Rabu, 22 Julai 2009

Sedikit maklumat dan makluman semua tentang H1N1

MAKLUMAT KEMENTERIAN KESIHATAN SETAKAT HARI INI

Kes - Kes Baru: 44
Kes - Kes Import: 3
Kes Jangkitan Tempatan: 41

Jumlah Kes di Malaysia: 921
909 pesakit (97%) telah sembuh dan 11 orang (2%) sedang menerima rawatan di hospital, manakala 4 pesakit (1%) masih meneruskan rawatan di rumah.


Nasihat kepada orang ramai:

Kementerian Kesihatan akan terus membuat pemantauan kejadian kes yang dimasukkan ke hospital dan juga kejadian kluster ILI. Pada fasa mitigasi ini, hanya kes-kes jangkitan yang teruk dan berkomplikasi sahaja akan dimasukkan ke hospital untuk menjalani rawatan. Bagi memperlahankan penularan wabak ini, kerjasama orang ramai amatlah diperlukan untuk melaksanakan langkah-langkah berikut:

Orang ramai diminta untuk terus dan sentiasa mengamalkan kebersihan diri terutamanya rutin membasuh tangan dan etika batuk. Mereka juga perlu mengamalkan social distancing (menjarakkan kedudukan sekurang-kurangnya 1 meter dengan individu lain serta mengurangkan majlis perjumpaan).

Mereka yang bergejala dinasihatkan untuk mendapatkan rawatan daripada klinik-klinik yang berdekatan. Kes-kes yang bergejala ringan boleh berehat di rumah dengan sentiasa mengamalkan kebersihan diri dan persekitaran di tahap yang optimum. Mereka juga dinasihatkan memakai mask dan jika gejala bertambah teruk untuk mendapatkan pemeriksaan lanjut. Panduan menilai tahap kesihatan diri di rumah telah di muat naik ke laman web Kementerian Kesihatan sebagai rujukan orang awam.

Kejadian-kejadian jangkitan influenza-like illness (ILI) atau jumlah ketidakhadiran (absenteeism) di sekolah atau di tempat kerja yang luar biasa, hendaklah dilaporkan ke Pejabat Kesihatan Daerah yang terdekat untuk siasatan lanjut.