Rabu, 9 Februari 2011

Penghantaran dokumen PBS KPLI SR Jun 2010 (Prasekolah)

Terima kasih kepada semua pelajar KPLI SR Jun 2010 (Prasekolah - 18 orang) yang telah menghantar dokumen PBS dengan sempurna dan cantik.

Sedikit kecewa kerana terdapat seorang pelajar yang lewat hantar dan formatnya sangat ringkas dan berlainan dengan dokumen pelajar lain.

17 pelajar lain menghantar lengkap dengan cover biru muka depan dengan format yang standard dan di'binding' kemas.

Semoga jadi iktibar kepada pelajar lain supaya sentiasa peka dengan maklumat yang disampaikan semasa menghadiri taklimat PBS atau Praktikum.

Pn. Suriyati, Unit Praktikum IPGKPM