Isnin, 10 Januari 2011

Maklumat Mengenai Penempatan PISMP 2008 dan KPLI Jun 2010

Untuk perhatian semua pelatih PISMP Sem.7 (Amb 2008) dan KPLI Ambilan Jun 2010:

Senarai penempatan program praktikum anda sebenarnya telah siap. Cuma kami menghadapi sedikit cabaran di Unit Praktikum seperti berikut:
(i) KPLI-Opsyen BM: kurang terdapat sekolah yang menawarkan subjek Moral (subjek minor) anda. Maka alternatifnya sedang dibincangkan.

(ii) Jabatan Bahasa perlu mengagih semula tugas penyeliaan pensyarah kerana bilangan pelatih yang perlu diselia amat ramai.

Oleh itu, diminta pelatih-pelatih bersabar dan sentiasa mengikut perkembangan semasa melalui blog Unit Praktikum.

Senarai penempatan untuk pelatih PISMP Sem. 7 (Ambilan 2008) dan KPLI Ambilan Jun 2010 yang terpapar di sini hanya untuk rujukan semasa. Senarai yang muktamat akan dimuatnaik ke blog secepat mungkin.

Sekian.



Pindaan Tarikh taklimat praktikum program B.Ed tesl Mei 2005 & KPLI SR Jun 2010 (BM & BI)

Tarikh taklimat dipinda pada 13 Jan 2011 (Khamis).
Masa dan tempat taklimat tidak berubah.
Harap maklum. Terima kasih.

Oleh : PN SURIYATI YAAPAR, Pegawai Pengurusan Praktikum.

Pelan Tindakan Program Praktikum KPLI(SR) dan KDC-KPLI Sesi Januari 2011

Kepada Pensyarah Penyelia, Guru Pembimbing dan Guru Pelatih yang terlibat dalam Program Praktikum KPLI atau KDC-KPLI Sesi Januari - April 2011:

Pelan tindakan untuk Program Praktikum KPLI (Dari 16/17 Januari hingga 14/15 April 2011) telah disediakan.
Sila muatturun dokumen dari pautan berikut sebagai rujukan tuan/puan:


Sebarang pertanyaan boleh dikemukakan di "Shout-Mix".

Sekian, terima kasih.

Selamat menjalankan tugas dan selamat berpraktikum.


Sarina Baharuddin,
Pen. Ketua Unit Praktikum Sub-unit Praperkhidmatan,
IPGM Kampus Perempuan Melayu, Melaka.

Senarai Penempatan & Nama Pensyarah Penyelia Praktikum KDC-KPLI-PKhas Ambilan Nov 2009

Kepada pensyarah penyelia dan guru pelatih yang terlibat dalam program praktikum KDC-KPLI-Pendidikan Khas Ambilan November 2009 (17/1 hingga 15/4/2011):

Senarai penempatan praktikum telah disiapkan. Sila muatturun dari pautan berikut untuk rujukan tuan/puan:



Sekian. Terima kasih.
Selamat bertugas dan selamat berpraktikum.


Yau Yee Shin
Penolong Ketua Unit Praktikum Sub-unit KDC,
IPGM Kampus Perempuan Melayu, Melaka.

Pelan Tindakan Program Praktikum KDC-KDPM SABK Ambilan Nov 2007

Kepada Pensyarah Penyelia, Guru Pembimbing dan Guru Pelatih yang terlibat dalam Program Praktikum Fasa 2 KDC-KDPM-SABK Ambilan November 2007:

Pelan tindakan untuk Program Praktikum Fasa 2 KDC-KDPM-SABK Ambilan November 2010 (Dari 9/10 Januari hingga 21/22 April 2011) telah disediakan.
Sila muatturun dokumen dari pautan berikut sebagai rujukan tuan/puan:


Sebarang pertanyaan boleh dikemukakan di "Shout-Mix".

Sekian, terima kasih.

Selamat menjalankan tugas dan selamat berpraktikum.


Yau Yee Shin,
Pen. Ketua Unit Praktikum Sub-unit KDC
IPGM Kampus Perempuan Melayu, Melaka.