Selasa, 11 Ogos 2009

PISMK-OUM - Praktikum

Praktikum bagi pelajar PISMK-OUM akan tamat pada hari Jumaat; 14 Ogos 2009 dan sesi refleksi praktikum akan diadakan pada jam 2.30 petang. Namun disebabkan ramai pelajar terlibat dengan cuti H1N1 maka pelajar dikehendaki menamatkan praktikum pada hari Sabtu 15 Ogos (Sabtu) kerana semua sekolah di Melaka bersekolah pada hari tersebut . Ini adalah satu cara untuk melengkapkan kedatangan yang tidak cukup. Arahan ini terpakai untuk semua pelajar yang sedang menjalani praktikum.