Isnin, 31 Mei 2010

Johan Piala Dr Segahran - Boling sempena Hari Guru 2010




Satu kejohanan boling Piala Dr Segahran sempena Hari Guru telah diadakan pada 27 Mei 2010 di MIBC. Johan adalah En Ahmed Nasir bin Abdul Muthalif , KU Praktikum IPG KPM. Hadiah disampaikan oleh wakil Pengarah iaitu En Mustaffa Abd Majid, KJ JTP.


Naib Johan adalah En Najib dan tempat Ketiga ialah En Ameruddin. Kejohanan ini disertai oleh staf lelaki IPG KPM seramai 38 orang. Tahniah semua .

Isnin, 24 Mei 2010

Taklimat PRAKTIKUM Program PISMP Ambilan Januari 2008 & KPLI-SR Ambilan Januari 2010

Kepada semua pelajar Program PISMP Ambilan Januari 2008 & KPLI SR Ambilan Januari 2010, sila hadir taklimat Praktikum pada ketentuan berikut :

Tarikh : 25 Mei 2010 (Selasa)
Masa : 3.00 ptg
Tempat : Dewan Tun Fatimah

Kehadiran adalah WAJIB.

Isnin, 17 Mei 2010

SELAMAT MENYAMBUT HARI GURU

Selamat menyambut hari guru untuk semua pembaca blog ni....
Semoga hari yang mendatang makin mencabar dapat diatasi dengan tenang ....
Walaupun ada ganjaran.....namun prestasi dan pencapaian diutamakan.....
Jadilah pendidik untuk 1Malaysia......

Akhir kata....Selamat Hari Guru ....cikgu

Sabtu, 8 Mei 2010

Selamat Berkonvo.....2010

Selamat berkonvo dan berseminar untuk semua pelajar yang terlibat secara langsung dalam Majlis Konvokesyen IPG Kampus Perempuan Melayu sesi 2010.

Semoga anda semua dapat menjadi guru yang berkaliber.

Ikhlas dari Unit Praktikum.