Sila muat turun dokumen yang berikut dan serah kepada guru pembimbing anda:
1. Templat Surat Lantikan Guru Pembimbing Praktikum dari JPN, Melaka.
2. Borang Tuntutan Elaun Guru Pembimbing (Sila rujuk lajur di sebelah kiri, turun bawah dan capai ke pautan "Bahan Guru Pembimbing". Muat turun borang berkenaan dari pautan yang berkaitan.)
Ingatkan guru pembimbing anda lengkapkan borang tuntutan tersebut dengan berpandu kepada kiraan yang akan disediakan oleh En Yau nanti. Panduan kiraan akan dimuat naik ke blog esok. Mohon guru pembimbing masukkan borang tuntutan elaun guru pembimbing yang lengkap bersertakan salinan surat lantikan dari JPN dan borang-borang PR1 yang diisi beliau ke dalam satu sampul surat besar. Hantar sampul surat ke UAP IPGK.PM melalui Pos Laju atau secara tangan.
Sekian. Terima kasih.
Dari,
Mohammad Azmi b Roslin.
Isnin, 8 April 2013
Program Tutorial Praktikum Untuk Pelatih PISMP Ambilan Januari 2011 (Praktikum 1)
Program tutorial praktikum seperti ketetapan berikut:
Tarikh : 12 April 2013 (Jumaat)
Masa : 3:15 petang
Tempat : Dewan Seri Kandi, IPGK.PM, Melaka
Kehadiran WAJIB !
Sila bawa Buku Rekod RPH dan Portfolio Praktikum anda. Anda perlu membuat temu janji dengan pensyarah penyelia anda dan berjumpa mereka selepas sesi tutorial di DSK. Sesiapa yang tidak hadir tanpa sebab yang munasabah akan dirujuk ke Unit Disiplin, JHEP, IPGK.PM.

Dari, Yau YS
Langgan:
Catatan (Atom)