Jumaat, 23 Mac 2012

Borang Tuntutan Elaun Guru Pembimbing - Terbaru













Semua pelajar yang sedang menjalani program praktikum di sekolah, sila cetak dan guna Borang Tuntutan Elaun Guru Pembimbing Praktikum yang terbaru ini dan serah semasa sesi refleksi praktikum nanti.


  • Borang tuntutan yang lama tidak akan digunakan lagi. Harap maklum.

  • Sila pastikan semua maklumat diisi dengan lengkap dan kemas juga dikepilkan bersama lampiran yang diperlukan.

  • Satu borang untuk guru pembimbing major dan satu untuk guru pembimbing minor (sekiranya ada).

  • Set borang tuntutan yang lengkap sahaja akan diserahkan ke Unit kewangan. Set borang ini hendaklah diasingkan dari borang2 praktikum yang lain.

**p/s: Borang diatas adalah dlm bentuk 'picture'. Klik kanan, save as picture dan cetak. Harap maklum.


oleh : PN SURIYATI, UPr

Jumaat, 16 Mac 2012

Surat Lantikan Guru Pembimbing oleh JPN Johor & JPN Negeri Sembilan













Surat JPN Johor & JPN Negeri Sembilan untuk pelajar yang praktikum di Negeri Johor dan Negeri Sembilan.
Pelajar yang berkaitan sila cetak dan hantar semasa refleksi.
Sila isi borang dengan selengkapnya. Terima kasih.

oleh : PN SURIYATI

Jumaat, 24 Februari 2012

Taklimat PBS-PISMP Jan 2011 & PISMP Jan 2012, Praktikum (PRK 3101) - PISMP Jan 2010

Semua pelajar berikut diWAJIBkan menghadiri taklimat PBS dan Praktikum berikut :

PISMP Jan 2011 (PBS 3) & PISMP Jan 2012 (PBS 1)
Tarikh : 1 Mac 2012 (Khamis)
Tempat : Dewan Tun Fatimah
Masa : 3.00 petang

PISMP Jan 2010 (PRK 3101)
Tarikh : 29 Feb 2012 (Rabu)
Tempat : Dewan Tun Fatimah
Masa : 3.00 petang

**Ketua Unit sila datang ke Unit Praktikum pada hari ISNIN (28 Feb 2012) untuk mendapatkan maklumat tentang persediaan dokumen PBS dan Praktikum supaya selaras untuk semua ahli unit anda dan dapat disediakan awal.


oleh : PN SURIYATI

Selasa, 21 Februari 2012

Perhatian untuk pelajar yang akan menjalani PBS & Praktikum

Pelajar program berikut sila ke Unit Praktikum selewat-lewatnya 22 Feb 2012 (Rabu) untuk semak senarai PBS dan Praktikum anda.

1. PISMP Jan 2010 (Praktikum 1)
2. PISMP Jan 2011 (PBS 3)
3. PISMP Jan 2012 (PBS 1)

** Pelajar yang tidak maklum selepas tarikh tersebut dianggap maklumat sedia ada di UPr telah diterima.


oleh : PN SURIYATI

Khamis, 9 Februari 2012

BORANG KEHADIRAN PRAKTIKUM DAN JADUAL WAKTU

Perhatian kepada semua pelajar yang sedang menjalani praktikum.
** Borang 'K' (kehadiran praktikum) tidak perlu dihantar ke unit praktikum buat masa ini. Sila simpan di dalam folio anda.


**Borang rumusan kehadiran dan borang K yang asal dikepil bersama di akhir praktikum semasa refleksi nanti. Jangan hantar sekarang.


**Jadual waktu P&P hanya dihantar kepada pensyarah penyelia masing-masing.


oleh : PN SURIYATI

Jumaat, 3 Februari 2012

TUTORIAL PRAKTIKUM B.ED.TESL (UIA) Jul 2006

Semua pelajar B.ED.TESL (UIA) Jul 2006 diWAJIBkan hadir.

Tarikh : 10 Februari 2012 (Jumaat)
Tempat : Bilik Seri Kesidang
Masa : 3.00 petang

** Pelajar dikehendaki membawa folio dan RPH masing-masing untuk disemak oleh pensyarah penyelia selepas sesi tutorial sebagai satu sesi bimbingan praktikum. Sila hubungi pensyarah penyelia masing-masing.

oleh : PN SURIYATI

Rabu, 1 Februari 2012

TUTORIAL PRAKTIKUM KPLI KDC jQAF Jan 2011, KPLI SR KDC Pend Khas Nov 2010, PISMP Jan 2009 & KDPM KDC KEMAS Jun 2009 dan IPG Luar














*Semua pelajar program berikut diWAJIBkan hadir:
1. PISMP Jan 2009
2. KPLI KDC JQAF Jan 2011 (Termasuk pelajar IPG KPM yang diselia oleh IPG Lain)
3. KPLI KDC PKhas Nov 2010 (Termasuk pelajar IPG KPM yang diselia oleh IPG Lain)
4. KDPM KDC KEMAS Jun 2009
5. IPG Lain (Yang dibantu selia oleh pensyarah IPG KPM)


Tarikh : 24 Februari 2012 (Jumaat)
Tempat : Dewan SERIKANDI
Masa : 3.30 petang
Pelajar yang tidak hadir akan diberi amaran pertama (borang salah laku) dan perlu berurusan dengan pihak HEP.
**Tarikh tutorial boleh dipinda atas sebab-sebab tertentu.
**Pelajar hendaklah sentiasa merujuk blog praktikum untuk mendapatkan maklumat terkini.


oleh : PN SURIYATI