Rabu, 19 Januari 2011

Taklimat Praktikum 3 PISMP Jan 2008 (Perubahan terkini)

Sila hadir taklimat praktikum Fasa 3 pada :


27 Januari 2011 (Khamis)


Bilik Seri Kesidang, IPGKPM

2.45 petang


Kehadiran adalah WAJIB.


p/s : perubahan tarikh dan tempat adalah disebabkan bilik-bilik taklimat digunakan oleh JK minggu pengurusan pelajar baru.

oleh : PN SURIYATI YAAPAR, Peg.Pengurusan Praktikum

KPLI SR JUN 2010 (PRASEKOLAH) - Penghantaran Dokumen PBS

Semua pelajar KPLI SR Jun 2010 (Prasekolah) dikehendaki menghantar (secara pos) ke Unit Praktikum IPGKPM dokumen PBS yang lengkap. Dokumen yang perlu dihantar ialah :

1. Lampiran 1-4 (Rekod kolaborasi)

2. Lampiran 1-6 (Borang Amalan Refleksi)

3. Lampiran 1-7A (Borang Maklumat Umum Sekolah)

4. Lampiran 1-8 ( Borang kehadiran)

5. Lampiran 1-9 (Borang sahsiah/Laporan Perkembangan pelajar)

Semua dokumen hendaklah dihantar lengkap dengan pengesahan sekolah (cap sekolah) selewat-lewatnya pada 21 Januari 2011 (Jumaat). Pelajar yang gagal menghantar dokumen selengkapnya dianggap tidak memenuhi PBS.
Harap maklum.

Oleh : PN SURIYATI YAAPAR, Peg. Pengurusan Praktikum