Selasa, 12 Mac 2013

Taklimat PBS Untuk Pelatih PISMP-Ambilan Jan 2012 dan Jan 2013


Tarikh   :  14 Mac 2013 (Khamis)
Masa     :  3:15 petang
Tempat :  Dewan Tun Fatimah, IPGK.PM, Melaka

Kehadiran WAJIB!

Sesiapa yang tidak hadir tanpa sebab yang munasabah akan dirujuk ke Unit Disiplin, JHEP, IPGK.PM.


Dari, Yau YS

Jumaat, 8 Mac 2013

Program Tutorial Praktikum Untuk Pelatih KDPM-PPAK-(PERMATA) Ambilan Jun 2011

WAJIB Hadir! Program tutorial praktikum seperti ketetapan berikut:

Tarikh   :  15 Mac 2013 (Jumaat)
Masa     :  3:15 petang
Tempat :  Bilik Seri Kesidang, IPGK.PM, Melaka

Sila bawa Buku Rekod RPH dan Portfolio Praktikum anda. Anda perlu membuat temu janji dengan pensyarah penyelia anda dan berjumpa mereka selepas sesi tutorial di DTF. Sesiapa yang tidak hadir tanpa sebab yang munasabah akan dirujuk ke Unit Disiplin, JHEP, IPGK.PM.


Dari, Yau YS

Penting! Untuk Pelajar PISMP Ambilan Januari 2012 dan Ambilan Januari 2013

Kepada semua pelajar PISMP Ambilan Jan 2012 & Jan 2013:

Program PBS kumpulan anda akan berlangsung seperti tempoh berikut:

PISMP Amb Jan 2012: 17/18 Mac - 21/22 Mac 2013
PISMP Amb Jan 2013: 31 Mac /1 Apr - 4/5 Apr 2013

Kepada pelajar yang BUKAN berasal dari negeri Sabah tetapi telah memilih sekolah di negeri Sabah untuk menjalankan program PBS di sana, anda perlu mendapatkan kebenaran dari ibu bapa anda serta menulis surat pemohonan (yang menyatakan anda telah dibenarkan oleh ibu bapa anda) kepada Pengarah IPGK.PM untuk pergi ke Sabah (s.k.:Unit Amalan Profesional). Sila bertindak dengan SEGERA(Sebelum 13 Mac 2013)!  Tanpa surat pemohonan tersebut, anda akan ditukar ke sekolah lain untuk menjalankan program PBS.
Harap maklum!

Dari, Yau YS

Isnin, 4 Mac 2013

Kepada Pelatih DPLI (GSTT) Ambilan Disember 2011

Terdapat sedikit kesilapan dalam pelan tindakan program praktikum kumpulan anda yang diedarkan kepada anda semua semasa taklimat praktikum yang lepas. Pelan tersebut telah diubahsuai untuk menepati panduan penyeliaan praktikum bagi program DPLI:

Penyeliaan Pensyarah Penyelia Subjek Major
-1 kali pra-penyeliaan, 
-3 kali penyeliaan+ bimbingan biasa (perlu isi borang PR1/ PR1 Pra / PR1 MP / PR1 Pemulihan), 
-1 kali penyeliaan bersama. (Guna PR2)


Penyeliaan Pensyarah Penyelia Subjek Minor
-2 kali penyeliaan+ bimbingan biasa (perlu isi borang PR1), 
-1 kali penyeliaan bersama. (Guna PR2)


Penyeliaan Guru Pembimbing Subjek Major
-4 kali penyeliaan+ bimbingan biasa (perlu isi borang PR1/ PR1 Pra / PR1 MP / PR1 Pemulihan), 
-1 kali penyeliaan bersama. (Guna PR2)


Penyeliaan Guru Pembimbing Subjek Minor
-2 kali penyeliaan+ bimbingan biasa (perlu isi borang PR1), 
-1 kali penyeliaan bersama. (Guna PR2)

Sila muat turun pelan tindakan yang diubahsuai melalui pautan di bawah. Serahkan satu salinan kepada pensyarah penyelia (major + minor) anda dan satu salinan kepada guru pembimbing anda (major + minor).

Ralat Pelan Tindakan Praktikum DPLI (GSTT) Ambilan Dis 2011


Ribuan terima kasih atas kesabaran dan kerja sama semua.


Dari, Yau YS

Isnin, 25 Februari 2013

Program Tutorial Praktikum

Untuk perhatian pelatih-pelatih berikut:

1. PISMP Ambilan Januari 2010
2. DPLI (GSTT) Ambilan Disember 2011
3. KDC-KPLI j-QAF Ambilan Januari 2012 (Dari Sekolah Negeri MELAKA SAHAJA!)

Anda semua WAJIB menghadiri program tutorial praktikum seperti ketetapan berikut:

Tarikh   :  1 Mac 2013 (Jumaat)
Masa     :  3:15 petang
Tempat :  Dewan Seri Kandi, IPGK.PM, Melaka

Sila bawa Buku Rekod RPH dan Portfolio Praktikum anda. Anda perlu membuat temu janji dengan pensyarah penyelia anda dan berjumpa mereka selepas sesi tutorial di DTF. Sesiapa yang tidak hadir tanpa sebab yang munasabah akan dirujuk ke Unit Disiplin, JHEP, IPGK.PM.

Bagi pelatih KDC-KPLI j-QAF Ambilan Januari 2012 yang menjalankan praktikum di negeri-negeri lain (bukan Melaka), sila muat turun borang berikut (borang maklum balas tutorial praktikum) , isi, dan hantar balik kepada saya (yshiny@gmail.com) sebelum 4 Mac 2013. 
  Borang Maklum Balas Tutorial Praktikum

Terima kasih atas kerja sama yang diberikan.


Dari, Yau YS

Senarai Penempatan-Kemaskini 25 Februari 2013

Kepada pelatih-pelatih yang berkenaan,

Senarai penempatan untuk dua program berikut telah diubah kerana terdapat pensyarah baharu melapor diri untuk mula berkhidmat di IPG Kampus Perempuan Melayu pada minggu lepas, yakni tugas penyeliaan praktikum untuk pensyarah penyelia telah diubah mengikut keperluan semasa. 

1. KDC-KPLI-j-QAF Ambilan Jan 2012
2. Praktikum 1 PISMP Ambilan Jan 2011

Harap maklum.

Dari, Yau YS

Selasa, 19 Februari 2013

Senarai Penempatan Praktikum-Kemaskini pada 19 Feb 2013

Untuk perhatian semua pelatih yang terlibat dalam program-program praktikum bagi semester 1 tahun 2013,

Sila muat turun senarai penempatan kumpulan anda dan semak status anda kerana berlaku beberapa pindaan yang tidak dapat dielakkan oleh kerana terdapat pensyarah dipindah ke stesyen lain. 

1. KDC-KPLI-jQAF Ambilan Jan 2012
2. PISMP Ambilan Jan 2010 (Praktikum 3)
3. KDPM-PPAK Ambilan Jun 2011 (Praktikum Fasa 1)
4. DPLI-GSTT Ambilan Dis 2011
5. PISMP Ambilan Jan 2011 (Praktikum 1)

Sekian. Harap maklum.

Dari,
Yau YS