Rabu, 30 Jun 2010

Guru pelatih IPG lain yang diselia oleh pensyarah-pensyarah IPGKPM--Senarai Pensyarah Pembimbing anda

Kepada pelatih-pelatih IPG lain yang diselia oleh pensyarah IPGKPM, Melaka

Selamat datang ke blog Unit Praktikum IPGKPM. Anda semua dialu-alukan berinteraksi dengan warga Unit Praktikum IPGKPM melalui fitur "Shoutmix" jika terdapat sebarang pertanyaan. Kami janji akan menjawab segala persoalan anda dengan kadar segera.

Senarai nama pensyarah pembimbing anda telah dimuatnaik ke blog ini. Sila klik pada pautan di sebelah kanan (Bahagian Penempatan) untuk memuat turun senarai tersebut. Pensyarah pembimbing anda dijangka melawat ke sekolah anda pada minggu yang akan datang.Jadi sila poskan peta sekolah, jadual waktu p&p anda dan takwin sekolah anda ke Unit Praktikum, IPGKPM, Jalan Maktab, Durian Daun, 75990 Melaka (u.p. En Yau Yee Shin) secepat mungkin.


Sekian.Terima kasih.


Dari,
En Yau Yee Shin
(016-6120996)
yshiny@gmail.com

Senarai Penempatan & Nama Pensyarah Pembimbing Praktikum KDC-KDPM JAIJ & SABK Ambilan 2007

Kepada pelatih-pelatih KDC-KDPM-JAIJ Ambilan Mei 07 Serta KDC-KDPM-SABK Ambilan Nov 2007

Senarai-senarai penempatan praktikum dan nama pensyarah pembimbing anda semua masih belum lengkap. Memandangkan majoriti pelatih dah tak sabar lagi ingin mengetahui siapa pensyarah pembimbing mereka, maka saya memuatnaik dulu senarai-senarai yang tidak lengkap itu ke blog ini. Saya akan mengemaskinikan senarai-senarai ini setelah saya mendapat maklum balas daripada pihak berkenaan. Diharap pelatih-pelatih yang masih belum ketahui siapa pensyarah pembimbing mereka itu bersabar dan terus berpraktikum menurut pesanan
dari Unit Praktikum IPGMKPM semasa taklimat yang lepas. (Gilapkan nama IPGKPM yer!)

Sila klik pada pautan di sebelah kanan (Bahagian Penempatan) untuk memuat turun senarai tersebut. Terima kasih.

Untuk memperoleh maklumat lanjut tentang pensyarah pembimbing anda, anda boleh cuba menghubungi IPG pensyarah tersebut.

No telefon:
IPG KPM Melaka = 06-282 4827
IPG KTHO B Pahat = 07-432 3275
IPG KTI Johor Bahru= 07-236 4624
IPG KTB P.Pinang = 04-521 5227
IPG KPP P.Pinang = 04-660 3100


Dari,
Yau YS

Selasa, 29 Jun 2010

KURSUS PENYELIAAN PRAKTIKUM UNTUK PENSYARAH BARU BAGI SUBJEK PJK DAN PENDIDIKAN KHAS

Kursus penyeliaan ini diadakan bermula pada 28-29 Jun 2010 dan seramai 40 orang pensyarah terlibat. Pensyarah terdiri daripada pensyarah-pensyarah baharu dan pensyarah yang bukan dalam bidang pendidikan khas dan pendidikan jasmani dan kesihatan.Berikut adalah gambar-gambar tentang kursus berkenaan.

TAKLIMAT PENSYARAH PENYELIA PRAKTIKUM KPLI JAN 2010 DAN PISMP AMBILAN JAN 2008

Taklimat untuk pensyarah penyelia praktikum KPLI Ambilan Januari 2010 dan PISMP Ambilan Januari 2008 akan diadakan seperti maklumat berikut:

Tarikh: 2 Julai 2010
Tempat : Bilik Seri Melor, Anjung Hikmah
Masa: 9.00 pagi

TAKLIMAT PELAJAR PISMP AMBILAN JAN 2007(INTERNSHIP)

Kepada semua pelajar PISMP Ambilan Januari 2007, satu taklimat berkenaan program internship yang akan bermula pada 5 Julai 2010 akan diadakan seperti maklumat berikut:

Tarikh : 30 JUN 2010
Masa : 2.30 Petang
Tempat : Bilik Seri Melor, Anjung Hikmah

Kehadiran adalah wajib.

Pn Sarina bt Baharudin
Ketua Unit Pra Perkhidmatan
Unit Praktikum

Ahad, 27 Jun 2010

Lawatan Warga Unit Praktikum IPGKPM Ke Medan, Indonesia







Penolong-Penolong Ketua Unit Praktikum Pn Sarina Baharuddin dan En Yau Yee Shin telah menyertai Program Pengantarabangsaan IPGKPM ke bandar Medan, Sumatra Utara, Indonesia Anjuran Jawatankuasa Perwakilan Pelajar IPGKPM dari 22-25 Jun 2010. Ketua rombongan ialah Timbalan Pengarah IPGKPM, Datin Hjh Siti Hanifah Madarsa. Lawatan ini amat bermakna dan menarik. Para peserta rombongan sempat melawat ke sekolah-sekolah dan juga ke Konsulat Jeneral Malaysia di bandar Medan. Peserta-peserta telah menimba banyak pengalaman baru, disamping menikmati keindahan Danau Toba dan kawasan peranginan Brastagi serta keunikan budaya etnik Batak di Pulau Samosir.




Isnin, 21 Jun 2010

TAKLIMAT PENGURUSAN PROGRAM INTERNSHIP (PISMP AMBILAN JAN 2007)

Taklimat untuk pengurusan program internship kepada pihak pengurusan sekolah(gurubesar) bagi program PISMP Ambilan Januari 2007 akan diadakan mengikut butiran seperti di bawah.

Tarikh : 1 JULAI 2010
Tempat : Bilik Sri Melor, Anjung Hikmah, IPG Kampus Perempuan Melayu,
Melaka

Masa : 8.30 pagi

Selasa, 15 Jun 2010

KURSUS PEMANTAPAN & PENYELIAAN PRAKTIKUM UNTUK PENSYARAH IPG KPM

Kursus penyeliaan praktikum untuk pensyarah baru dan berlainan bidang akan diadakan seperti
maklumat berikut

Tarikh: 28/6/2010 - 29/6/2010
Tempat: Bilik Seri Melor, Anjung Hikmah
Masa: 8.30 pagi

Jumaat, 4 Jun 2010

PROGRAM REFLEKSI PRAKTIKUM FASA 1 KDC-KDPM-KEMAS AMBILAN MEI 2008

Kepada semua pelatih program KDC-KDPM-KEMAS Ambilan Mei 2008, sila hadir ke Program Refleksi Praktikum Fasa 1 seperti ketetapan di bawah :

Tarikh : 9/6/2010 (Rabu)

Masa : 6:00 petang

Tempat : Bilik Kesidang / Bilik Dahliah, Anjung Tadbir, IPG KPM

Kehadiran adalah WAJIB.

Sila bawa bersama Portfolio Praktikum serta Buku Rekod RPH anda.

Sekian. Terima kasih.


Dari,

Yau Yee Shin

Pen. Ketua Unit Praktikum

(Sub-Unit KDC)

PROGRAM REFLEKSI PRAKTIKUM KDC-KPLI PENDIDIKAN KHAS AMBILAN NOVEMBER 2008

Kepada semua pelatih program KDC-KPLI-Pendidikan Khas Ambilan November 2008, sila hadir ke Program Refleksi Praktikum seperti ketetapan di bawah :

Tarikh : 8/6/2010 (Selasa)

Masa : 8:30 malam

Tempat : Dewan Tun Fatimah, IPG KPM

Kehadiran adalah WAJIB.

Sila bawa bersama Portfolio Praktikum serta Buku Rekod RPH anda.

Sekian. Terima kasih.


Dari,

Yau Yee Shin

Pen. Ketua Unit Praktikum

(Sub-Unit KDC)

Selasa, 1 Jun 2010

Taklimat PRAKTIKUM Program PISMP Ambilan Januari 2008

Kepada semua pelajar Program PISMP Ambilan Januari 2008, sila hadir taklimat praktikum berdasarkan butiran berikut:

Tarikh : 2 Jun 2010 (Rabu)
Tempat : Dewan Tun Teja
Masa : 3.00 petang.

Sila tepati masa. Kehadiran adalah WAJIB.


oleh : PN. SURIYATI
Peg. Pengurusan Praktikum