Khamis, 8 Julai 2010

PISMP Ambilan Jan 2009

Kepada ketua Unit PK1, PK2 & PK5 :

Sila hadir ke Unit Praktikum dengan kadar segera dan berjumpa dengan Pn. Suriyati untuk urusan dokumen-dokumen PBS.

Sekian terima kasih.

Oleh : PN SURIYATI YAAPAR, Peg. Pengurusan Praktikum IPGKPM.

Kepada Pelatih KDC-KDPM-KEMAS Ambilan Mei 2007 dari IPG Kampus Raja Melewar

Terdapat sedikit perubahan dalam agihan tugas penyeliaan pensyarah pembimbing untuk pelatih-pelatih KDC-KDPM-KEMAS Ambilan Mei 2007 dari IPG Kampus Raja Melewar, Seremban, N.S. Sila muat turun senarai nama pensyarah pembimbing yang terbaru di pautan "Penempatan" di sebelah kanan (bawah) blog ini. Harap maklum.


Dari,
Yau YS
Pen. Ketua Unit praktikum Sub-unit KDC,
IPG KPM Melaka

Untuk Perhatian Guru Pelatih dan Mentor Program INTERNSHIP INT3101

Aktiviti-aktiviti di luar bilik darjah yang dicadangkan semasa internship:

1. Merancang aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang bersifat ‘outdoor’, seperti lawatan belajar ke muzium sejarah dan seni, zoo negeri, taman botani, pertanian dan lain-lain
2. Membantu dalam mengendalikan kursus kepemimpinan bagi Lembaga Pengawas Sekolah, Pengawas Perpustakawan dan lain-lain
3. Merancang, mengendali dan menilai aktiviti sukan, persatuan dan unit beruniform
4. Mengendalikan program ‘grooming’ untuk murid lelaki dan perempuan
5. Mengurus perhimpunan pagi serta memberi ucapan tentang sesuatu tajuk yang menarik
6. Mengurus aktiviti membaca, mengarang, di sudut pembacaan sekolah dan lain-lain
7. Membina kolam ikan, muzium sekolah, pusat kaji cuaca dan lain-lain
8. Mengurus pertandingan kebersihan kelas, perbahasan, Hari Kantin, Hari Sukan, Hari Terbuka, Hari Bersama Ibu Bapa dan lain-lain
9. Mengendalikan kursus motivasi, teknik soal jawab, kelas bimbingan, dan lain-lain
10. Membantu menghasilkan sumber pengajaran pembelajaran di PKG
11. Menganjurkan kursus latihan dalam perkhidmatan di peringkat sekolah
12. Mengumpul dan memahami pekeliling perkhidmatan (PKPA) yang telah dikeluarkan oleh KPM
13. Menghasilkan projek inovasi pedagogi yang dapat membantu meningkatkan proses pengajaran dan pembelajaran