Rabu, 30 Jun 2010

Guru pelatih IPG lain yang diselia oleh pensyarah-pensyarah IPGKPM--Senarai Pensyarah Pembimbing anda

Kepada pelatih-pelatih IPG lain yang diselia oleh pensyarah IPGKPM, Melaka

Selamat datang ke blog Unit Praktikum IPGKPM. Anda semua dialu-alukan berinteraksi dengan warga Unit Praktikum IPGKPM melalui fitur "Shoutmix" jika terdapat sebarang pertanyaan. Kami janji akan menjawab segala persoalan anda dengan kadar segera.

Senarai nama pensyarah pembimbing anda telah dimuatnaik ke blog ini. Sila klik pada pautan di sebelah kanan (Bahagian Penempatan) untuk memuat turun senarai tersebut. Pensyarah pembimbing anda dijangka melawat ke sekolah anda pada minggu yang akan datang.Jadi sila poskan peta sekolah, jadual waktu p&p anda dan takwin sekolah anda ke Unit Praktikum, IPGKPM, Jalan Maktab, Durian Daun, 75990 Melaka (u.p. En Yau Yee Shin) secepat mungkin.


Sekian.Terima kasih.


Dari,
En Yau Yee Shin
(016-6120996)
yshiny@gmail.com

Senarai Penempatan & Nama Pensyarah Pembimbing Praktikum KDC-KDPM JAIJ & SABK Ambilan 2007

Kepada pelatih-pelatih KDC-KDPM-JAIJ Ambilan Mei 07 Serta KDC-KDPM-SABK Ambilan Nov 2007

Senarai-senarai penempatan praktikum dan nama pensyarah pembimbing anda semua masih belum lengkap. Memandangkan majoriti pelatih dah tak sabar lagi ingin mengetahui siapa pensyarah pembimbing mereka, maka saya memuatnaik dulu senarai-senarai yang tidak lengkap itu ke blog ini. Saya akan mengemaskinikan senarai-senarai ini setelah saya mendapat maklum balas daripada pihak berkenaan. Diharap pelatih-pelatih yang masih belum ketahui siapa pensyarah pembimbing mereka itu bersabar dan terus berpraktikum menurut pesanan
dari Unit Praktikum IPGMKPM semasa taklimat yang lepas. (Gilapkan nama IPGKPM yer!)

Sila klik pada pautan di sebelah kanan (Bahagian Penempatan) untuk memuat turun senarai tersebut. Terima kasih.

Untuk memperoleh maklumat lanjut tentang pensyarah pembimbing anda, anda boleh cuba menghubungi IPG pensyarah tersebut.

No telefon:
IPG KPM Melaka = 06-282 4827
IPG KTHO B Pahat = 07-432 3275
IPG KTI Johor Bahru= 07-236 4624
IPG KTB P.Pinang = 04-521 5227
IPG KPP P.Pinang = 04-660 3100


Dari,
Yau YS