Rabu, 2 Februari 2011

Ketidakhadiran Sesi Praktikum Disebabkan Banjir

Pelatih-pelatih yang tidak dapat hadir ke sekolah disebabkan banjir diminta menulis surat kepada pihak sekolah dan memberi sesalinan kepada (s. k.) Unit Praktikum.

Sekian. Terima kasih.



Zarawi bin Abdullah,
Penolong Pegawai Pengurusan Praktikum.

Maklumat Penting untuk PISMP Ambilan Januari 2008 (Pendidikan Khas)

Perhatian kepada semua pelajar Pendidikan Khas (PK1, PK2 & PK3) PISMP Ambilan Jan 2008 yang sedang menjalani praktikum fasa 3 di sekolah:

Sila pastikan anda diberi kelas mengajar subjek minor Bahasa Melayu untuk kelas pendidikan khas juga (bukan kelas perdana).

Sila panjangkan maklumat ini kepada pihak sekolah. Jika menghadapi sebarang masalah, sila hubungi pihak kami di talian 06-2822015/06-2822335.
Harap maklum. Terima kasih.

Oleh : PN SURIYATI YAAPAR, Peg. Pengurusan Praktikum IPGKPM

Maklumat terkini

Perhatian kepada semua guru pelatih:

Berikut ialah dokumen yang telah dikemaskini di ruang tepi blog. Sila muat turun untuk rujukan anda. Harap maklum.

1. Takwim Praktikum & PBS 2011
2. Surat JPN - Lantikan Guru Pembimbing 2011
3. Senarai terkini penempatan PISMP Ambilan Jan 2008
4. Senarai bantuan pensyarah penyelia IPGKPM kepada pelatih IPG Luar

Sekian terima kasih.

Oleh : PN SURIYATI YAAPAR, Peg. Pengurusan Praktikum IPGKPM

Makluman untuk pelajar KPLI SR Jun 2010 (Prasekolah)

Terima kasih kepada pelajar KPLI SR Ambilan Jun 2010 (Prasekolah) yang telah menghantar dokumen PBS yang lengkap ke Unit Praktikum. Hanya seorang pelajar yang belum diterima dokumen PBS nya iaitu:

FARIDAH HANIM BINTI ABDUL AZIZ

Pelajar tersebut sila ambil tindakan segera untuk menghantar dokumen PBS anda ke Unit Praktikum selewat-lewatnya pada hari Selasa (8.2.2011).

Sekian terima kasih.

PN SURIYATI YAAPAR, Peg. Pengurusan Praktikum IPGKPM