Selasa, 9 April 2013

Panduan Kiraan Elaun Guru Pembimbing Bagi Program Praktikum (3) PISMP Amb Jan 2010 & Praktikum KDC-KPLI-j-QAF Amb Jan 2012

Kepada pelatih-pelatih Program PISMP Ambilan Januari 2010 dan KDC-KPLI-j_QAF Ambilan Januari 2012,

Sila muat turun dokumen berikut dan serah kepada guru pembimbing anda sebagai panduan mengisi borang tuntutan elaun guru pembimbing. 
Terima kasih.

Panduan Kiraan Elaun Guru Pembimbing PISMP S.7 dan KDC-KPLI-j-QAF

Dari, Yau YS

Isnin, 8 April 2013

Kepada Semua Pelatih Yang Hampir Tamat Program Praktikum...

Sila muat turun dokumen yang berikut dan serah kepada guru pembimbing anda:
1. Templat Surat Lantikan Guru Pembimbing Praktikum dari JPN, Melaka.
2. Borang Tuntutan Elaun Guru Pembimbing (Sila rujuk lajur di sebelah kiri, turun bawah dan capai ke pautan "Bahan Guru Pembimbing". Muat turun borang berkenaan dari pautan yang berkaitan.)

Ingatkan guru pembimbing anda lengkapkan borang tuntutan tersebut dengan berpandu kepada kiraan yang akan disediakan oleh En Yau nanti. Panduan kiraan akan dimuat naik ke blog esok. Mohon guru pembimbing masukkan borang tuntutan elaun guru pembimbing yang lengkap bersertakan salinan surat lantikan dari JPN dan borang-borang PR1 yang diisi beliau ke dalam satu sampul surat besar. Hantar sampul surat ke UAP IPGK.PM melalui Pos Laju atau secara tangan.

Sekian. Terima kasih.

Dari,
Mohammad Azmi b Roslin.

Program Tutorial Praktikum Untuk Pelatih PISMP Ambilan Januari 2011 (Praktikum 1)

Program tutorial praktikum seperti ketetapan berikut:

Tarikh   :  12 April 2013 (Jumaat)
Masa      :  3:15 petang
Tempat :  Dewan Seri Kandi, IPGK.PM, Melaka

Kehadiran WAJIB 

Sila bawa Buku Rekod RPH dan Portfolio Praktikum anda. Anda perlu membuat temu janji dengan pensyarah penyelia anda dan berjumpa mereka selepas sesi tutorial di DSK. Sesiapa yang tidak hadir tanpa sebab yang munasabah akan dirujuk ke Unit Disiplin, JHEP, IPGK.PM.


Dari, Yau YS

Rabu, 3 April 2013

Untuk Perhatian Pelatih-pelatih yang Tamat Program PBS

Program PBS Semester 1, Tahun 2013
PISMP Amb Jan 2012: 17/18 Mac - 21/22 Mac 2013
PISMP Amb Jan 2013: 31 Mac /1 Apr - 4/5 Apr 2013


Kepada semua Ketua Unit PISMP Ambilan Januari 2012, sila kumpulkan semua booklet PBS ahli kumpulan anda dan hantar ke Unit Amalan Profesional (besertakan senarai nama kumpulan anda) sebelum atau pada 5 April 2013.

Bagi pelatih PISMP Ambilan Januari 2013, semua ketua unit perlu mengumpul dan menghantar booklet PBS ahli kumpulan anda ke UAP sebelum atau pada 12 April 2013.

Mohon semua ketua unit memberi kerja sama kepada UAP. Terima kasih.


Dari, Yau YS

Rabu, 20 Mac 2013

Taklimat Praktikum Untuk Pensyarah Penyelia Bagi Program Praktikum Fasa (1) PISMP Ambilan Januari 2011

Tarikh       : 1 April 2013 (Isnin)
Masa        : 3:30 petang
Tempat    :  Bilik Seri Kesidang, Anjung Cendikia

Terima kasih atas kerja sama tuan-tuan dan puan-puan.

Dari, Yau YS

Taklimat Praktikum Fasa (1) Untuk Guru-Guru Pelatih PISMP Ambilan Januari 2011

Tarikh: 21 Mac 2013 (Khamis)
Masa:  3:30 ptg
Tempat : Dewan Seri Melor, Tingkat 2, Anjung Hikmah ATAU Dewan Tun Fatimah
              (Sila telefon En Yau 016-6120996 pada 21/3/2013, 2:00 petang,  untuk makluman terkini.)

Kehadiran WAJIB! Harap maklum. Terima kasih.

Dari, Yau YS

Isnin, 18 Mac 2013


BENGKEL PANDUAN PENYELIAAN & TAKLIMAT PRAKTIKUM UNTUK 
GURU PEMBIMBING PISMP AMBILAN JANUARI 2011

Tarikh:     19.3.2013 (Selasa)
Masa:      8:15 pagi
Tempat:   Bilik Seri Kesidang, Tingkat 1, Anjung Cendikia, IPGK.PM

Bagi guru pelatih PISMP Ambilan Januari 2011 yang ingin berjumpa dan bersalaman dengan guru pembimbing anda, boleh datang ke Anjung Cendikia kira-kira 12:30 tengahari.


Dari, Yau YS