Isnin, 26 Mac 2012

Refleksi PBS pelajar PISMP Jan 2011(Sem.3) & 2012(Sem. 1)

Semua pelajar Semester 3 dan Semester 1 DIWAJIBKAN hadir pada :

Tarikh : 29 Mac 2012 (Khamis)
Masa : 3.30 petang
Tempat : Dewan Tun Fatimah

** Pelajar yang tidak hadir taklimat PBS pada 29 Feb 2012 sila bawa bersama surat tunjuk sebab untuk direkod dan dipanjangkan untuk tindakan HEP. Senarai yang tidak hadir boleh dirujuk di Unit Praktikum.


oleh : PN SURIYATI, UPr

Mesyuarat JPPP Bil 1/2012

Mesyuarat akan diajalankan pada:

Tarikh : 30 Mac 2012 (Jumaat)
Masa : 10. 30 pagi
Tempat : Bilik Seri Kesidang

Semua pensyarah yang berkenaan diwajibkan hadir. Harap maklum.


oleh : PN SURIYATI, UPr

Jumaat, 23 Mac 2012

Borang Tuntutan Elaun Guru Pembimbing - Terbaru













Semua pelajar yang sedang menjalani program praktikum di sekolah, sila cetak dan guna Borang Tuntutan Elaun Guru Pembimbing Praktikum yang terbaru ini dan serah semasa sesi refleksi praktikum nanti.


  • Borang tuntutan yang lama tidak akan digunakan lagi. Harap maklum.

  • Sila pastikan semua maklumat diisi dengan lengkap dan kemas juga dikepilkan bersama lampiran yang diperlukan.

  • Satu borang untuk guru pembimbing major dan satu untuk guru pembimbing minor (sekiranya ada).

  • Set borang tuntutan yang lengkap sahaja akan diserahkan ke Unit kewangan. Set borang ini hendaklah diasingkan dari borang2 praktikum yang lain.

**p/s: Borang diatas adalah dlm bentuk 'picture'. Klik kanan, save as picture dan cetak. Harap maklum.


oleh : PN SURIYATI, UPr

Jumaat, 16 Mac 2012

Surat Lantikan Guru Pembimbing oleh JPN Johor & JPN Negeri Sembilan













Surat JPN Johor & JPN Negeri Sembilan untuk pelajar yang praktikum di Negeri Johor dan Negeri Sembilan.
Pelajar yang berkaitan sila cetak dan hantar semasa refleksi.
Sila isi borang dengan selengkapnya. Terima kasih.

oleh : PN SURIYATI

Jumaat, 24 Februari 2012

Taklimat PBS-PISMP Jan 2011 & PISMP Jan 2012, Praktikum (PRK 3101) - PISMP Jan 2010

Semua pelajar berikut diWAJIBkan menghadiri taklimat PBS dan Praktikum berikut :

PISMP Jan 2011 (PBS 3) & PISMP Jan 2012 (PBS 1)
Tarikh : 1 Mac 2012 (Khamis)
Tempat : Dewan Tun Fatimah
Masa : 3.00 petang

PISMP Jan 2010 (PRK 3101)
Tarikh : 29 Feb 2012 (Rabu)
Tempat : Dewan Tun Fatimah
Masa : 3.00 petang

**Ketua Unit sila datang ke Unit Praktikum pada hari ISNIN (28 Feb 2012) untuk mendapatkan maklumat tentang persediaan dokumen PBS dan Praktikum supaya selaras untuk semua ahli unit anda dan dapat disediakan awal.


oleh : PN SURIYATI

Selasa, 21 Februari 2012

Perhatian untuk pelajar yang akan menjalani PBS & Praktikum

Pelajar program berikut sila ke Unit Praktikum selewat-lewatnya 22 Feb 2012 (Rabu) untuk semak senarai PBS dan Praktikum anda.

1. PISMP Jan 2010 (Praktikum 1)
2. PISMP Jan 2011 (PBS 3)
3. PISMP Jan 2012 (PBS 1)

** Pelajar yang tidak maklum selepas tarikh tersebut dianggap maklumat sedia ada di UPr telah diterima.


oleh : PN SURIYATI

Khamis, 9 Februari 2012

BORANG KEHADIRAN PRAKTIKUM DAN JADUAL WAKTU

Perhatian kepada semua pelajar yang sedang menjalani praktikum.
** Borang 'K' (kehadiran praktikum) tidak perlu dihantar ke unit praktikum buat masa ini. Sila simpan di dalam folio anda.


**Borang rumusan kehadiran dan borang K yang asal dikepil bersama di akhir praktikum semasa refleksi nanti. Jangan hantar sekarang.


**Jadual waktu P&P hanya dihantar kepada pensyarah penyelia masing-masing.


oleh : PN SURIYATI