Rabu, 16 Januari 2013

Salinan Surat Penempatan Praktikum KPLI j-QAF Ambilan Januari 2012

Untuk perhatian pelatih KDC KPLI j-QAF:

Surat penempatan praktikum anda telah di hantar melalui pos biasa ke sekolah anda dalam cuti semester yang lepas. Namun, masih terdapat pelatih yang kata dia tidak terima surat tersebut. Maka UAP mengambil langkah mengimbas (scan) surat ini dan letak di sini untuk dimuat turun oleh pelatih yang memerlukannya.Sila cetak dokumen dua muka surat berikut dan lampirkan Senarai Penempatan Praktikum kumpulan anda. "highlight kan" nama anda. Hantar sesalinan kepada guru besar anda.
 
    
   

Sekian, terima kasih.

Dari, 
Yau YS

Kebenaran Mengurangkan Waktu Mengajar Untuk Pelatih KDC KPLI j-QAF

Untuk perhatian pelatih KDC KPLI j-QAF AMB JAN 2012:

Sila muat turun dokumen berikut dan lampirkan bersama Senarai Penempatan Praktikum kumpulan anda, highlightkan nama anda, seterusnya hantar sesalinan kepada guru besar sekolah anda. Surat ini diturunkan oleh Pengarah IPGK.PM untuk tujuan memohon pihak sekolah mengurangkan waktu mengajar anda semasa program praktikum berlangsung.
  Terima kasih kepada Pengarah IPGK.PM atas jasa baik beliau, dan juga terima kasih kepada Pn Sarina Baharudin yang amat prihatin tentang perkara ini dan telah berusaha memanjangkan perkara ini kepada Pengarah IPGK.PM.

Dari,
Yau YS