Khamis, 14 Mei 2009

Selamat Hari Guru

GURU PEMBIMBING GENERASI BANGSA

Apabila kita berbicara tentang ilmu dan pendidikan bererti sekaligus kita meletakkan para guru dan pendidik sebagai golongan yang amat penting sebagai agen pembangunan dan perubahan minda ummah.

Tugas seorang pendidik bukanlah satu Tugas yang mudah dan bukan boleh dilakukan oleh semua orang. Justeru itu, kerjaya sebagai seorang pendidik dianggap sebagai satu tugas yang sangat mulia dan istemewa. Lebih-lebih lagi dalam era yang penuh mencabar ini, menuntut pengorbanan dan komitmen yang padu dalam mendidik anak bangsa menjadi insan yang cemerlang, berwibawa dan sentiasa mendapat petunjuk serta keredhaan dari Allah s.w.t.

Kerana itu, kita seharusnya bersyukur di atas pengorbanan dan jasa guru yang telah mendidik serta membimbing kita menjadi manusia yang baik pada hari ini. baik guru yang terlibat secara langsung mendidik kita di sekolah mahupun diperingkat University dan tidak kurang penting juga kepada guru yang mengajar kita mengenal membaca ayat-ayat Al-Quran, fardhu ain dan sebagainya. Tampa bimbingan dan tunjuk ajar dari mereka kita tidak mempunyai asas yang kuat untuk mengamalkan kefardhuan asas dalam Islam .

Justeru, sambutan hari guru yang disambut setiap tahun merupakan satu penghargaan dan pengiktirafan terhadap pengorbanan serta komitmen warga pendidik dalam mengembeling tenaga membentuk anak-anak bangsa menjadi manusia yang berguna kepada agama, bangsa dan negara .
Pada hari ini kita semua tidak dapat menafikan bahawa perubahan terus berlaku, tanggungjawab dan peranan pendidik sememangnya mencabar berbanding era sebelumnya. Kesan globalisasi dan perkembangan ICT menuntut semua warga pendidik berusaha gigih bagi menghasilkan anak didik yang benar-benar berilmu, berakhlak mulia, mempunyai jati diri, dan mampu bersaing pada peringkat nasional mahupun global.

Menyedari hakikat inilah, maka pelbagai usaha dan program telah dirancang dan dilaksanakan oleh pihak kerajaan bagi memastikan mutu dan kualiti pendidikan sentiasa berada ditahap yang terbaik. selaras dengan aspirasi negara untuk membina masyarakat yang berilmu, bertamadun dan maju. Maka satu pendekatan baru diperkenalkan iaitu " Mewujudkan Sekolah Bistari " yang menggabungkan sistem pendidikan bersepadu .


Justeru itu, peranan pendidik bukan sahaja mengajar subjek yang telah ditetapkan oleh pihak sekolah, tatapi mereka juga bertindak mendidik minda dan membina syahsiah pelajar. kita sedar bahwa masa depan pelajar, masa depan bangsa dan negara adalah berkait rapat dengan corak didikan guru pada hari ini. Kerana itu, guru sebagai agen perubah minda adalah sangat dituntut agar menguasai pelbagai kemahiran demi mencapai wawasan negara khususnya dalam era revolusi maklumat dan teknologi masa kini.


Memandangkan kedudukan guru itu sangat mulia, maka sawajarnya mereka dihormati dan dikenang jasanya sepanjang hayat. Oleh itu, marilah sama-sama kita berdoa kehadrat s.w.t. agar mereka yang telah mendidik kita baik dari kalangan ibu bapa mahupun guru-guru mendapat rahmat dan pertolongan s.w.t. sepanjang masa. Manakala bagi guru-guru yang telah kembali rahmatullah sama-samalah kita mendoakan semoga roh mereka dicucuri rahmat s.w.t. Manakala bagi pelajar-pelajar hendaklah sentiasa menghormati para guru dan tahu membalas budi guru dengan menjaga adab-adab yang diajar oleh Islam diantaranya :

1. Pelajar hendaklah mendahului memberi salam apabila bertemu dengan guru.

2. Pelajar hendaklah menjaga maruah guru dan jangan sekali-kali cuba mencari kesilapan dan keaiban guru.

3. Hendaklah bersikap sopan apabila bercakap dengan guru.

4. membantah atau melawan arahan guru serta jangan menyakiti hati guru bagi mendapatkan keberkatan ilmu yang dipelajari.

Tarikh-tarikh penting Praktikum Semester 2 2009:

B.Ed TESL - UIA Jun 2003 13/4 – 10/7 (11 minggu)
KPLI SR Januari 2009 22/6 – 18/9 (12 minggu)
PISMK-OUM Januari 2006 Praktikum 3 6/7 – 14/8 ( 6 minggu)
PISMP Januari 2007 Praktikum 2 29/6 – 21/8 ( 8 minggu)
KSPK- PK Januari 2009 Pengalaman Profesional 6/7 – 14/8 (6 minggu)