Jumaat, 22 Oktober 2010

Notis terakhir untuk Pelatih KDC-KDPM-JAIJ Ambilan Mei 2007 yang belum hantar borang PR5/SW

Kepada: Pelatih KDC-KDPM JAIJ Ambilan Mei 2007 yang belum hantar
borang PR5/SW:

Anda telah diberi kelonggaran selama 16 hari untuk menghantar borang PR5/SW (Borang Penilaian Pengurus Sekolah). Sampai hari ini, Khamis 28 Oktober 2010, masih terdapat 4 orang pelatih yang belum menghantar borang berkenaan (sila periksa pautan ini) ke Unit Praktikum. Hal ini merumitkan tugas pengiraan dan penyerahan markah praktikum kumpulan ini kepada Unit Peperiksaan dan Penilaian IPG Kampus PM.

Minta pelatih-pelatih ini bertindak dengan kadar segera!
Jika tidak, kemungkinan besar anda akan diberi markah yang paling minimum untuk PR5/SW. Harap maklum. (Minta pelatih lain yang rapat dengan 4 orang pelatih yang belum hantar borang itu, ingatkanlah kawan anda, ya.)

Sekian.

Dari,
En Yau Yee Shin
Penolong Ketua Unit Praktikum
(Sub-Unit KDP-KDC)

Selasa, 12 Oktober 2010

Pelatih KDC-KDPM JAIJ Ambilan Mei 2007: Sila serahkan borang PR5/SW

Kepada semua pelatih KDC-KPDM-JAIJ Ambilan Mei 2007:

Tahniah kerana anda semua telah mencapai prestasi yang baik semasa perlaksanaan Program Praktikum Fasa 2 yang baharu berakhir pada 8 Oktober 2010.

Ramai di antara kamu agak proaktif dan telah menghantar borang penilaian PR5/SW yang diisi oleh Guru Besar sekolah asal (sekolah agama) anda kepada kami di Unit Praktikum. Namun masih terdapat juga agak ramai di antara kamu yang belum hantar borang tersebut.
Sila periksa senarai berikut untuk memastikan sama ada borang PR5/SW anda telah sampai ke Unit Praktikum:
Senarai Penghantaran Borang PR5/SW (kemaskini pada petang Khamis, 28 Okt 2010)
Bagi mereka yang belum hantar borang tersebut, sila muat turun borang itu dari pautan berikut:


Mohon guru besar sekolah asal anda isi borang tersebut dan pos kepada kami dengan kadar segera. Terima kasih.

**Program Refleksi Praktikum akan dibuat semasa anda semua balik ke IPG untuk berkursus pada bulan November yang akan datang.


En Yau Yee Shin,
Penolong Ketua Unit Praktikum (Sub Unit KDC)
IPG Kampus Perempuan Melayu,
Jalan Maktab, Durian Daun,
75990 Melaka.



Rabu, 6 Oktober 2010

Penghantaran Dokumen PBS - PISMP Jan 2009

Diminta kerjasama dari ketua-ketua unit Pemulihan 1, Pendidikan Khas 2 dan 5 :

Sila kumpul dan hantar 5 dokumen PBS setiap ahli masing-masing ke Unit Praktikum selewat-lewatnya hari Khamis (7 Oktober 2010-Esok) ke Unit Praktikum.

Kepada ahli unit2 yang lain, pastikan dokumen yg dihantar oleh ahli anda telah lengkap. Senarai pelajar yg tidak menghantar dokumen yg lengkap akan dipaparkan untuk tindakan segera. Sila maklum.

** Jadilah bakal guru yg mengamalkan dasar bersih, cekap dan amanah. Guru hari ini pembentuk generasi akan datang..

oleh: PN SURIYATI YAAPAR, Pegawai Pengurusan Praktikum, IPGKPM

Ketua-ketua Unit KPLI SR Ambilan Jan 2010

Kepada semua ketua-ketua unit KPLI SR Ambilan Jan 2010 (PAI,PK & MATE)..sila datang ke Unit Praktikum dengan kadar segera.
Terima kasih.