Khamis, 18 April 2013

PROGRAM REFLEKSI PRAKTIKUM
- PISMP AMBILAN JAN 2010
- KDPM PAKK (PERMATA) AMBILAN JUN 2011

Tarikh   : 19 April 2013 (Jumaat)
Masa    : 3:15 petang
Tempat : Dewan Tun Fatimah, IPGK.PM

Kehadiran: WAJIB

1. Sila bawa bersama Buku Rekod RPH dan Portfolio Praktikum.
2. Sila layari laman web "e-Refleksi" untuk mengisi borang refleksi praktikum secara atas talian. Kemudian sila cetak dua salinan. Satu salinan simpan di portfolio, satu salinan hantar kepada ketua unit anda untuk dikepil bersama dan dipanjangkan ke UAP, IPGK.PM.

Sekian. Terima kasih.

Dari, Yau YS

Beberapa perkara penting....

Untuk perhatian semua pelatih yang hampir tamat program praktikum sesi semester 1, tahun 2013:

Oleh kerana saya nampak soalan yang dikemukakan di "Shout Mix" berulang-ulang, maka saya jawab semua soalan  yang sama sekali lagi di pos ini dan harap semua pelatih dapat makluman yang berkenaan.

1. Pautan (link) untuk surat lantikan guru pembimbing dari JPN Melaka sudah diperbetulkan (Boleh dimuat turun dari bahagian "Bahan Guru Pembimbing").

2. Pautan dan borang untuk "Borang Rumusan Kehadiran Praktikum" telah dikemaskini. Sila muat turun di bahagian "Borang, Bahan dan Lain-lain...".

3. Pelatih KDC-KPLI-j-QAF Ambilan Januari 2012 tidak perlu balik ke IPG pada 19 April 2013 untuk menghadiri program refleksi praktikum. Program tersebut akan diadakan pada bulan Mei 2013 semasa pelatih j-QAF Ambilan Januari 2012 kembali ke IPGK.PM untuk sambung kursus. Sila ikut perkembangan terkini di blog ini.

4. Semua pelatih IPGK.PM boleh guna surat lantikan guru pembimbing dari JPN Melaka tidak kira anda berpraktikum di mana-mana pun. Sila isi butiran surat lantikan tersebut dengan pen atau secara menaip jika terdapat mesin taip di sekolah.

5. Borang e-refleksi untuk semua kumpulan sedang dalam proses penyediaan. Buat masa terkini, cuma pelatih PISMP Ambilan Januari 2010 dan pelatih KDPM PAKK (PERMATA) Ambilan Jun 2011 sahaja yang boleh akses ke laman web e-refeksi dan isi borang tersebut secara atas talian. Pelatih kumpulan lain diminta bersabar dan ikut perkembangan terkini di blog ini. Kata laluan untuk masuk e-refleksi ialah 7/8 angka terakhir nombor telefon bimbit anda.

6. Salinan Borang PR1 (untuk simpanan Unit Praktikum) guru pembimbing  boleh dihantar ke UAP secara pos atau tangan. Borang-borang tersebut boleh dilampirkan bersama borang tuntutan guru elaun guru pembimbing atau dihantar secara berasingan, asalkan semua borang tersebut sampai ke UAP IPGK.PM dengan lengkap dan selamatnya. Guru pembimbing harus simpan 1 salinan PR1 yang ditulis beliau di dalam fail peribadi baliau untuk dijadikan sebagai bukti menjalankan tugas.

7. Sila muat turun panduan pengiraan elaun guru pembimbing untuk program praktikum anda bagi membantu guru pembimbing anda mengisi borang tuntutan.

8. Semua dokumen / bahan di blog ini dimuat naik  dan disimpan di mediafire.com. Terdapat sesetengah pembekal hotspot wi-fi tidak membenarkan pengguna mengakses ke mediafire.com (contoh: school net). Jadi bila pelatih terjumpa laman web seperti "No Data" setelah anda klik pautan di blog ini, mohon anda guna broadband sendiri atau rakan anda dan cuba muat turun lagi. Bila anda berjaya masuk laman web mediafire, jangan terus cetak dokumen yang terpapar kerana itu cuma laman "preview" sahaja. Hasil cetakan dari laman ini memang tidak memuaskan. Anda perlu klik icon "Download" (berupa anak panah yang menghala ke bawah). Muat turun dokumen tersebut. Lepas itu buka dokumen yang telah berjaya dimuat turun itu dan barulah cetak. Hasil cetakan tentu cantik sekali.

Sekian. Mohon sebarkan makluman ini kepada rakan-rakan anda. Ribuan terima kasih atas kerja sama dan kesabaran semua.


Dari, Yau YS