Sabtu, 16 Mei 2009

Amalan Menulis Persediaan Mengajar Harian Yang Terperinci


Semua guru pelatih dikehendaki menulis persediaan mengajar harian (RPH) yang lengkap sepanjang masa. Penulisan persediaan mengajar harian diwajibkan bagi semua guru/guru pelatih mengikut pekeliling yang dikeluarkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia. Saya berharap semua guru pelatih akan membuat RPH yang lengkap sepanjang masa. Pemantauan oleh pihak lain akan dibuat untuk memastikan agar peraturan ini dipatuhi. Sekian, terima kasih.

Contoh-contoh RPH dan Portfolio dari pelajar-pelajar Cemerlang Praktikum boleh dilihat di bilik Praktikum. Bahan ini tidak boleh dipinjam, fotostat. Mengambil gambar dengan kamera digital untuk dijadikan contoh dibenarkan.

Refleksi Setelah Mengajar Satu-satu matapelajaran

Kepada guru pelatih semua, berikut dikemukakan satu siri soalan yang boleh membantu anda menilai keberkesanan pengajaran harian yang dilaksanakan:

Self-Evaluation – Reviewing a Lesson Taught
What Are My Thoughts?

You may choose to self-evaluate by writing your thoughts on the lesson plans or attaching this form to each plan.

1. What did the students learn from this lesson? How do I know the students were actively engaged with the lesson?
(Apa yang dipelajari oleh murid dalam pelajaran ini? Bagaimana saya tahu murid telah melibatkan diri secara aktif dalam pelajaran ini?)

2. How closely did I follow my lesson plan? Did I have to modify during the lesson? Why?
(Sejauhmanakah saya telah mengikuti rancangan mengajar harian yang dirancang? Adakah saya telah membuat pengubahsuaian semasa mengajar? Mengapa/)

3. What do I think was the most effective part of the lesson?
(Langkah manakah merupakan bahagian rancangan mengajar harian yang paling berkesan?)

4. Were the materials/visuals/aids appropriate? Why? Why not?
(Adakah bahan/sumber pengajaran itu sesuai? Mengapa?)

5. What would I change/keep the same the next time I do this lesson?
(Apakah yang akan saya ubah atau kekalkan bagi saya menjalankan pelajaran yang sama pada masa akan datang?)

6. What do I see as my teaching strengths in this lesson?
(Apakah kekuatan saya dalam pelajaran ini?)

7. A goal I would like to have my cooperating teacher assist me in reaching is…
(Satu matlamat yang saya harap guru pembimbing dapat membantu saya capai ialah...)

Sumber: Copyrigh©2004,2000 by Pearson Education, Inc. Reproduction of this material is restricted to use with Strategies for successful Student Teaching: A Comprehensive Guide.

Prosedur Membuat Tuntutan Guru Pembimbing

1. Serah dua salinan borang tuntutan elaun guru pembimbing praktikum
2. Serah dua salinan surat perlantikan daripada Pengarah Pelajaran Negeri yg telah diakui oleh Pengetua/Guru Besar (surat ini dikirim oleh KU Praktikum, IPGM)
3. Serah dua salinan akaun GIRO yang AKTIF di setiap borang tuntutan
4. Setiap borang tuntutan MESTI ditandatangani oleh Guru Pembimbing dan Pengetua/Guru Besar/Penolong Kanan, tanda tangan mesti HIDUP, yang fotostat tidak boleh diterima. SEMUA BUTIRAN MESTI DITULIS DENGAN TANGAN/DITAIP, tidak boleh difotostat

Contoh Tuntutan Bagi Guru Pembimbing Gred DG41 Yang Membimbing Pelajar KPLI Sekolah Rendah (Biasanya Guru Mata Pelajaran Major sahaja yang Menuntut):

5. (i) Guru siswazah (DG41) mata pelajaran MAJOR: RM 40.00 sebulan penuh (30/31 hari) bagi setiap pelajar yang diselia / (RM 1.33 sen sehari/seorang guru pelatih)
(ii) Guru BUKAN siswazah mata pelajaran MAJOR: RM 30.00 sebulan penuh (30/31 hari) bagi setiap pelajar yang diselia / (RM 1.00 sehari/seorang guru pelatih)
6. Tuntutan bagi kesemua bulan dimuat dalam satu borang yang sama,

Contoh: Guru Q membimbing ***seorang guru pelatih KPLI sepanjang 12 minggu (dari 22 Jan hingga 20 Apr. 2007), Cuti Pertengahan Semester dari 10 – 18 Mac2007)

KADAR SEBULAN

22-31 Jan 07 10 hari X RM 1.33 sen RM 13.30 (Jika bukan siswazah: 10 X RM 1.00 = RM10)
Februari (1-28) Bulan Penuh RM 40.00 (Bukan siswazah: RM 30)
Mac Bulan Penuh RM 40.00 (Bukan siswazah: RM 30)
1-20 Apr. 20 hari X RM 1.33 sen RM 26.60 (Bukan siswazah: RM 20)
JUMLAH BESAR RM119.90 seorang pelatih (Bukan siswazah: RM 90.00 seorang pelatih)
RM239.80 dua orang (Setiap guru pembimbing cuma boleh membimbing dua orang pelatih sahaja)
7. Semua borang yang lengkap mesti dihantar kepada: Ketua Unit Praktikum, Institut Perguruan Perempuan Melayu, Durian Daun, 75400 Melaka, dalam tempoh seminggu sebaik sahaja tamatnya praktikum. PENYERAHAN BORANG TUNTUTAN YANG LEWAT MUNGKIN TIDAK DAPAT DIBAYAR. SEGALA PEMBAYARAN DISALURKAN OLEH AG TERUS KE AKAUN BANK GURU PEMBIMBING.
8. Kesilapan yang lazim dilakukan oleh guru pembimbing:
(a) Dokumen tidak dihantar dalam dua salinan.
(b) Tiada tanda tangan guru pembimbing atau Guru Besar/Pengetua
(c) Akaun GIRO tidak aktif atau tidak mempunyai akaun GIRO
(d) Menggunakan akaun GIRO isteri/suami utk membuat tuntutan
(e) Lewat menghantar borang tuntutan,
(f) Tuntutan dikirim tidak sampai ke pihak institut perguruan (elok rujuk kepada pihak kerani kewangan / Setiausaha Praktikum tentang penerimaan borang tuntutan setelah borang tersebut dikirim)
(g) Tidak melampirkan dokumen (seperti DUA salinan fotostat akaun GIRO, DUA salinan surat lantikan oleh Pengarah JPN) yang perlu.
Ahmed Nasir bin Abdul Muthalif, Ketua Unit Praktikum, IPGM Kampus Perempuan Melayu, 75400 MELAKA.