Jumaat, 23 Disember 2011

PISMP Jan 2009 dan Kumpulan B ED Tesl


    Kepada semua pelatih kumpulan PISMP 2009 dan B ED TESL, Unit Praktikum sedang mengumpulkan hasil penulisan jurnal/refleksi mingguan untuk tujuan penerbitan. Semua pelatih dikehendaki mengumpulkan jurnal mingguan mereka di dalam CD dan dihantar ke Unit Praktikum semasa sesi refleksi(selesai praktikum).

Selasa, 20 Disember 2011

Senarai Penempatan Praktikum

Salam sejahtera kepada semua pelajar yang akan menjalani praktikum sepanjang 2012.


  • Sila pilih sekolah praktikum berdasarkan senarai sekolah yang diberi kepada Unit anda sahaja. Senarai sekolah yang lain akan melibatkan praktikum pelajar program lain seperti KPLI, KPLI KDC JQAF, KPLI KDC PK, KDPM, B.ED. TESL, PISMP JAN 2009, PISMP JAN 2010, PISMP JAN 2011 dan PISMP JAN 2012.

  • Jangan ubah/tukar nama sekolah yang diberi kerana ianya menyulitkan kerja/tindakan pihak kami. Harap FAHAM.

  • Pelajar yang didapati menukar sendiri nama sekolah selain yang disenaraikan akan diubah semula ke nama sekolah asal yang diberi terdahulu TANPA merujuk lagi kepada mereka.

  • Senarai sekolah telah dimaklumkan awal (sebelum cuti lagi), dengan itu sebarang permasalahan seperti tiada rumah sewa/tiada kenderaan hendaklah diselesaikan sendiri oleh pelajar terlibat bukannya pihak Unit Praktikum yang menyelesaikannya. Terima kasih.

oleh : PN SURIYATI

Isnin, 19 Disember 2011

Senarai Penempatan Praktikum 1/2012, PISMP Jan 2010

Kepada semua pelatih PISMP Ambilan Jan 2010 (Fasa 1) , Sila hantar dengan segera senarai penempatan yang telah lengkap ke Unit Praktikum melalui email yang disenaraikan di blog ini.Senarai nama sekolah telah diberi pada masa cuti semester lagi, jadi diharap semua pelatih dapat memberi kerjasama agar pengurusan praktikum dapat dijalankan dengan lancar.

Sekian,

Pn Sarina Baharudin

Rabu, 7 Disember 2011

Taklimat Praktikum Pelajar KPLI SR KDC LPBS j-Qaf Ambilan Jan 2011

Semua pelajar kumpulan tersebut diwajibkan hadir taklimat.

Tarikh : 9 Disember 2011 (Jumaat)
Tempat : Dewan Tun Fatimah
Masa : 3.30 petang


oleh : PN SURIYATI, UPr