Isnin, 8 Februari 2010

Senarai Penempatan KDC telah dikemaskini

Untuk perhatian semua pensyarah pembimbing dan pelatih KDC-KPLI(SR)-Pendidikan Khas Ambilan Nov 2008, senarai penempatan dan pensyarah pembimbing telah dikemaskini lagi pada petang 8 Februari 2010. Senarai ini dianggap sebagai muktamad dan sebarang pertukaran tidak akan dilayan lagi. Diharap semua pensyarah pembimbing dapat menjalankan tugas dengan baik dan selamat, khasnya mereka yang perlu memandu kereta sejauh sehingga ke Kota Tinggi dan Johor Bahru. Mohon semua pelatih kursus sentiasa mengikut perkembangan terbaru program praktikum dengan kerap mengunjungi laman blog ini. Terima kasih.