Khamis, 19 September 2013

Panduan Kiraan Elaun Bimbingan Praktikum Untuk Guru Pembimbing Program Praktikum (2) PISMP Ambilan Jan 2011

Untuk perhatian semua pelatih PISMP Ambilan Januari 2011:

Sila muat turun panduan berikut dan serah kepada guru pembimbing anda bagi membolehkan mereka melengkapkan borang tuntutan elaun bimbingan praktikum mereka:

Panduan Kiraan Elaun Bimbingan-PISMP Praktikum (2)

Sila pastikan borang tuntutan elaun guru pembimbing anda dilampirkan dokumen berikut:
1. Salinan fotostat muka surat pertama buku akaun bank (bank gaji),
2. Salinan slip gaji yang terkini,
3. Borang tuntutan ditandatangani guru besar/GPK dan ada cap sekolah.
4. Surat lantikan sebagai guru pembimbing dari JPN, Melaka

Sila stappler bersama dan hantar kepada saya secepat mungikin. Terima kasih.

Dari,
En Yau Yee Shin

Isnin, 9 September 2013

Borang e-PBP Untuk Pelatih-pelatih PISMP Ambilan Januari 2011 dan Pelatih KPLI-KDC-SABK Ambilan Jun 2012

Kepada semua pelatih PISMP Ambilan Januari 2011 serta Pelatih KPLI-KDC-SABK Ambilan Jun 2012,

Tahniah kerana anda semua akan menyempurnakan program praktikum tidak lama lagi.

Selepas praktikum selesai, anda wajip mengisi borang "Refleksi Praktikum" (LAM-PT-05-14) atau lebih dikenali sebagai borang penilaian bimbingan praktikum (PBP) daripada pensyarah dan guru pembimbing. Kali ini, seperti semester yang lepas, anda dikehendaki mengisi borang tersebut secara atas talian, kemudian cetak, hantar kepada ketua unit anda dan seterusnya panjangkan kepada Unit Amalan Profesional IPGK.PM. (Sila cetak dan simpan satu salinan di dalam portfolio praktikum anda.)

Sila layari laman "e-PBP versi 3.1"  dan isi borang atas talian di laman tersebut (untuk subjek major dan minor) dengan jujur. Semua data yang diterima dijamin sulit. Mohon jangan gunakan platform ini sebagai tempat untuk melepaskan perasaan secara bebas. Sila jawab dengan bahasa yang sopan dan profesional.

Program refleksi praktikum kumpulan PISMP Ambilan Januari 2011 akan diadakan pada ketetapan seperti berikut:
Tarikh: 20.9.2013 (Jumaat)
Masa: 3:15 petang
Tempat: Dewan Tun Fatimah

Semua pelatih PISMP Ambilan Januari 2011 WAJIB hadir. Sila menepati masa. Pelatih yang tidak hadir mesti hantar surat tunjuk sebab kepada UAP (s.k. Unit Displin, Jabatan HEP IPGK.PM)

Program refleksi praktikum kumpulan KPLI-KDC-SABK Ambilan Jun 2012 akan diadakan semasa pelatih kembali ke IPG untuk berkursus semula dalam bulan November. Kumpulan ini boleh hantar borang e-PBP mereka kepada ketua unit pada masa program refleksi praktikum berlangsung.

Sekian. Terima kasih.


Dari,
En Yau YS