Isnin, 31 Mei 2010

Johan Piala Dr Segahran - Boling sempena Hari Guru 2010




Satu kejohanan boling Piala Dr Segahran sempena Hari Guru telah diadakan pada 27 Mei 2010 di MIBC. Johan adalah En Ahmed Nasir bin Abdul Muthalif , KU Praktikum IPG KPM. Hadiah disampaikan oleh wakil Pengarah iaitu En Mustaffa Abd Majid, KJ JTP.


Naib Johan adalah En Najib dan tempat Ketiga ialah En Ameruddin. Kejohanan ini disertai oleh staf lelaki IPG KPM seramai 38 orang. Tahniah semua .

Isnin, 24 Mei 2010

Taklimat PRAKTIKUM Program PISMP Ambilan Januari 2008 & KPLI-SR Ambilan Januari 2010

Kepada semua pelajar Program PISMP Ambilan Januari 2008 & KPLI SR Ambilan Januari 2010, sila hadir taklimat Praktikum pada ketentuan berikut :

Tarikh : 25 Mei 2010 (Selasa)
Masa : 3.00 ptg
Tempat : Dewan Tun Fatimah

Kehadiran adalah WAJIB.

Isnin, 17 Mei 2010

SELAMAT MENYAMBUT HARI GURU

Selamat menyambut hari guru untuk semua pembaca blog ni....
Semoga hari yang mendatang makin mencabar dapat diatasi dengan tenang ....
Walaupun ada ganjaran.....namun prestasi dan pencapaian diutamakan.....
Jadilah pendidik untuk 1Malaysia......

Akhir kata....Selamat Hari Guru ....cikgu

Sabtu, 8 Mei 2010

Selamat Berkonvo.....2010

Selamat berkonvo dan berseminar untuk semua pelajar yang terlibat secara langsung dalam Majlis Konvokesyen IPG Kampus Perempuan Melayu sesi 2010.

Semoga anda semua dapat menjadi guru yang berkaliber.

Ikhlas dari Unit Praktikum.

Rabu, 28 April 2010

Pemberitahuan Semasa

Kepada pelajar program KPLI-SR Ambilan Januari 2010, kursus Pendidikan Khas dan Matematik dikehendaki menghantar laporan Refleksi ke Unit Praktikum secepat mungkin sebelum 30 April 2010. Sila beri kerjasama anda. Terima kasih kepada semua pelajar kursus Pendidikan Islam yang telah menghantar Laporan Rekleksi mereka.
Terima kasih.

Selasa, 27 April 2010

Taklimat REFLEKSI PRAKTIKUM PROGRAM PISMP AMBILAN JANUARI 2007

Kepada semua pelatih program PISMP Ambilan Januari 2007 , sila hadir untuk sesi taklimat refleksi praktikum seperti ketetapan di bawah :
Tarikh : 03/05/2010 (Isnin)
Masa : 3.00 petang
Tempat : Bilik Mesyuarat Aras 1, Anjung Hikmah

Kehadiran adalah WAJIB.

Rabu, 21 April 2010

Program Refleksi Praktikum KPLI(SR)-KDC Mod LPBS-J-QAF Ambilan Januari 2009 pada 20 April 2010




Program Refleksi Praktikum ini telah dilaksanakan dengan sempurnanya pada 20 April 2010, dari 3:00-5:00 petang di Bililk Seri Kesidang, IPG KPM. Fasilitator program ini ialah Ustazah Fatimah Bt Maarof yang telah berjaya memberangsangkan guru-guru pelatih untuk meluahkan perasaan mereka mengenai Program Praktikum yang baru selesai pada minggu lepas. Kehadiran guru pelatih ke program ini ialah 100%. Syabas!