari a\'rofat
* Khatam quran
* Setelah mendengar azan
* Di antara dua khutbah jumaat
-Bertawakkal kepada Allah sesudah berusaha dengan gigih

Khamis, 17 September 2009

REFLEKSI PRAKTIKUM UNTUK PELAJAR KPLI SR JANUARI 2009

Program di atas akan diadakan seperti berikut.

Tarikh : 28 September, 2009 (Isnin)
Tempat : Bilik Seri Kesidang - (Unit BM) 2:30 petang
******* Dewan Tun Teja ---- (Unit BI) 2:30 petang
******* Dewan Tun Fatimah (Unit MT, B & K, SC, PSV, KS, PK, PL) 2:30 petang
******* Dewan Seri Melor --- (Unit PL, PK) 2:30 petang

Harap maklum.

- Zarawi, Pegawai Pengurusan Praktikum.

Isnin, 14 September 2009

Kenali Aidilfitri: Selamat Hari Raya untuk semua warga IPGM KPM


SEJARAH hari raya dalam Islam bermula apabila Rasulullah berhijrah ke Madinah. Baginda mendapati ada dua hari raya yang disambut oleh bangsa Arab pada masa itu. Apabila Rasulullah bertanya kepada mereka apakah dua hari raya itu, mereka segera menjawab bahawa dua hari raya yang mereka sambut itu adalah perayaan yang diwarisi secara turun temurun daripada datuk nenek mereka.Lalu Rasulullah menyatakan kepada orang Arab Madinah bahawa Islam menggantikan dua hari raya yang kamu raikan itu dengan dua hari yang lebih bermakna iaitu Hari Raya korban atau Aidiladha dan Hari Raya Fitrah atau Aidilfitri.


Nabi saw memberitahu mereka, "Sesungguhnya Allah swt telah mengurniakan 2 hari yang mempunyai kebaikan di dalamnya, iaitu hari Eidul-Fitr dan hari Eidul-Adha." Riwayat Abu Daud, 1134Sabda Nabi saw kepada Abu Bakar r.a., "Setiap kaum ada perayaan, dan ini adalah perayaan kita" (Riwayat Bukhari dan Muslim). Hadis ini merujuk kepada 2 perayaan Eid yang khusus bagi orang Islam.Konsep hari raya dalam Islam jelas menunjukkan bahawa ia adalah perayaan keagamaan.


Ini bermakna jika ia disambut di atas landasan agama, maka hari raya yang diraikan itu adalah satu ibadat.Aidilfitri disambut sebagai suatu kemenangan bagi orang yang dapat mengerjakan ibadat puasa Ramadan dengan sempurna. Kemenangan itu bukan saja menang kerana berjaya mengawal nafsu makan dan minum selama sebulan pada siang hari sepanjang Ramadan, malah kejayaan menghalang diri daripada melakukan perkara dilarang, iaitu jika dilakukan akan terbatal puasanya.


Lantaran itu Allah menganugerahkan satu hari untuk kita sama-sama meraikan kejayaan daripada kemenangan itu.Kalimat 'fitri' sendiri bermaksud fitrah iaitu dengan kejayaan manusia balik kepada fitrah yang asal`Aidul Fitri berasal dari perkataan`aid adalah diambil dari kata al-`audu (kembali). Fitrah asal ini sebenarnya suatu permulaan kejadian manusia yang sememangnya bersih daripada dosa dan noda.Oleh kerana ia dikatakan sebagai perayaan keagamaan, maka cara menyambut hari raya itu sendiri perlulah mengikut adab dan peraturan tertentu.


Apabila saja diumumkan hari raya, maka mulakanlah malamnya dengan aktiviti ibadat. Ini seperti memperbanyakkan solat sunat, bertasbih, bertakbir dan bertahmid sebagai tanda kesyukuran.Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan Tabrani dari Ubadah bin Soib menyatakan bahawa: "Sesiapa yang menghidupkan malam Aidilfitri dan Aidiladha dengan amalan yang baik dan ikhlas kerana Allah, maka tidak akan mati hatinya pada hari semua hati-hati akan mati, iaitu hari kiamat."
Akhir kata bila pulang beraya di kampung tu jangan beraya sakan...tetapi ala kadar dan berhati-hati di jalanraya. Penuhi lebaran dengan kegembiraan aidil fitri bukan dengan kesedihan kehilangan orang tersayang.

Isnin, 7 September 2009

Refleksi Praktikum PISMP Jan 2008, 2009

Pelatih diwajibkan menghadiri refleksi yang akan diadakan pada,

Tarikh : 11 September, 2009 (Jumaat)
Tempat : Dewan Tun Fatimah
Jam : 2:30 petang

- Zarawi, Pegawai Pengurusan Praktikum.

Khamis, 3 September 2009

Tarikh Refleksi Praktikum KPLI SR Ambilan Januari 2009

Unit Praktikum amat prihatin terhadap masalah pelajar untuk sambutan Hari Raya.
Jadi unit praktikum telah meminda tarikh refleksi tersebut:

Tarikh : Isnin (28 September 2009)
Masa : 2.30 petang
Tempat : Akan dimaklumkan kemudian.

Kehadiran semua guru pelatih adalah wajib. Sila bawa bersama RPH dan Portfolio yang lengkap dengan borang k. Semoga semua guru pelatih berpuashati dengan pindaan tarikh tersebut.

Rabu, 2 September 2009

Kelayakan menduduki peperiksaan (Pelajar Praktikum)

Mengikut syarat praktikum IPGM semua pelajar mestilah melengkapkan praktikum sekurang-kurangnya 90% kehadiran (termasuk MC, KAGUM, Cuti kebenaran maktab, Aktiviti maktab dll seumpamanya). Jika kurang dari itu pelajar mestilah melengkapkan praktikum. Bagi yang gagal untuk berbuat demikian maka pelajar itu tidak boleh mengambil peperiksaan. Jika tidak boleh ambil peperiksaan maka anda dikira gagal untuk semester itu. Harap maklum kerana perkara ini sangat penting untuk mendapat ijazah dan diploma anda. Sekian, terima kasih.