Rabu, 19 Januari 2011

Taklimat Praktikum 3 PISMP Jan 2008 (Perubahan terkini)

Sila hadir taklimat praktikum Fasa 3 pada :


27 Januari 2011 (Khamis)


Bilik Seri Kesidang, IPGKPM

2.45 petang


Kehadiran adalah WAJIB.


p/s : perubahan tarikh dan tempat adalah disebabkan bilik-bilik taklimat digunakan oleh JK minggu pengurusan pelajar baru.

oleh : PN SURIYATI YAAPAR, Peg.Pengurusan Praktikum

KPLI SR JUN 2010 (PRASEKOLAH) - Penghantaran Dokumen PBS

Semua pelajar KPLI SR Jun 2010 (Prasekolah) dikehendaki menghantar (secara pos) ke Unit Praktikum IPGKPM dokumen PBS yang lengkap. Dokumen yang perlu dihantar ialah :

1. Lampiran 1-4 (Rekod kolaborasi)

2. Lampiran 1-6 (Borang Amalan Refleksi)

3. Lampiran 1-7A (Borang Maklumat Umum Sekolah)

4. Lampiran 1-8 ( Borang kehadiran)

5. Lampiran 1-9 (Borang sahsiah/Laporan Perkembangan pelajar)

Semua dokumen hendaklah dihantar lengkap dengan pengesahan sekolah (cap sekolah) selewat-lewatnya pada 21 Januari 2011 (Jumaat). Pelajar yang gagal menghantar dokumen selengkapnya dianggap tidak memenuhi PBS.
Harap maklum.

Oleh : PN SURIYATI YAAPAR, Peg. Pengurusan Praktikum

Jumaat, 14 Januari 2011

Pelan Tindakan Program Praktikum

Kepada semua Pensyarah Penyelia, Guru Pembimbing dan Pelatih yang terlibat dalam Program-program praktikum sesi Januari - April 2011,

Pelan tindakan program-program praktikum sesi Januari-April 2011 telah dikemaskinikan pada pagi ini. Pelan tindakan Program Praktikum disediakan sebagai dokumen rujukan tuan/puan agar tidak berlakunya sebarang keciciran semasa perlaksanaan program praktikum.



Sila muat turun dan cetak pelan tindakan yang berkenaan dan simpan dalam portfolio tuan/puan.Terima kasih.

Selasa, 11 Januari 2011

Senarai Penempatan Praktikum Untuk B.Ed TESL Kohot 3 dan KPLI-BI & BM Ambilan Jun 2010

Kepada para pensyarah penyelia dan pelatih B.ED TESL Ambilan Jun 2005, KPLI-BI & BM Ambilan Jun 2010 :

Senarai penempatan praktikum dan pensyarah penyelia untuk program praktikum yang tersebut di atas telah dikemaskinikan. Sila muat turun daripada site yang disediakan untuk rujukan tuan/puan.Kepada pelajar kumpulan KPLI PM Ambilan Jun 2010, sila maklumkan kepada pihak sekolah subjek minor yang baharu.

Terima kasih.



Pn Sarina Baharuddin
Pen. Ketua Unit Praktikum Sub-unit Praperkhidmatan
IPGM Kampus Perempuan Melayu



Isnin, 10 Januari 2011

Maklumat Mengenai Penempatan PISMP 2008 dan KPLI Jun 2010

Untuk perhatian semua pelatih PISMP Sem.7 (Amb 2008) dan KPLI Ambilan Jun 2010:

Senarai penempatan program praktikum anda sebenarnya telah siap. Cuma kami menghadapi sedikit cabaran di Unit Praktikum seperti berikut:
(i) KPLI-Opsyen BM: kurang terdapat sekolah yang menawarkan subjek Moral (subjek minor) anda. Maka alternatifnya sedang dibincangkan.

(ii) Jabatan Bahasa perlu mengagih semula tugas penyeliaan pensyarah kerana bilangan pelatih yang perlu diselia amat ramai.

Oleh itu, diminta pelatih-pelatih bersabar dan sentiasa mengikut perkembangan semasa melalui blog Unit Praktikum.

Senarai penempatan untuk pelatih PISMP Sem. 7 (Ambilan 2008) dan KPLI Ambilan Jun 2010 yang terpapar di sini hanya untuk rujukan semasa. Senarai yang muktamat akan dimuatnaik ke blog secepat mungkin.

Sekian.



Pindaan Tarikh taklimat praktikum program B.Ed tesl Mei 2005 & KPLI SR Jun 2010 (BM & BI)

Tarikh taklimat dipinda pada 13 Jan 2011 (Khamis).
Masa dan tempat taklimat tidak berubah.
Harap maklum. Terima kasih.

Oleh : PN SURIYATI YAAPAR, Pegawai Pengurusan Praktikum.

Pelan Tindakan Program Praktikum KPLI(SR) dan KDC-KPLI Sesi Januari 2011

Kepada Pensyarah Penyelia, Guru Pembimbing dan Guru Pelatih yang terlibat dalam Program Praktikum KPLI atau KDC-KPLI Sesi Januari - April 2011:

Pelan tindakan untuk Program Praktikum KPLI (Dari 16/17 Januari hingga 14/15 April 2011) telah disediakan.
Sila muatturun dokumen dari pautan berikut sebagai rujukan tuan/puan:


Sebarang pertanyaan boleh dikemukakan di "Shout-Mix".

Sekian, terima kasih.

Selamat menjalankan tugas dan selamat berpraktikum.


Sarina Baharuddin,
Pen. Ketua Unit Praktikum Sub-unit Praperkhidmatan,
IPGM Kampus Perempuan Melayu, Melaka.