Isnin, 25 Februari 2013

Program Tutorial Praktikum

Untuk perhatian pelatih-pelatih berikut:

1. PISMP Ambilan Januari 2010
2. DPLI (GSTT) Ambilan Disember 2011
3. KDC-KPLI j-QAF Ambilan Januari 2012 (Dari Sekolah Negeri MELAKA SAHAJA!)

Anda semua WAJIB menghadiri program tutorial praktikum seperti ketetapan berikut:

Tarikh   :  1 Mac 2013 (Jumaat)
Masa     :  3:15 petang
Tempat :  Dewan Seri Kandi, IPGK.PM, Melaka

Sila bawa Buku Rekod RPH dan Portfolio Praktikum anda. Anda perlu membuat temu janji dengan pensyarah penyelia anda dan berjumpa mereka selepas sesi tutorial di DTF. Sesiapa yang tidak hadir tanpa sebab yang munasabah akan dirujuk ke Unit Disiplin, JHEP, IPGK.PM.

Bagi pelatih KDC-KPLI j-QAF Ambilan Januari 2012 yang menjalankan praktikum di negeri-negeri lain (bukan Melaka), sila muat turun borang berikut (borang maklum balas tutorial praktikum) , isi, dan hantar balik kepada saya (yshiny@gmail.com) sebelum 4 Mac 2013. 
  Borang Maklum Balas Tutorial Praktikum

Terima kasih atas kerja sama yang diberikan.


Dari, Yau YS

Senarai Penempatan-Kemaskini 25 Februari 2013

Kepada pelatih-pelatih yang berkenaan,

Senarai penempatan untuk dua program berikut telah diubah kerana terdapat pensyarah baharu melapor diri untuk mula berkhidmat di IPG Kampus Perempuan Melayu pada minggu lepas, yakni tugas penyeliaan praktikum untuk pensyarah penyelia telah diubah mengikut keperluan semasa. 

1. KDC-KPLI-j-QAF Ambilan Jan 2012
2. Praktikum 1 PISMP Ambilan Jan 2011

Harap maklum.

Dari, Yau YS