Jumaat, 16 Oktober 2009

Perancangan Strategik IPG-KPM ----- Kukup Golf Resort

Mesyuarat perancangan strategik peringkat IPGM KPM sedang berjalan di Kukup Golf Resort, Johor Darul Takzim. Mesyuarat ini amat penting dalam menentukan halatuju perancangan dan aktiviti peringkat IPGM KPM untuk tahun 2010. Unit Praktikum sendiri mempunyai 44 aktiviti untuk tahun 2010. Isu-isu perjawatan dan pengurusan juga menjadi topik penting dalam mesyuarat. Mesyuarat dijangka selesai pada Jumaat 16 Oktober 2010.

Selasa, 13 Oktober 2009

Majlis Makan Malam PISMK OUM "Sedetik Bersama, Seabad Terasa"
















Majlis tersebut telah diadakan di A Famosa Resort, Alor Gajah pada hari Isnin 12 Oktober jam 8.30 malam hingga 11.00 malam. Saya ingin mengucapkan tahniah kepada semua pelajar PISMK OUM kerana telah berjaya mengadakan majlis tersebut dengan jayanya. Bertemakan Hitam, Merah dan Putih telah berjaya mengujudkan suasana yang menarik di majlis itu. Boleh dikategorikan satu majlis yang agak hebat yang pernah saya hadiri. Tahniah saya ucapkan sekali lagi terutama untuk bekas mentee saya iaitu unit Kajian Sosial. Walaupun arwah En Azman telah tiada, namun dapat saya rasakan beliau pastinya bangga menjadi tutor anda semua.

Selasa, 6 Oktober 2009

Minggu Pra Audit ( 6 dan 7 Sept)

Minggu ini adalah minggu pra audit untuk MSISO....sebarang gangguan harap maaf. Audit untuk unit praktikum telah selesai dijalankan pada 6 september. Tiada masalah. Terima kasih kepada semua penggerak Unit Praktikum. Bagi lain-lain Jabatan dan Unit diucapkan selamat menghadapi pra audit dan audit sebenar pada minggu depan. Kekalkan kecemerlangan IPGM kita. Terima kasih.

Selasa, 29 September 2009

Tips bila hampir peperiksaan

Artikel ini adalah mengenai tips tips yang harus kita amalkan apabila hampir peperiksaan.

1.Baiki hubungan dengan Allah-
Tunaikan solat dhuha-
Jaga solat
-Memohon ampun daripada Allah ( istighfar )
-Jangan lupa beribadah kepada Allah
-Peliharalah solat fardhu lima waktu
-Memperbanyakkan doa2.

2. Agar doa makbul
-Hindarkan perut dimasuki barang haram
-Harus khusyuk dan serius untuk beribadah
-Mengetahui waktu-waktu doa dikabulkan atau dimustajabkan
contoh:* Satu pertiga malam yang akhir
* Hari jumaat dan malamnya
* Bulan ramadhan terutamanya malam lailatul qadar
* Hari a\'rofat
* Khatam quran
* Setelah mendengar azan
* Di antara dua khutbah jumaat
-Bertawakkal kepada Allah sesudah berusaha dengan gigih

Khamis, 17 September 2009

REFLEKSI PRAKTIKUM UNTUK PELAJAR KPLI SR JANUARI 2009

Program di atas akan diadakan seperti berikut.

Tarikh : 28 September, 2009 (Isnin)
Tempat : Bilik Seri Kesidang - (Unit BM) 2:30 petang
******* Dewan Tun Teja ---- (Unit BI) 2:30 petang
******* Dewan Tun Fatimah (Unit MT, B & K, SC, PSV, KS, PK, PL) 2:30 petang
******* Dewan Seri Melor --- (Unit PL, PK) 2:30 petang

Harap maklum.

- Zarawi, Pegawai Pengurusan Praktikum.

Isnin, 14 September 2009

Kenali Aidilfitri: Selamat Hari Raya untuk semua warga IPGM KPM


SEJARAH hari raya dalam Islam bermula apabila Rasulullah berhijrah ke Madinah. Baginda mendapati ada dua hari raya yang disambut oleh bangsa Arab pada masa itu. Apabila Rasulullah bertanya kepada mereka apakah dua hari raya itu, mereka segera menjawab bahawa dua hari raya yang mereka sambut itu adalah perayaan yang diwarisi secara turun temurun daripada datuk nenek mereka.Lalu Rasulullah menyatakan kepada orang Arab Madinah bahawa Islam menggantikan dua hari raya yang kamu raikan itu dengan dua hari yang lebih bermakna iaitu Hari Raya korban atau Aidiladha dan Hari Raya Fitrah atau Aidilfitri.


Nabi saw memberitahu mereka, "Sesungguhnya Allah swt telah mengurniakan 2 hari yang mempunyai kebaikan di dalamnya, iaitu hari Eidul-Fitr dan hari Eidul-Adha." Riwayat Abu Daud, 1134Sabda Nabi saw kepada Abu Bakar r.a., "Setiap kaum ada perayaan, dan ini adalah perayaan kita" (Riwayat Bukhari dan Muslim). Hadis ini merujuk kepada 2 perayaan Eid yang khusus bagi orang Islam.Konsep hari raya dalam Islam jelas menunjukkan bahawa ia adalah perayaan keagamaan.


Ini bermakna jika ia disambut di atas landasan agama, maka hari raya yang diraikan itu adalah satu ibadat.Aidilfitri disambut sebagai suatu kemenangan bagi orang yang dapat mengerjakan ibadat puasa Ramadan dengan sempurna. Kemenangan itu bukan saja menang kerana berjaya mengawal nafsu makan dan minum selama sebulan pada siang hari sepanjang Ramadan, malah kejayaan menghalang diri daripada melakukan perkara dilarang, iaitu jika dilakukan akan terbatal puasanya.


Lantaran itu Allah menganugerahkan satu hari untuk kita sama-sama meraikan kejayaan daripada kemenangan itu.Kalimat 'fitri' sendiri bermaksud fitrah iaitu dengan kejayaan manusia balik kepada fitrah yang asal`Aidul Fitri berasal dari perkataan`aid adalah diambil dari kata al-`audu (kembali). Fitrah asal ini sebenarnya suatu permulaan kejadian manusia yang sememangnya bersih daripada dosa dan noda.Oleh kerana ia dikatakan sebagai perayaan keagamaan, maka cara menyambut hari raya itu sendiri perlulah mengikut adab dan peraturan tertentu.


Apabila saja diumumkan hari raya, maka mulakanlah malamnya dengan aktiviti ibadat. Ini seperti memperbanyakkan solat sunat, bertasbih, bertakbir dan bertahmid sebagai tanda kesyukuran.Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan Tabrani dari Ubadah bin Soib menyatakan bahawa: "Sesiapa yang menghidupkan malam Aidilfitri dan Aidiladha dengan amalan yang baik dan ikhlas kerana Allah, maka tidak akan mati hatinya pada hari semua hati-hati akan mati, iaitu hari kiamat."
Akhir kata bila pulang beraya di kampung tu jangan beraya sakan...tetapi ala kadar dan berhati-hati di jalanraya. Penuhi lebaran dengan kegembiraan aidil fitri bukan dengan kesedihan kehilangan orang tersayang.

Isnin, 7 September 2009

Refleksi Praktikum PISMP Jan 2008, 2009

Pelatih diwajibkan menghadiri refleksi yang akan diadakan pada,

Tarikh : 11 September, 2009 (Jumaat)
Tempat : Dewan Tun Fatimah
Jam : 2:30 petang

- Zarawi, Pegawai Pengurusan Praktikum.