Untuk Perhatian: Pelatih PISMP Ambilan Januari 2011
Ribuan terima kasih kepada pihak pengurusan IPGK.PM kerana sudi menyediakan pengangkutan bagi pelatih-pelatih PISMP Ambilan Januari 2011 yang perlu menggantikan hari program PBS(4) di sekolah-sekolah yang berdekatan IPGK.PM pada 22, 24, atau 25 September 2012.
Sila klik pautan di bawah untuk memuat turun jadual perjalanan bas dan coaster untuk menghantar pelatih-pelatih PISMP Januari 2011 ke sekolah-sekolah dan kemudian membawa semua balik ke kampus. Oleh kerana pelatih yang terlibat sangat ramai, iaitu 98 orang, maka bas terpaksa bertolak awal untuk buat dua pusingan. Pada 22/9 (Sabtu) trip yang pertama bertolak pada 6:00 pagi manakala trip yang kedua bertolak pada 7:00 pagi. Harap semua pelatih yang terlibat menepati masa kerana bas TIDAK akan menunggu anda!
Bagi pelatih yang ingin menggunakan kenderaan sendiri ataupun jalan kaki ke sekolah yang berdekatan seperti SK (P) Durian Daun, sila maklum kepada rakan anda yang menaiki bas IPGK.PM.
Untuk makluman, pihak IPGK.PM tidak bertanggung jawab terhadap sebarang kemalangan yang mungkin berlaku. Jadi, diminta semua pelatih berhati-hati semasa berada di dalam bas dan di luar kawasan IPGK. Semua harus tolong menolong antara satu sama lain. Nama baik dan imej IPGK.PM mesti dijaga.
Perkara-perkara penting:
1. Sila catatkan nombor telefon semua pemandu bas IPGK.PM untuk kegunaan nanti.
2. Sila menepati masa. Rancangkan masa untuk solat dan mengemas diri.
3. Berkumpul di garaj bas sebelum bertolak. Wakil kumpulan ambil kehadiran.
4. Bersopan santun dan bertindak secara profesional semasa di sekolah.
5. Buat perbincangan dalam kumpulan untuk mengagihkan tugas sebelum bertolak ke sekolah.
Sekian. Terima kasih.
Jadual Perjalanan Bas Untuk Pelatih PISMP Jan 2011
Dari,
En Yau Yee Shin