Isnin, 22 Mac 2010

TAKLIMAT PRAKTIKUM FASA 1 UNTUK PENSYARAH PEMBIMBING PROGRAM PISMP AMBILAN JANUARI 2008 (Tempoh Praktikum : 22 Mac - 16 Apr 2010)

Pensyarah yang terlibat diwajibkan menghadiri taklimat praktikum tersebut pada ketetapan berikut :

Tarikh : 22/03/2010 (Isnin)
Masa : 2.30 ptg
Tempat : Bilik Kesidang

Kerjasama daripada tuan/puan amatlah dihargai dan diucapkan ribuan terima kasih.

Jumaat, 19 Mac 2010

REFLEKSI PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH (PBS) FASA 3 UNTUK PELAJAR PROGRAM PISMP AMBILAN JAN 2009

Kepada:
Penyelaras PISMP 2009 - En. Mohd Rafi bin Ghazali
Penyelaras Kerja Kursus PBS (PJK) - Tn. Hj. Zulhisham bin Mohd Ali
Pelajar-pelajar PISMP Ambilan Januari 2009 (Unit MT, PK1, 2, 3, 4, 5, PL1, 2, PRA 1 dan 2)

ProgramPengalaman Berasaskan Sekolah (PBS) Fasa 3 untuk pelajar Program PISMP Ambilan Januari 2009 telah berlangsung dari 8 Mac- 12 Mac 2010 ( 5 hari). Diminta menghadiri taklimat refleksi PBS tersebut seperti ketetapan di bawah:

Tarikh : 23 Mac 2010 (Selasa)
Masa : 3:00 petang
Tempat: Dewan Tun Fatimah, IPG KPM.

Kehadiran adalah wajib. Sila menepati masa. Terima kasih.

REFLEKSI PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH (PBS) FASA 1 UNTUK PELAJAR PROGRAM PISMP AMBILAN JAN 2010

Kepada:
Penyelaras PISMP 2010- En. Mustafa bin Abd Aziz -
Penyelaras Kerja Kursus PBS (JIP) - En. Anuar bin Len dan
Pelajar-pelajar PISMP Ambilan Januari 2010 (Unit MT, PL1, PL2, PK 1-5 dan Sains).

Program Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS) Fasa 1 untuk pelajar Program PISMP Ambilan Januari 2010 akan berlangsung dari 22 Mac- 26 Mac 2010 ( 5 hari). Diminta menghadiri taklimat refleksi PBS tersebut seperti ketetapan di bawah:

Tarikh : 30 Mac 2010 (Selasa)
Masa : 3:00 petang
Tempat : Dewan Tun Fatimah, IPG KPM.

Kehadiran adalah wajib. Sila menepati masa. Terima kasih.

Khamis, 11 Mac 2010

Pemberitahuan Semasa

Pelajar-pelajar dari Program berikut boleh mendapatkan Surat Penempatan PBS masing-masing dari Unit Praktikum hari ini. Surat ini ialah sebagai persediaan pelajar sekiranya pihak sekolah lewat menerima surat yang telah dihantar oleh Unit Praktikum. Program tersebut ialah:


1. Program Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (PISMP) Ambilan
Jan 2010 dan

2. Kursus Perguruan Lepasan Ijazah (KPLI) Sekolah Rendah Ambilan Januari 2010.

Harap maklum.

Rabu, 10 Mac 2010

Perlaksanaan Taklimat PBS bagi Program KPLI (SR)
Ambilan Januari 2010 di Bilik Kesidang oleh En Yau Yee Shin
pada 10 Mac 2010 jam 3.30 petang.