Jumaat, 8 Mac 2013

Program Tutorial Praktikum Untuk Pelatih KDPM-PPAK-(PERMATA) Ambilan Jun 2011

WAJIB Hadir! Program tutorial praktikum seperti ketetapan berikut:

Tarikh   :  15 Mac 2013 (Jumaat)
Masa     :  3:15 petang
Tempat :  Bilik Seri Kesidang, IPGK.PM, Melaka

Sila bawa Buku Rekod RPH dan Portfolio Praktikum anda. Anda perlu membuat temu janji dengan pensyarah penyelia anda dan berjumpa mereka selepas sesi tutorial di DTF. Sesiapa yang tidak hadir tanpa sebab yang munasabah akan dirujuk ke Unit Disiplin, JHEP, IPGK.PM.


Dari, Yau YS

Penting! Untuk Pelajar PISMP Ambilan Januari 2012 dan Ambilan Januari 2013

Kepada semua pelajar PISMP Ambilan Jan 2012 & Jan 2013:

Program PBS kumpulan anda akan berlangsung seperti tempoh berikut:

PISMP Amb Jan 2012: 17/18 Mac - 21/22 Mac 2013
PISMP Amb Jan 2013: 31 Mac /1 Apr - 4/5 Apr 2013

Kepada pelajar yang BUKAN berasal dari negeri Sabah tetapi telah memilih sekolah di negeri Sabah untuk menjalankan program PBS di sana, anda perlu mendapatkan kebenaran dari ibu bapa anda serta menulis surat pemohonan (yang menyatakan anda telah dibenarkan oleh ibu bapa anda) kepada Pengarah IPGK.PM untuk pergi ke Sabah (s.k.:Unit Amalan Profesional). Sila bertindak dengan SEGERA(Sebelum 13 Mac 2013)!  Tanpa surat pemohonan tersebut, anda akan ditukar ke sekolah lain untuk menjalankan program PBS.
Harap maklum!

Dari, Yau YS