Khamis, 27 September 2012

Borang e-Refleksi Untuk Pelatih-pelatih PISMP Ambilan Januari 2010

Kepada semua pelatih PISMP Ambilan Januari 2010,
Tahniah kerana anda semua telah berjaya menyempurnakan program Praktikum (2) di sekolah-sekolah di sekitar bandar Melaka.
Selepas praktikum selesai, anda diwajip mengisi borang "Refleksi Praktikum" semasa program refleksi praktikum berlangsung. Kali ini, seperti semester yang lepas, anda dikehendaki mengisi borang tersebut secara atas talian, kemudian cetak, hantar kepada Ketua Unit anda dan seterusnya panjangkan kepada Unit Praktikum IPGK.PM. Satu taklimat tentang cara mengisi borang atas talian "e-Refleksi versi 3.0"  akan diadakan pada ketetapan di bawah:

Tarikh: 28.9.2012 (Jumaat)
Masa: 3:15 petang
Tempat: Dewan Tun Fatimah

Semua pelatih PISMP Ambilan Januari 2010 WAJIB hadir. Yang tidak hadir mesti hantar surat tunjuk sebab kepada Unit Praktikum (s.k. kepada Encik Roslan, Unit Displin, Jabatan HEP IPGK.PM) 

Sekian. Terima kasih.


Dari,
En Yau Yee Shin