Memaparkan catatan dengan label Makluman. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Makluman. Papar semua catatan

Selasa, 28 Jun 2011

Taklimat Sesi Praktikum PISMP Januari 2009 (4.7 ~ 26.8.2011)

A. Perhatian kepada pensyarah penyelia sesi praktikum PISMP Januari 2009.
Taklimat sesi praktikum kumpulan pelatih di atas akan dijalankan seperti berikut.
Tarikh: 30-6-2011 (Khamis)
Masa: 3 petang
Tempat: Dewan Srikandi

B. Perhatian kepada pelatih-pelatih PISMP Januari 2009.
Sila hadir taklimat yang akan diadakan seperti berikut.
Tarikh: 1-7-2011 (Jumaat)
Masa: 2:30 petang
Tempat: Dewan Srikandi
Kehadiran diwajibkan.

Sekian. Terima kasih.

- Zarawi bin Abdullah,
Penolong Pegawai Pengurusan Unit Praktikum
28.6.2011, 2:42 petang.

Jumaat, 1 April 2011

Tutorial Praktikum Untuk KPLI SR Jun 2010 Unit Prasekolah Yang Menjalankan Praktikum di Luar Negeri Melaka

Pelatih-pelatih KPLI SR Jun 2010 Unit Prasekolah yang menjalankan praktikum di luar negeri Melaka diminta mendownload Borang Tutorial Praktikum, mengisi dan menghantar borang yang telah siap diisi kepada Puan Suriyati Unit Praktikum. Borang boleh didownload dari Blog Unit Praktikum di bawah tajuk "BORANG, BAHAN DAN LAIN-LAIN YANG BERKAITAN DENGAN PRAKTIKUM". (Berada di sebelah kanan blog.).

Sesi Tutorial Praktikum tidak dijalankan di IPG kerana mempertimbangkan pelatih-pelatih yang ditempatkan terlalu jauh dari IPG. Walaubagaimanapun bagi sesi Refleksi kehadiran semua diwajibkan.

Harap maklum.

- Zarawi bin Abdullah
1-4-2011, 1:06 tengahari

Isnin, 21 Februari 2011

Penulisan Rancangan Pengajaran Harian (RPH) Menggunakan Komputer Dan Sebagainya

Untuk makluman penulisan RPH menggunakan cetakan komputer dan sebagainya adalah tidak dibenarkan. Ini bertujuan menggalakkan pelatih menggunakan tulisan tangan semasa menulis RPH. Didapati terdapat pelatih yang menulis RPH menggunakan komputer, mencetak tulisan tersebut dan menampal di dalam Buku RPH. Bagi penulisan selain dari RPH, penggunaan komputer dan sebagainya adalah dibenarkan.

Harap maklum. Sekian, terima kasih.

- Zarawi bin Abdullah
21-2-2011, 12:07 tengahari

Khamis, 10 Februari 2011

Draf Penempatan PBS (20, 21 ~ 24, 25/3) PISMP Januari, 2011 - Unit Bahasa Melayu & Matematik

Unit Bahasa Melayu dan Matematik diminta menghantar email draf penempatan PBS ke alamat zarabd2002@yahoo.co.uk sesegera yang mungkin. Draf tersebut hendaklah dibuat dalam format Microsoft Excel yang mengandungi butir-butir berikut.
i. Nama kursus: PISMP Ambilan Januari 2011
ii. Nama unit
iii. Tempoh PBS
iv. Nama pelatih
v. Nombor telefon bimbit pelatih
vi. Nama sekolah & alamat
vii. Nama guru besar sekolah
viii. Nombor telefon sekolah

Harap maklum. Terima kasih.

- Zarawi bin Abdullah
10-2-2011, 12:39 tengahari.

Selasa, 8 Februari 2011

Draf Penempatan PBS (6, 7 ~ 10, 11/3) PISMP Januari, 2010 - Unit Pendidikan Khas 2 & 3; Sains

Bagi unit-unit berikut diminta menghantar email draf penempatan PBS ke alamat zarabd2002@yahoo.co.uk selewat-lewatnya hari Khamis ini 10.2.2011.
- Unit Pendidikan Khas 2
- Unit Pendidikan Khas 3
- Unit Sains
Draf tersebut hendaklah dibuat dalam format Microsoft Excel yang mengandungi butir-butir berikut.
i. Nama kursus: PISMP Ambilan Januari 2010
ii. Nama unit
iii. Tempoh PBS
iv. Nama pelatih
v. Nombor telefon bimbit pelatih
vi. Nama sekolah & alamat
vii. Nama guru besar sekolah
viii. Nombor telefon sekolah

Sekian. Terima kasih.

- Zarawi bin Abdullah

Rabu, 2 Februari 2011

Ketidakhadiran Sesi Praktikum Disebabkan Banjir

Pelatih-pelatih yang tidak dapat hadir ke sekolah disebabkan banjir diminta menulis surat kepada pihak sekolah dan memberi sesalinan kepada (s. k.) Unit Praktikum.

Sekian. Terima kasih.



Zarawi bin Abdullah,
Penolong Pegawai Pengurusan Praktikum.

Selasa, 2 Februari 2010

Turorial Praktikum KPLI KDC Pendidikan Khas Nov 08

Tutorial Praktikum akan diadakan seperti butiran berikut:-

Tarikh: 5 Februari 2010
Masa : 3.00 petang
Tempat : Dewan Tun Teja (IPG Kampus Perempuan Melayu, Melaka)

Kehadiran adalah WAJIB. Semua guru pelatih diwajibkan membawa bersama RPH dan Portfolio yang lengkap dan kemaskini untuk diselia oleh Pensyarah masing-masing. Sila hubungi juga pensyarah masing-masing untuk sesi pertemuan ini. Sila muat turun senarai penempatan yang terkini sebagai rujukan.

Perhatian: tempat program tutorial praktikum telah ditukar ke Dewan Tun Teja untuk memberi laluan kepada calon-calon yang menjalankan penilaian PJK di Dewan Besar Seri Kandi dan Dewan Tun Fatimah (DTF). Harap maklum.

Rabu, 13 Januari 2010

Selamat Menjalani Praktikum

Selamat Tahun Baru dan Selamat menjalani Praktikum untuk pelajar KDC dan Pra Perkhidmatan. Semua guru pelatih diingatkan agar menyediakan Rancangan Pelajaran dan Portfolio Praktikum seperti biasa walaupun dengan ketiadaan Pensyarah Pembimbing. Disebabkan kekangan kewangan maka Pensyarah tidak dapat menyelia pelajar dalam masa terdekat terutama yang jauh. Diharap pelajar dapat diselia oleh Guru Besar dan Guru Pembimbing. Sebarang masalah dan pertanyaan bolehlah diajukan ke Unit Praktikum.

Sekian, terima kasih.

Isnin, 14 Disember 2009

TAKLIMAT PRAKTIKUM KEPADA PELATIH KPLI SR KDC PENDIDIKAN KHAS NOVEMBER 2008

Program di atas akan diadakan seperti berikut.

Tarikh : 15 Disember, 2009 (Selasa)
Masa : 5 ~ 6:30 petang

Tempat : Dewan Tun Fatimah

Pelatih diwajibkan hadir.

TAKLIMAT PRAKTIKUM KEPADA PELATIH KPLI J-QAF JANUARI 2009

Program di atas akan diadakan seperti berikut.

Tarikh : 14 Disember, 2009 (Isnin)
Masa : 3:30 petang

Tempat : Bilik Seri Kesidang

Pelatih diwajibkan hadir.

Jumaat, 20 November 2009

TARIKH PBS DAN PRAKTIKUM SEMESTER 1 2010

Kolaborasi (B.Ed TESL) UIAM Jun 2004
12 Minggu
Praktikum 18 Januari –16 April

KDPM KEMAS KDC
Mei 2008 10 Minggu
Fasa 1 8 Feb – 23 April

PISMP Januari 2007 12 Minggu
Praktikum 3 1 Februari - 26 April

PISMP Januari 2008 4 Minggu
Praktikum I 22 Mac – 16 April

PISMP Januari 2009 1 Minggu
PBS 3 8 Mac - 12 Mac

PISMP Januari 2010 1 Minggu
PBS 1 22 Mac - 26 Mac

KPLI SR Jun 2009 12 Minggu
Praktikum 18 Januari - 16 April

KPLI SR j-QAF Januari 2009 12 Minggu
Praktikum 18 Januari - 16 April

KPLI SR – KDC Pem.
November 2008 12 Minggu
Praktikum 4 Januari - 2 April

Sabtu, 24 Oktober 2009

Mesyuarat Induk Praktikum dan Mesyuarat Pasukan Pengurusan Praktikum

Mesyuarat Induk Praktikum Bil 2/2009 akan diadakan seperti butiran berikut:-
Tarikh : 26 Oktober 2009
Hari : Isnin
Jam: 8.30 pagi
Tempat: Bilik Mesyuarat Anjung Hikmah

Mesyuarat Pasukan Pengurusan Praktikum akan diadakan seperti butiran berikut:-
Tarikh : 26 Oktober 2009
Hari : Isnin
Jam : 2.30 petang
Tempat : Bilik Seri Kesidang

Semua yang terlibat dijemput hadir.

Jumaat, 16 Oktober 2009

Perancangan Strategik IPG-KPM ----- Kukup Golf Resort

Mesyuarat perancangan strategik peringkat IPGM KPM sedang berjalan di Kukup Golf Resort, Johor Darul Takzim. Mesyuarat ini amat penting dalam menentukan halatuju perancangan dan aktiviti peringkat IPGM KPM untuk tahun 2010. Unit Praktikum sendiri mempunyai 44 aktiviti untuk tahun 2010. Isu-isu perjawatan dan pengurusan juga menjadi topik penting dalam mesyuarat. Mesyuarat dijangka selesai pada Jumaat 16 Oktober 2010.

Selasa, 13 Oktober 2009

Majlis Makan Malam PISMK OUM "Sedetik Bersama, Seabad Terasa"
















Majlis tersebut telah diadakan di A Famosa Resort, Alor Gajah pada hari Isnin 12 Oktober jam 8.30 malam hingga 11.00 malam. Saya ingin mengucapkan tahniah kepada semua pelajar PISMK OUM kerana telah berjaya mengadakan majlis tersebut dengan jayanya. Bertemakan Hitam, Merah dan Putih telah berjaya mengujudkan suasana yang menarik di majlis itu. Boleh dikategorikan satu majlis yang agak hebat yang pernah saya hadiri. Tahniah saya ucapkan sekali lagi terutama untuk bekas mentee saya iaitu unit Kajian Sosial. Walaupun arwah En Azman telah tiada, namun dapat saya rasakan beliau pastinya bangga menjadi tutor anda semua.

Selasa, 6 Oktober 2009

Minggu Pra Audit ( 6 dan 7 Sept)

Minggu ini adalah minggu pra audit untuk MSISO....sebarang gangguan harap maaf. Audit untuk unit praktikum telah selesai dijalankan pada 6 september. Tiada masalah. Terima kasih kepada semua penggerak Unit Praktikum. Bagi lain-lain Jabatan dan Unit diucapkan selamat menghadapi pra audit dan audit sebenar pada minggu depan. Kekalkan kecemerlangan IPGM kita. Terima kasih.

Khamis, 17 September 2009

REFLEKSI PRAKTIKUM UNTUK PELAJAR KPLI SR JANUARI 2009

Program di atas akan diadakan seperti berikut.

Tarikh : 28 September, 2009 (Isnin)
Tempat : Bilik Seri Kesidang - (Unit BM) 2:30 petang
******* Dewan Tun Teja ---- (Unit BI) 2:30 petang
******* Dewan Tun Fatimah (Unit MT, B & K, SC, PSV, KS, PK, PL) 2:30 petang
******* Dewan Seri Melor --- (Unit PL, PK) 2:30 petang

Harap maklum.

- Zarawi, Pegawai Pengurusan Praktikum.

Isnin, 14 September 2009

Kenali Aidilfitri: Selamat Hari Raya untuk semua warga IPGM KPM


SEJARAH hari raya dalam Islam bermula apabila Rasulullah berhijrah ke Madinah. Baginda mendapati ada dua hari raya yang disambut oleh bangsa Arab pada masa itu. Apabila Rasulullah bertanya kepada mereka apakah dua hari raya itu, mereka segera menjawab bahawa dua hari raya yang mereka sambut itu adalah perayaan yang diwarisi secara turun temurun daripada datuk nenek mereka.Lalu Rasulullah menyatakan kepada orang Arab Madinah bahawa Islam menggantikan dua hari raya yang kamu raikan itu dengan dua hari yang lebih bermakna iaitu Hari Raya korban atau Aidiladha dan Hari Raya Fitrah atau Aidilfitri.


Nabi saw memberitahu mereka, "Sesungguhnya Allah swt telah mengurniakan 2 hari yang mempunyai kebaikan di dalamnya, iaitu hari Eidul-Fitr dan hari Eidul-Adha." Riwayat Abu Daud, 1134Sabda Nabi saw kepada Abu Bakar r.a., "Setiap kaum ada perayaan, dan ini adalah perayaan kita" (Riwayat Bukhari dan Muslim). Hadis ini merujuk kepada 2 perayaan Eid yang khusus bagi orang Islam.Konsep hari raya dalam Islam jelas menunjukkan bahawa ia adalah perayaan keagamaan.


Ini bermakna jika ia disambut di atas landasan agama, maka hari raya yang diraikan itu adalah satu ibadat.Aidilfitri disambut sebagai suatu kemenangan bagi orang yang dapat mengerjakan ibadat puasa Ramadan dengan sempurna. Kemenangan itu bukan saja menang kerana berjaya mengawal nafsu makan dan minum selama sebulan pada siang hari sepanjang Ramadan, malah kejayaan menghalang diri daripada melakukan perkara dilarang, iaitu jika dilakukan akan terbatal puasanya.


Lantaran itu Allah menganugerahkan satu hari untuk kita sama-sama meraikan kejayaan daripada kemenangan itu.Kalimat 'fitri' sendiri bermaksud fitrah iaitu dengan kejayaan manusia balik kepada fitrah yang asal`Aidul Fitri berasal dari perkataan`aid adalah diambil dari kata al-`audu (kembali). Fitrah asal ini sebenarnya suatu permulaan kejadian manusia yang sememangnya bersih daripada dosa dan noda.Oleh kerana ia dikatakan sebagai perayaan keagamaan, maka cara menyambut hari raya itu sendiri perlulah mengikut adab dan peraturan tertentu.


Apabila saja diumumkan hari raya, maka mulakanlah malamnya dengan aktiviti ibadat. Ini seperti memperbanyakkan solat sunat, bertasbih, bertakbir dan bertahmid sebagai tanda kesyukuran.Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan Tabrani dari Ubadah bin Soib menyatakan bahawa: "Sesiapa yang menghidupkan malam Aidilfitri dan Aidiladha dengan amalan yang baik dan ikhlas kerana Allah, maka tidak akan mati hatinya pada hari semua hati-hati akan mati, iaitu hari kiamat."
Akhir kata bila pulang beraya di kampung tu jangan beraya sakan...tetapi ala kadar dan berhati-hati di jalanraya. Penuhi lebaran dengan kegembiraan aidil fitri bukan dengan kesedihan kehilangan orang tersayang.

Isnin, 7 September 2009

Refleksi Praktikum PISMP Jan 2008, 2009

Pelatih diwajibkan menghadiri refleksi yang akan diadakan pada,

Tarikh : 11 September, 2009 (Jumaat)
Tempat : Dewan Tun Fatimah
Jam : 2:30 petang

- Zarawi, Pegawai Pengurusan Praktikum.

Rabu, 2 September 2009

Kelayakan menduduki peperiksaan (Pelajar Praktikum)

Mengikut syarat praktikum IPGM semua pelajar mestilah melengkapkan praktikum sekurang-kurangnya 90% kehadiran (termasuk MC, KAGUM, Cuti kebenaran maktab, Aktiviti maktab dll seumpamanya). Jika kurang dari itu pelajar mestilah melengkapkan praktikum. Bagi yang gagal untuk berbuat demikian maka pelajar itu tidak boleh mengambil peperiksaan. Jika tidak boleh ambil peperiksaan maka anda dikira gagal untuk semester itu. Harap maklum kerana perkara ini sangat penting untuk mendapat ijazah dan diploma anda. Sekian, terima kasih.

Ahad, 30 Ogos 2009

Selamat Menyambut Kemerdekaan ke 52

31 Ogos 2009 berulang kembali seperti tahun-tahun sebelumnya iaitu telah 52 tahun kita merdeka dari penjajah. Sempena menyambut Hari Kemerdekaan ini saya mengucapkan Selamat Hari Merdeka untuk semua. Semangat patriotik dan cintakan tanahair perlu disemai sentiasa dan ia bukan hanya terletak di bahu pejuang sahaja. Dalam mencari kebahagiaan hidup jangan sampai diri sendiri tidak merdeka.