Khamis, 10 Februari 2011

Draf Penempatan PBS (6, 7 ~ 10, 11/3) PISMP Januari, 2010 - Unit Sains - Maklumat Tidak Lengkap

Ketua Unit Sains diminta mengambil perhatian bahawa maklumat nama guru besar sekolah dan nombor telefon sekolah bagi pelatih-pelatih berikut tidak dinyatakan di dalam draf penempatan PBS yang diterima oleh Unit Praktikum. Pelatih-pelatih tersebut ialah,
1. Aifa Farhana binti Zairuni
2. Nor Dahlia binti Zamani
3. Siti Nazariah binti Isa
4. Mathila binti Hj Mansor

Sila dapatkan maklumat tersebut dan maklumkan ke alamat email zarabd2002@yahoo.co.uk secepat mungkin.

Sekian untuk tindakan. Terima kasih.

- Zarawi bin Abdullah
10-2-2011, 1:58 tengahari.

Draf Penempatan PBS (20, 21 ~ 24, 25/3) PISMP Januari, 2011 - Unit Bahasa Melayu & Matematik

Unit Bahasa Melayu dan Matematik diminta menghantar email draf penempatan PBS ke alamat zarabd2002@yahoo.co.uk sesegera yang mungkin. Draf tersebut hendaklah dibuat dalam format Microsoft Excel yang mengandungi butir-butir berikut.
i. Nama kursus: PISMP Ambilan Januari 2011
ii. Nama unit
iii. Tempoh PBS
iv. Nama pelatih
v. Nombor telefon bimbit pelatih
vi. Nama sekolah & alamat
vii. Nama guru besar sekolah
viii. Nombor telefon sekolah

Harap maklum. Terima kasih.

- Zarawi bin Abdullah
10-2-2011, 12:39 tengahari.